BAB 6

Horror & Thriller Completed 636

Azraff, Safuan i, Faqeh dan Taher menoleh perlahan-lahan ke arah pintu hostel yang tidak jauh dari mereka. Memandangkan daun pintu tidak terbuka luas dan membelakangi mereka, jadi mereka tidak dapat melihat makhluk apa yang telah membuka pintu itu.

Mereka berempat mula dilanda debar menanti makhluk yang bakal melangkah masuk. Keberanian masing-masing mula memipih Adakah mereka bakal diperlihatkan dengan pemilik suara itu malam ini?

Kreeek...

Pintu kembali tertutup.

Suara tangisan itu kedengaran lagi dan mula bergerak ke Dorm 514 semula.

Kreeekkk...

Kedengaran rengekan ensel pintu bilik sebelah kembali tertutup dan melenyapkan suara tangisan itu.

Buat seketika mereka berempat saling berpandangan dan keresahan. Rakesh pula kelihatan sudah mengigil di bawah selimutnya.

“Kau rasa makhluk apa tadi tu?” tanya Faqeh selepas hampir seminit mereka berdiam.

“Aku tak tahu. Aku tak nampak apa-apa masa makhluk tu buka pintu tadi,” jawab Safuan i, keliru.

“Jadi, macam mana, nak teruskan rancangan kita ni?” tanya Faqeh ingin memastikan.

“Errr... aku tak kisah. Lagipun ni malam terakhir kita kat sini. Kita tak pasti lagi yang tadi tu hantu atau manusia,” teragak-agak Safuan i menjawab. Hakikatnya dia tersekat di antara egois, rasa takut dan beraninya.

“Aku tak kisah,” ujar Taher bila Faqeh memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience