BAB 3

Horror & Thriller Completed 636

Rakesh kurang senang dengan kata-kata Safuan tadi yang kedengaran seperti memperlekehkan apa yang Fizi telah lalui.

“Kau orang berdua ni macamlah baru kenal Fizi tu, kan? Dia tu kan penakut. Tak pernah berjauhan dengan keluarga. Sebab tu, dia jadi macam tu. Sebab terlalu memikirkan apa yang Si Rakesh cerita fasal kem ni. Sampaikan dia berhalusinasi pada sesuatu yang tak ada disebabkan terlalu taksub dengan cerita Rakesh.”

Safuan masih teguh dengan tanggapannya.

Azraff malas hendak membalas kata-kata Safuan itu. Dia tahu Safuan memang susah hendak mempercayai sesuatu yang melibatkan dunia mistik.

“Maksudnya kau tak percaya yang Dorm 514 tu berhantu?” tanya Rakesh sekadar ingin memastikan.

Safuan tidak terus menjawab. Dia membiarkan pertanyaan Rakesh itu tergantung begitu sahaja buat seketika.

TIT!

Jam digital milik Safuan berbunyi sekali menandakan waktu yang dinantikan sudah tiba. Di sebalik gelap malam, dia melihat jam digital di tangannya. Sudah menunjukan pukul 2.30 pagi. Lima belas minit yang lalu, dia perasan Cikgu Midad atau mungkin Cikgu Fuad baru sahaja selesai membuat rondaan kali kedua di kawasan hostel ini.

Di sebalik gelap malam, Safuan mencapai lampu suluhnya yang sengaja disembunyikan di bawah bantal. Ingin menggunakan telefon pintarnya, sejak hari pertama program ini lagi semua telefon pintar mereka sudah dirampas oleh guru yang bertugas dan akan diserahkan semula pada majlis penutupan program ini tengah hari nanti. Nasib baik dia membawa lampu suluh.

Perlahan-lahan dia melangkah penuh berhati-hati menuju ke arah katil Rakesh.

“Rakesh, dah 2.30 pagi ni. Bangunlah,” kejut Safuan dengan nada berbisik. Bimbang menganggu dua lagi rakan sebilik mereka yang tidak terlibat dengan rancangan mereka pada malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience