BAB 2

Horror & Thriller Completed 636

Seketika kemudianm, dengan jelas dia melihat sebatang tangan berkuku runcing menjalar masuk ke dalam hostel itu. Kulit tangan makhluk itu kelihatan seperti terbakar.

Fizi terkaku melihat makhluk itu yang mula merangkak masuk. Lidahnya kelu untuk menjerit. Matanya terbuntang luas dan tubuhnya mengeletar pantas melihat makhluk ngeri berambut panjang itu sedang merangkak menghampiri katilnya. Dia hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa.

Sesaat kemudian, makhluk itu mengangkat wajahnya memandang Fizi. Dengan jelas Fizi melihat wajah makhluk itu yang hodoh dan kedua matanya merah menyala dengan taring yang panjang.

“Grrrr...” makhluk itu menyeringai lalu melompat ke arah Fizi.

“Aragh!!!” Fizi menjerit sekuat hati sambil menutup mata.

“TAK sangka, teruk juga Fizi kena ganggu sampai dia termenung macam tu. Aku takut, dia dah kena rasuk aje,” luah Rakesh, selepas Fizi dibawa oleh Cikgu Midad dan Cikgu Fuad untuk dihantar pulang.

Keadaan Fizi yang tiba-tiba meracau beberapa jam lalu membuatkan Cikgu Midad membuat keputusan untuk menghantar Fizi pulang sebelum sempat kawan mereka itu menamatkan program bina semangat ini. Bimbang keadaan Fizi akan lebih teruk.

“Syhhh... cakap tu boleh perlahan sikit tak?” tegur Azraff sambil mencapai tualanya yang disangkut di tepi tingkap.

Rakesh terus menutup mulut.

“Kau percaya ke, dengan apa yang Fizi cerita pada kau tu? Entah-entah apa yang dia alami tu, hanya mainan perasaan dia aje.”

Tiba-tiba Safuan yang sudah siap untuk ke bilik air, mencelah. Manakala Zulhilmi dan Saffie sudah sejak tadi ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum ke kompleks sajian untuk makan malam. Hanya mereka bertiga sahaja ketika ini yang masih di dalam hostel itu.

“Kau jangan riak sangat Mi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience