BAB 12

Horror & Thriller Completed 636

“Dahlah tu, apa hal lambat sangat ni? Lambat nanti, tertinggal bas pulak. Budak lain semua dah gerak ke padang kawad tau? Tinggal kita aje masih kat hostel ni,” rungut Safuan lagi bila Rakesh masih tidak selesai mengemas pakaiannya.

“Yalah, sabar boleh tak?” balas Rakesh sambil menarik zip begnya. Selesai juga dia mengemas pakaiannya. Bag galas disandang pada bahu lalu mereka bertiga mula meninggalkan hostel itu.

“Tengok, semua dah gerak ke padang kawad, kita aje masih kat sini,” rungut Safuan lagi. Dia memandang ke kiri dan kanan. Melihat keadaan blok hostel itu yang sudah sunyi sepi.

“Dahlah, janganlah nak bertekak. Dah siap, kan? Jom gerak,” ujar Azraff sambil menutup pintu hostel.

“Entahnya... bukannya...”

Buk! Buk!

Rakesh tidak menghabiskan kata-katanya bila bunyi tumbukan pada dinding pemisah Dorm 404 dan 514 kedengaran lagi. Mereka terdiam sambil saling berpandangan.

“Sekarang ni, semuanya dah gerak ke padang kawad kecuali kita bertiga. Siapa pulak yang buat bunyi tu?” tanya Safuan pada Azraff dengan nada perlahan.

“Abaikan ajelah. Buat-buat tak dengar. Jom gerak, lambat pulak nanti.”

Rakesh sudah cuak.

Tanpa menunggu lama, mereka terus melangkah menuju ke padang kawad.

“Lan! Mi! Rakesh ! Tolong aku!”

Mendadak langkah mereka bertiga terhenti selepas mendengar jeritan itu yang jelas ketara dari Dorm 514 !

“Weh, kau dengar tak apa yang aku dengar?” tanya Rakesh, semakin cuak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience