BAB 12

Romance Completed 5826

Dalam perjalanan balik Iza banyak bercerita apa yg dah terjadi di rumah mereka sejak Zeeq pergi dari situ.

"Tak sangka Feez sanggup abaikan orang sebaik Ziqa" luah Zeeq kecewa dgn sikap Feez yg dah keterlaluan dalam melayan Ziqa sepanjang perkahwinan mereka.

"Memang pun. Sampai adik kena lempang dgn abg Feez sebab masuk campur"

"Feez lempang adik? Sebab nak bela Tasha?"

"Erm. Masa tu Kak Ziqa menangis lagi. Kesian sangat abg"

"Mesti Ziqa cintakan Feez kan?" Soal Zeeq sambil tersenyum.

"Entah! Tapi, cinta kak ziqa terlalu mahal nak bagi kat Abg Feez"

"Mungkin bukan jodoh mereka, sebab tu jadi mcm ni. Pasti ada hikmahnya nanti"

"In sha Allah. Kak Ziqa selalu tenung dia punya wedding card dulu. Dia selalu cakap yg, kad jemputan kahwin pasti buatkan orang rasa bertuah sangat sebab dia bakal dimiliki."

"Ya? Skrg dia simpan lagi?"

"Tak sure. Dah lama adik tak nampak dia tengok. Tapi tak tahu la kalau tak ternampak" ucap Iza lagi dan Zeeq diam mengenangkan yg sakit juga bila diceraikan. Dia teringat bila dia ceraikan Tasha dulu, jauh sekali dgn Ziqa. Tasha siap berterima kasih dan mintak jgn muncul depannya lagi.

"Apa perancangan Ziqa dan Adik kat sini?"

"Adik sambung master, kak Ziqa sambung phd. Sekrg tengah buat research apa entah"

"Oh, baguslah."

"Abg kerja apa kat sini?"

"Lawyer and lecturer."

"Oh! Great! Abg, tu rumah kami" Iza tunjukkan rumah mereka dan bila Zeeq berhenti dia menolak utk singgah. Iza faham dan melihat kereta abangnya pergi sebelum masuk ke dalam rumah. Iza buka pintu dan tersenyum ceria bila nampak Ziqa sedang menunggunya di ruang tamu.

"Balik dgn siapa?" Soal Ziqa tenang.

"Abg Zeeq. Kak, Iza nak cerita sesuatu ni" Iza meraih tangan Ziqa dan mula cerita apa yg diberitahu oleh Zeeq. Ziqa bertambah rasa yg dia dah buat benda lagi bodoh. Menampar Zeeq petang tadi ada silap besar yg dia lakukan. Dia rasa amat menyesal dan malu yg teramat.

"Akak dah tahu yg Feez dgn Tasha bercinta. Tak sangka pulak yg Tasha mintak cerai dan reka cerita buruk pasal Abg. Dah la akak tampar dia tanpa usul periksa tadi. Malunya" ziqa telekupkan mukanya dgn tapak tangan dan Iza tergelak kecil. Dia juga tak sangka yg Ziqa boleh buat mcm tu.

"Abg dah maafkan akak. Dia cakap dia tak salahkan akak pun"

"Boleh la dia cakap mcm tu, yg nak menanggungnya akak ni."

"Apa kata akak minta maaf je. Esok abg nak datang sini. Nak ambil kita lunch kat rumah kawan dia"

"Tak nak la adik. Malu la"

"Ish! Akak ni, jom la!"

"Selagi akak tak minta maaf mesti akak tak senang punya. Kita pergi ya?"

"Tengoklah mcm mana. Kalau akak tak sibuk"

"Akak..." pujuk Iza dan buat muka kesian akhirnya Ziqa angguk juga.

'Minta maaf je la!' Bisik hati Ziqa pula.

Ziqa dan Iza dah berada di depan rumah kawan Zeeq. Ziqa langsung tak bercakap dari naik kereta lagi dan Zeeq pula tak habis2 dgn senyumannya. Iza berlari masuk ke dalam rumah utk bermain dgn anak pasangan itu. Ziqa masih teragak agak nak masuk tapi bila Yana, tuan rumah sendiri yg ajak Ziqa ikut masuk sambil tersenyum ringkas.

"Kak, saya minta maaf pasal semalam" pinta Ziqa bersungguh sungguh dan Yana tergelak kecil.

"AKak tak kisah pun. Bukan akak yg kena penampar tu" dengar je pasal penampar Ziqa lemah sekejap. Rasa bersalahnya semakin bertambah pada Zeeq.

Semasa makan Ziqa hanya bercakap bila ditanya dan fokusnya hanya pada makanan. Zeeq pula perhatikan Ziqa yg banyak berdiam diri dan dia tersenyum sendiri. Kali pertama dia jumpa Ziqa dia dah kena pukul dgn penyapu sebab Ziqa ingatkan dia pencuri. Walaupun saat perkenalan dgn Ziqa tak lama tapi Zeeq tahu yg Ziqa perempuan yg baik.

"Ziqa tolong kemas ya?" Ziqa bangun dari kerusi setelah semua orang selesai makan. Ziqa basuh pinggan kotor dgn bantuan Yana.

"Ziqa ambil phd bidang apa?"

"Art and design"

"Oh, bagusnya Ziqa belajar tinggi2."

"Tu la kak. Nak buat apa lagi? Bukannya ada keluarga nak kena jaga pun" Ziqa tersenyum sedikit bila menjawab.

"Lepas ni Ziqa nak buat apa?" Soal Yana beralih topik. Tapi pada masa yg sama Zeeq masuk ke dapur dan Yana keluar sambil tersenyum.

"Ziqa nak jadi wedding planner. Walaupun perkahwinan Ziqa tak berjaya, Ziqa tetap rasa yg perkahwinan tu satu anugerah yg Allah bagi kat kita dan tak semua perkahwinan tu gagal kan? Betul tak?" Ziqa berpaling sambil tersenyum tapi bila dia nampak Zeeq yg berada di situ bukannya Yana terus senyumannya mati dan dia kalut nak keluar dari dapur.

"Ziqa" panggil Zeeq bila Ziqa dah nak melangkah pergi. Ziqa berhenti berjalan tapi langsung tak menoleh.

"Abg minta maaf" pinta Zeeq tiba2 dan Ziqa pelik. Dia memandang Zeeq.

"Sebab abg, Ziqa dan Feez.."

"Apa abg cakap ni? Dah bukan jodoh Ziqa dan Feez. Lagipun, Feez dan Tasha saling mencintai sayang jugak kalau tak dapat bersama"

"Ziqa ok ke skrg ni?" Soal Zeeq lagi dan Ziqa tersenyum.

"Ok je. Alhamdulillah Ziqa bahagia sekarang."

"Alhamdulillah. Abg keluar dulu" Zeeq tersenyum dan mengatur langkah utk pergi.

"Abg!" Panggil Ziqa pula.

"Ya?"

"Sorry pasal semalam. Ziqa tak tahu kenapa Ziqa marah sangat"

"Ya. Abg tak kisah pun. Bukannya selalu nak kena" Zeeq bergurau dan tersenyum.

" Ziqa rasa bersalah sangat "

"Biarlah. Bukannya sakit pun. Tak sampai masuk hospital pun"

"Abg ni, mainkan Ziqa pulak"

"Mana ada, abg bersyukur dapat jumpa Ziqa dan adik kat sini. Ada jugak orang yg abg kenal"

"Erm. Ziqa pun tak sangka abg menyorok kat sini"

"Hei, mana ada abg menyorok. Mama dan papa thu abg kat sini. Abg saja tak nak balik sebab abg tak nak rosakkan suasana kat sana"

"Sampai bila abg nak duk sini? Malaysia tu tanah air abg"

"Bila abg ready, abg nak balik dgn kekuatan" Ziqa terfikir apa yg Zeeq cakap. Balik dgn kekuatan, Ziqa telah mula berazam benda yg sama. Dia nak balik dgn kekuatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience