BAB 8

Romance Completed 5826

Ada banyak benda lagi yang harus Ziqa uruskan tapi dia lebih gemar begitu kerana takut utk biarkan otaknya fikir tentang apa yg bakal terjadi. Jam yg bergerak buatkan hati Ziqa berdebar dan dia sangat takut dgn apa yg akan berlaku malam nanti.

'Ya Allah, kuatkan hati aku' pinta Ziqa dalam hati dan dia bersedia utk pulang ke rumah. Dia tetap cuba bertenang dan tersenyum utk menunjukkan yg dia kuat. Perempuan yg perlu berjuang utk berada di samping suaminya mestilah mempunyai ruang di hati suami. Tapi, dia bukanlah orang yg begitu bertuah utk punyai ruang di hati semuanya.

Dia sudah lali dan masak dengan pelbagai jenis juadah makanan hari ini dan dia ceria lebih dari biasa sehingga semua orang pelik tapi yg lain hanya fikirkan yg elok2 sahaja kerana tak nak mengacau mood baik Ziqa. Semua orang sangkakan yg semuanya dalam keadaan baik, hanya Ziqa dan Allah yg tahu betapa sakitnya hatinya kini.

"Ada jamuan ke ni?" Soal Iza teruja dgn makanan yg terhidang banyak sekali.

"Yup!" Balas Ziqa lalu memeluk bahu Iza erat.

"Jamuan apa?" Soal Iza lagi.

"Adalah. Tunggu malam nanti" Ziqa menjawab sambil tersenyum.

'Jamuan perpisahan' bisik hati Ziqa sebak tapi senyuman jugak yg dia tayang.

"Akak nak naik atas. Nak solat dgn Feez. Nanti lepas isyak kita borak lagi" Ziqa tak tunggu lama terus berlari naik ke biliknya dan dia terus mandi dan berhias sangat cantik, terlalu cantik buat pertama kalinya. Feez masuk ke dalam bilik dan dia sendiri terkejut dgn penampilan Ziqa sehingga dia mati kata2.

"Feez, kita jemaah ya?" Soal Ziqa lenbut dan hamparkan sejadah. Feez hanya mampu berkedip dan berjalan perlahan lahan ke arah Ziqa.

"Feez mandi, pakai baju melayu ni, ziqa beli khas utk Feez." Ziqa hulurkan tuala supaya Feez mandi dan bersiap utk solat. Setelah 10 minit Feez keluar dan Ziqa hulurkan baju melayu berwarna hijau muda. Feez tak membantah hanya menurut. Mereka solat berjemaah maghrib dan isyak sama2. Sebaik Feez aminkan doanya Ziqa bersimpuh di depan Feez. Tangan dia hulur dan buat kali pertama selepas akad Ziqa berpeluang utk bersalam dan mencium tangan itu.

"Maafkan semua salah silap Ziqa. Halalkan makan minum Ziqa. Semoga Feez bahagia dunia dan akhirat" dengan senyuman Ziqa melafaz. Feez masih lagi kelu dan dia sendiri tak pasti apa yg sedang berlaku.

"Feez, kita turun sama2 ya?" Pinta Ziqa dan Feez angguk. Ziqa senyum lagi dan pastikan semua barangnya sudah siap di kemas. Dia tersenyum bila semua barangnya dah tiada lagi di dalam bilik itu.

"Feez, boleh awak pimpin tangan saya malam ni? Saya nak sangat" pinta Ziqa lagi dan menghulurkan tangannya. Feez dgn lambat terima huluran itu dan menyentuh tangan putih itu.

"Feez, sebelum kita turun. Walaupun saya tak cantik. Saya tetap nak dengar awak puji saya malam ni. Saya cantik tak?" Soal Ziqa lagi. Feez diam lama dan perhatikan wajah telus Ziqa yg sedang tersenyum manis padanya.

"Cantik" jawab Feez pula dan Ziqa tergelak kecil.

"Jom" Ziqa berjalan beriringan keluar dari bilik dan Feez setia di sisinya. Semua orang tersenyum kecuali Tasha bila lihat kemesraan itu.

"Kita makan dulu" ajak Ziqa dan semua orang yg sedang tersenyum ke meja makan. Makan malam dimulakan dan semua orang bahagia je kecuali Tasha dan Feez dgn wajah tak beriak langsung. Selesai makan semua kembali ke ruang tamu.

"Dah tiba masanya. Feez" Ziqa membuka mulutnya sambil tersenyum. Semua orang menanti dgn sabar apa yg Feez nak cakap. Semua orang rasakan yg Ziqa mengandung tapi, kita dengarlah apa yg Feez nak cakap.

"Feez, lafaz terus" Ziqa leraikan pegangan tgn mereka dan duduk jauh sedikit.

"Ainnur Haziqa Bt Ahmad, saya ceraikan awak dgn talak satu" selesai lafaz cerai itu pastinya semua orang terkejut. Ziqa senyum dan pandang lantai sebelum pandang semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience