BAB 18

Romance Completed 5826

Awal pagi lagi Zeeq dah keluar utk cari Ziqa. Entah mengapa jiwanya tenang setiap kalo Dia rasa tenang bila melihat Ziqa dah ok. Dia mendekati Ziqa yg sedang menyiram pokok bunga dgn Iza. Zeeq memeluk Ziqa dari belakang tapi Ziqa meleraikan pelukan dan pandang Zeeq dgn geram. Iza yg perasan air muka ceria Ziqa berubah sebaik pandang Zeeq buat dia cuak dan beredar dari situ.

"Ziqa, kalau pasal semalam Ziqa marahkan abg, abg minta maaf" pinta Zeeq lembut dan cuba meraih tangan Ziqa. Ziqa menepis dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Perutnya rasa mual dan dia mula muntah2. Zeeq kecewa bila Ziqa masih lagi marahkannya tanpa sebab dan dia cuba utk tenangkan diri sendiri.

Iza masuk ke biliknya dan terkejut bila Ziqa ada disitu yg baru sahaja keluar dari tandas. Iza gigit bibir bawah dan teringin nak bertanya tentang hubungan dia dan Zeeq.

"Akak ok tak?" Soal Iza.

"Ok. Pening la kepala akak ni adik. Asyik muntah je"

"Akak pregnant kot?" Tebak Iza sambil senyum tapi Ziqa menggelengkan kepala.

"Negatif, akak dah test semalam" jawab Ziqa dan duduk di birai katil.

"Ya ke? Salah makan?"

"Mungkin."

"Kak, tanya sikit?"

"Kalau pasal abg, akak tak nak jawab apa2. Akak just tak boleh dekat dgn dia, tiba2 je rasa nak naik angin walaupun abg tak buat salah apa2." Terang Ziqa pada Iza dan Iza rasa pelik dgn apa yg Ziqa cakap. Iza keluar dari bilik dan berjumpa dgn Zeeq yg sedang termenung di tepi kolam.

"Abg, kak Ziqa tak marahkan abg. Tapi, bila dia dekat dgn abg dia rasa nak marah je. Dia yg cakap mcm tu. Dia tak ada niat pun, perasaan dia yg berubah tiba2 je" cerita Iza balik kepada Zeeq dan Zeeq rasa pelik.

"Kenapa mcm tu?"

"Entah. Abang! Mungkin sihir?" Tebak Iza dan Zeeq cepat2 beristighfar dan tak percaya dgn apa yg Iza cakap.

"Abg, takkan la benda ni jdi tiba2" Iza tambah lagi dan Zeeq mula berfikir balik.

"Kena tanya papa dan mama dulu" Zeeq buat keputusan dan Iza hanya bersetuju.

"Jom!" Iza tarik tangan Zeeq utk ke bilik tidur mama dan papa mereka. Iza mengetuk pintu bilik dan memberi salam sebelum masuk. Pelik pulak dato dan datin bila dua anaknya datang ke bilik mereka. Iza mula bercerita apa yg terjadi pada Ziqa dan semua orang turut berfikir beberapa kemungkinan.

"Zeeq tak berapa nak percaya tapi mungkin tu ada, adik cakap mungkin sihir?" Ujar Zeeq dan dato berfikir sejenak sebelum mencari sesuatu. Satu buku mengenai sihir dibuka dan bila dibaca beberapa tanda, ada pada Ziqa.

"Kalau mcm tu, mama bawa jumpa ustazah je la. Kawan mama" cadang Datin dan Zeeq terpaksa bersetuju. Walau apa pun penyakitnya jika kita mencari Allah kita pasti ada jawapannya.

"Pergi ajak kak ziqa. Jgn cakap kita nak ke mana. Ajak kak tasha sama" arah datin kpda Iza.

"Zeeq?"

"Dah cakap dia tak boleh jumpa Zeeq. Zeeq tunggu je kat rumah" maklum Datin dan Zeeq terpaksa mendengar apa yg mamanya arah. Dato mengusap belakang Zeeq yg sedang kerisauan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience