BAB 3

Romance Completed 5826

"Sokay, encik mesti nak pergi kerja kan? Jumpa lagi" Ziqa dgn mesra menghalau sebenarnya. Lelaki itu terpaksa berlalu dari situ kerana ada hal mustahak yg perlu dia selesaikan.

Ziqa mengeluh bila dia dah susahkan orang lagi kali ini. Aira yg nampak semua tadi terus mendapatkan Ziqa utk tahu cerita lanjut.

"Siapa tu? Skandal?" Serang Aira dan Ziqa memukul bahu kawannya itu.

"Mangsa aku lagi"

"Kau langgar orang lagi?" Soal Aira mcm dah biasa dgn kes langgar Ziqa. Ziqa ukirkan senyuman kerasnya dan Aira gelengkan kepala.

"Apa yg dia mandi? Hari tu sup tulang, mana tahu kali ni sup sirip ikan yu ke" merapu je si Aira ni tahu.

"Mana nak cari sup sirip ikan yu tengah jalan. Kopi" jawab Ziqa lalu tunjukkan kemeja yg dah selamat dimandikan dgn kopi. Black coffee lagi. Aira dah tebar gelak dia selebar roti canai mamak.

"Aku nak buat payment ni. Terpaksa aku belanja dia punya kemeja dgn tie. Melayan jugak 300 aku"

"Takpe, pakai kad pelanggan, dapat bonus 10%" cadang Aira lalu tergelak senang dan tinggalkan Ziqa sendirian menghitung nasib.

Setiap kali Ziqa balik kerja sejak Tasha ada dalam villa tu pasti dia akan rasa sedih dan kecewa. Sebabnya, suaminya sedang bergelak ketawa dgn bekas kakak iparnya sendiri. Ziqa simpan rasa kecewa dan sedih lalu berlalu masuk ke dalam rumah tanpa hiraukan pasangan yg sedang bergurau dgn bahagia. Entah siapa isteri dan siapa pula janda sekarang ni. Ziqa melangkah masuk ke dalam bilik tapi bila bertembung dgn Dato Munir dia ukirkan senyuman dan minta diri utk ke bilik.

Masuk je ke dalam bilik Ziqa terus masuk ke dalam bilik air utk mandi dan solat. Selesai solat dia perasan yg Feez masuk ke dalam bilik dgn senyuman mekar.

"Baiknya dgn Tasha" buat kali pertama Ziqa memerli Feez. Feez ikut pelik bila Ziqa berani menegurnya dgn nada sebegitu.

"Mestilah, dia tengah kecewa dan sedih. Kena ada orang temankan dia" jawab Feez selamba tanpa hiraukan perasaan Ziqa. Orang lain terluka dan kecewa dia ambil peduli tapi tentang hati dan perasaan isterinya dia buat bodoh je.

"Kalau mcm tu, apa kata awak kawin je dgn dia. Bukan je boleh teman, boleh bahagiakan sekali kut" Ziqa menjawab lagi dan terus masuk ke dalam tandas dan menangis. Dia dah rasa sampai kemuncaknya dan dia dah tak tahan lagi. Dah masuk bulan kesembilan, dia dah tak larat dgn perangai Feez.

Ziqa sengaja bersiap lewat sedikit dan lihat dari balkoni Tasha dan Feez bergerak ke ofis. Siap bukakan pintu kereta bagai. Ziqa rasa ada sesuatu yg tak kena dgn hubungan mereka lalu cuba cari tahu. Ziqa buka almari pakaian Feez dan mula mencari sesuatu. Akhirnya dia terjumpa satu kotak yg tak pernah dia lihat selama ini. Dia buka kotak itu dan air matanya terus mengalir sebaik melihat isi2 di dalam kotak itu.

"Apa ni Feez? Awak dgn Tasha?" Gambar mesra Tasha dan Feez buatkan hati Ziqa luluh. Dia menyimpan semuanya semula bila bilik diketuk dan terus masuk ke bilik air.

"Kak, Adik nak pinjam shawl" laung Iza bila sedari yg Ziqa ada dalam blik air.

"Ambillah" laung Ziqa semula dan bila dia bertenang sedikit dia keluar dan tersenyum mesra pada Iza.

"Lawa2 la shawl akak ni. Jeles adik"

"Kenapa nak jeles?"

"Ya la, adik punya shawl tak lawa mcm ni"

"Ya ke? Adik buatlah semuanya mcm adik punya jugak. Sharing is caring!" Ziqa dgn ceria bersuara.

"Yes! Thats why i love u so much!" Pipi Ziqa terus dicium dan Ziqa tergelak senang. Sebab keluarga ini yg terlalu baik padanya buatkan dia kuat utk teruskan hbungan yg tak kan ke mana tu.

"Nanti akak teman Adik beli shawl baru"

"Yes! Petang ni eh?"

"Anything for u sis"

"Yay! Love u again" badan Ziqa dipeluk pula dan Ziqa hanya mampu tergelak dgn lagak adik iparnya itu.

"Kak, kenapa abg dan Kak Tasha selalu keluar sama2?" Soalan yg tiada jawapan pada Ziqa buat dia terdiam seketika.

"Sebab...dorang kerja satu ofis kot"

"Ya la tu, tapi, kak tasha tu mcm menggedik je dgn abg" Ziqa tergelak lalu mencuit hidung Iza.

"Tak baik bersangka buruk. Lepas kerja kita pergi ok?"

"Ok. Tapi kak, jgn terlalu beri muka kat abg. Pada adik, akak la perempuan yg paling baik yg pernah adik kenal"

"Ya la, pandailah jual minyak. Nanti akak belanja"

"Akak, serius ni adik cakap"

"Ya sayang. But i have to go."

"Nanti adik jemput akak kat butik ya?"

"Ok. Bye!" Ziqa ambil tasnya dan berjalan pergi. Hatinya sakit tapi, apakan daya dia hanya mampu mengeluh dan reda dgn nasib sendiri. Tak semua orang bernasib malang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience