BAB 15

Romance Completed 5826

Baru sehari bergelar isteri lagi sekali kepada Adham Hazeeq, dah cukup buatkan Ziqa yakin yg dia akan gembira bersama Zeeq. Walaupun perkahwinan mereka hanya di jabatan agama dan tiada orang lain yg hadir utk meriahkan suasana mereka dah cukup gembira disatukan dgn cara yg halal.

Ziqa tersenyum memandang Zeeq yg sedang baring di sisinya.

"Apa yg Ziqa pandang tu?" Soal Zeeq dalam mamai. Ziqa tergelak sedikit dan cium dahi Zeeq.

"Suami Ziqa la" jawab Ziqa ceria. Zeeq ukirkan senyuman dan membuka matanya perlahan lahan. Dia membetulkan bantal dan membalas renungan Ziqa.

"Ziqa sayangkan abg?" Soalnya lagi.

"Kenapa tanya?"

"Sebab nak tahu dan sebab abg sayangkan Ziqa" Zeeq bangun dari baring dan bersila di sebelah Ziqa. Ziqa pegang kedua pipi Zeeq dan angguk je. Zeeq tergelak kecil bila Ziqa menjawab soalannya mcm tu.

"Jom solat" ajak Ziqa dan turun dari katil tapi Zeeq memegang tangan Ziqa drpd pergi.

"Jom kita mandi dulu" ajak Zeeq dgn kening terangkat. Ziqa berkerut dan pandang ke luar tingkp.

"Snow" jawab Ziqa dan Zeeq berfikir sejenak.

"Kan ada air panas" Ziqa menggelengkan kepalanya dan menolak Zeeq masuk ke dalan bilik air.

"Cepat sikit mandi. Ziqa dah mandi tadi" Ziqa menjerit sedikit di luar bilik air dan Zeeq tersenyum bila melihat air panas yg sudah disediakn utknya. Zeeq mandi dan ambil air sembahyang.

"Dah ada wudhuk?" Soal Ziqa sebaik Zeeq keluar dari bilik air dan Zeeq angguk sambil menyambut huluran baju dari tangan Ziqa.

"Ziqa dah ada wudhuk ke?" Soal Zeeq pula bila hanya satu sejadah dihamparkan.

"Belum. Ziqa cuti peristiwa. Abg solatlah. Ziqa turun masak jap" Zeeq angguk faham dan melihat Ziqa keluar dari bilik barulah dia solat.

Ziqa ceroboh bilik Iza dan dia terkejut bila Iza dah siap mandi dan solat. Ziqa menggaru dagunya, memang pelik sangat Iza hari ni padahal hujung minggu dan selalunya orang yg paling liat nak bangun adalah dia.

"Awalnya dik" tegur Ziqa dan baring di katil Iza yg dah kemas.

"Abg Aiman nak datang!" Jerit Iza teruja dan Ziqa terkejut.

"Patutlah. Kalau mcm tu, jom teman akak sediakan breakfast" Ziqa tarik tangan Iza turun ke dapur. Susah benar nak masuk dapur Iza ni tapi oleh kerana buah hatinya nak datang lain mcm semangat dan tahap kerajinan dia hari ni. Ziqa hanya mampu tergelak kecil dgn perangai tak matang Iza.

Mereka berdua di dapur dah gamat suasana kerana asyik ketawa dan bergurau. Zeeq yg masuk ke dapur terus mencium kepala adiknya dan kemudian memeluk erat Ziqa dari belakang. Ziqa tergelak kecil kerana kegelian tapi Zeeq tak hiraukan. Ziqa biarkan apa yg Zeeq buat dan sambung menyiapkan kopi.

"Susahnya bela ulat bulu ni" Iza memerli walaupun dalam hatinya gembira tengok pasangan itu. Akhirnya Ziqa jumpa orang yg sesuai untuknya.

Bunyi loceng rumah buatkan semua orang berhenti bercakap dan saling memandang. Iza tersengih dan berlari utk buka pintu. Ziqa yg dapat mengagak siapa yg datang ikut sama senyum lain pula dgn Zeeq yg tak pasti siapa yg datang. Ziqa menyuruh Zeeq keluar menyambut tetamu dan Ziqa masuk ke dalam bilik utk mengambil tudung. Dia turun ke ruang tamu dan tersenyum pandang Aiman yg sedang berkenalan dgn Zeeq.

"Ziqa!" Teruja betul Aiman bila dah 5 bulan tak jumpa dgn kawannya itu. Ziqa pandang bunga di tangan Aiman dan di tangan Iza.

"Nah" Aiman hulurkan sejambak bunga kepada Ziqa.

"Thanks! Sempat beli bunga"

"Sempat, banyak sangat kedai bunga area sini. Sihat?" Soal Aiman pula.

"Alhamdulillah."

"Ni, hadiah kawin." Aiman hulurkan satu bungkusan dan Ziqa teruja menerimanya.

"Wah! Thanks"

"No hal. Abg, saya nak bawa Iza keluar boleh? Kejap je" Aiman meminta izin drpd Zeeq yg banyak diam dan pandang je sejak tadi. Zeeq pandang Ziqa dan Ziqa angguk.

"Ok. Jgn balik lewat sangat. Sebelum keluar kita breakfast dulu" cadang Zeeq dan Ziqa menyokong. Iza dan Aiman tak cakap banyak ikut sama bersetuju dan ke dapur utk bersarapan. Walaupun ringkas tapi cukup utk mereka bersarapan dgn kenyang.

Ziqa dan Zeeq berdiri di depan pintu melihat Iza dan Aiman pergi dgn teksi. Ziqa pandang Zeeq yg masih lagi memandang teksi itu. Ziqa memeluk pinggang Zeeq dan mengajaknya masuk ke dalam rumah.

"Aiman tu sebaya dgn Ziqa ke?" Soal Zeeq. Ziqa dah agak yg Zeeq nak siasat pasal benda ni.

"Yup! Kenapa?" Soal Ziqa dan duduk di sofa dan bermain dgn ipadnya.

"No wonder la bahasakan i and u"

"Ya la. Ziqa tahu yg abg risau kan?" Tebak Ziqa dan bersandar pada badan Zeeq. Zeeq angguk dan bermain dgn dagunya.

"Risau la, dah la tempat orang, dgn lelaki pulak tu"

"Aiman tu budak baik la. Mama dan papa pun dah kenal dia. Businessman berjaya tu"

"Ya ke?"

"Ya la. Ziqa first jumpa dia sebab tertumpahkan kopi atas kemeja dia" Ziqa tergelak bila teringat balik hal itu. Zeeq menggelengkan kepalanya bila dengar cerita Ziqa.

"Ziqa ni memang suka buat cara perkenalan dgn gempak kan?"

"Tu la pasal. Mungkin sebab tu Ziqa ni mudah diingat walaupun baru pertama kali jumpa"

"Mungkin. Ziqa nak tahu tak, lepas abg kena hentak dgn penyapu dgn Ziqa tu. Abg dah rasa suka kat Ziqa tapi abg tak fikir banyak sebab Ziqa dan abg dah nak kahwin dgn orang lain"

"Ya ke? Tapi, Ziqa pun selalu teringat peristiwa tu. Skrg semuanya dah berubah dan bertukar"

"Tu la pasal. Mereka bukan jodoh kita"

"Erm!"

"Ziqa cintakan Feez?" Soalan Zeeq buatkan Ziqa letakkan ipadnya dan pandang Zeeq.

"Ziqa terima Feez sebagai suami dan Ziqa sayangkan dia. Cinta? Ziqa tak pasti"

"Ziqa cintakan abg?"

"Kalau cinta tu boleh bahagiakan hidup Ziqa mcm ni, Ziqa memang cintakan abg" luah Ziqa sambil tersenyum manis. Zeeq dalam senyun bersyukur dan dia mencium dahi itu lama.

"Abg, kita balik Malaysia nak?" Soal Ziqa pula.

"Skrg tak boleh. Abg busy sikit. Nanti bila Adik cuti sem" cadang Zeeq pula dan Ziqa angguk setuju.

"Rindu semua orang kat sana. Pak Lang dan Mak Lang yg suruh balik sebab sepupu Ziqa nak kawin"

"Oh, tak pe la. Bila dapat tarikh tetap kita plan balik"

"Ok!" Jawab Ziqa seronok dan sambung bermain dgn ipadnya. Zeeq pula hanya mampu tersenyum dgn gelagat Ziqa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience