BAB 6

Romance Completed 5826

Ziqa dah lama tak pedulikan apa yg dia lihat dan apa yg dia perlu dengar. Dia dah malas nak bertekak dgn Feez dan biarkan je apa yg Feez nak buat. Apa yg Ziqa pegang skrg ni dia hanya perlu sediakan apa yg Feez perlukan sahaja.

"Haziqa" panggil Feez bila Ziqa dah kurang bercakap dengannya sejak kejadian malam itu. Ziqa hanya menyahut dgn berpaling memandang Feez dan dia sambung memakai selendangnya.

"You dengar tak I panggil ni?" Soal Feez kasar dan merentap tangan Ziqa sehingga kotak kerongsang di tangannya jatuh dan kerongsang berterabur atas lantai.

Ziqa malas nak marah atau beri respon terus kutip kerongsang yg jatuh dan masukkan semula ke dalam bekasnya semula. Feez bertambah geram dgn sikap Ziqa yg langsung tak beri perhatian padanya.

"Awak nak apa?" Soal Ziqa malas dan siapkan dirinya sepenuhnya lalu mengambil tas yg berada di atas meja.

"U boleh buat bodoh je, I ada dalam bilik ni"

"Ya saya tahu awak ada dalam bilik ni. Apa maksud awak ni? Selama ini awak tak pernah pun nak bercakap dgn saya hari ni kenapa pulak nak bercakap?" Soal Ziqa geram.

"Siapa lelaki yg keluar dgn U semalam? U dah muak ya tengok muka I?" Ziqa terkejut, mcm mana Feez boleh tahu tapi Ziqa buat selamba dan tak pedulikan soalan Feez.

"Aku tanya ni!" Marah Feez lagi.

"Kawan saya, tolonglah, saya dah lewat ni. Saya pergi dulu" Ziqa lepaskan lengannya yg dicengkam kuat dan terus dia keluar dari bilik. Feez yg tak puas hati sepak kerusi yg ada dalam bilik dan dia sarungkan kotnya lalu keluar dari bilik.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Tasha manja dan memeluk lengan Feez lembut. Feez merengus kasar dan terus berjalan keluar dari rumah tanpa menjawab soalan Tasha.

"Hafeez" Tasha mengejar langkah Feez yg laju dihadapan dan tak pedulikannya langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience