BAB 9

Romance Completed 5826

"Papa, mama, ni bukan salah Feez. Ziqa yg minta semua ni. Ziqa tak nak bermadu" terang Ziqa bila Dato mula naik angin dan nak marahkan Feez. Semua orag diam bila Ziqa cakap mcm tu.

"Ziqa bahagia sangat ada dalam keluarga ni, maafkan Ziqa sebab memilih utk pergi. Ziqa syangkan semua org. Maafkan segala silap Ziqa dan halalkan makan minun Ziqa." Ziqa senyum lagi dan bangun dari sofa.

"Bibik, tlong ambilkan barang saya kat atas ya?" Pinta Ziqa pula. Semua orang tak tahu nak cakap apa dan Ziqa ambil semua barangnya. Dia memeluk datin dan Iza erat sebelum melangkah pergi. Semua orang sepertinya terpaku dgn apa yg terjadi sehingga tak terluah apa2. Ziqa berjalan pergi dan masuk ke dalam teksi.

"Selamat tinggal semua" ucap Ziqa perlahan.

"Kak Ziqa!!!!" Jerit Iza yg berlari keluar tapi malangnya teksi dah bergerak pergi. Iza terus mengejar dan akhirnya dia terjatuh. Air matanya gugur dan dia tak larat lagi. Dia bangun dan berjalan masuk ke dalam villa dgn marah.

"Adik benci abang!" Jerit Iza dan terus berlari masuk ke dalam biliknya.

"Adik, adik" panggil datin seraya mengejar langkah Iza.

"Papa tak tahu nak cakap apa. Tapi, Feez dah buat keputusan dan papa hanya mampu doa yg itu terbaik utk kamu" dato dgn kecewa tinggalkan Tasha dan Feez di ruang tamu. Tasha terus merancang macam2 utk perkahwinan mereka nanti tapi, Feez diam je.

Aira terkejut sebaik dia buka pintu butik ada bagasi di situ. Dia tertanya tanya kepunyaan siapa, kemudian dia terdengar ada suara orang menangis di ruang solat. Aira ambil batang besbol dan berhati hati ke ruang solat. Bila dia lihat Ziqa yg sedang menangis sambil berdoa dalam telekung dia letakkan kayu besbol dan berjalan perlahan lahan.

"Ya Allah, aku bukan lagi isteri Amar Hafeez, janganlah engkau dekatkan hati aku padanya lagi" terkejut Aira yg mendengar doa itu lalu rebah dan dia mengengsot ke sejadah Ziqa. Wajah Ziqa yg sudah kemerahan kerana menangis terus buatkan air matanya mengalir.

"Ziqa..." sebak Aira nak bertanya dan tangannya menyentuh tangan Ziqa.

"Aku bukan lagi isteri dia Aira" Ziqa terus menangis lagi dan memeluk Aira erat. Dalam tangisnya dia turut meraung kepedihan dan kesedihan. Dia teringin utk reda tapi dia belum kuat lagi.

"Aira....apa..." Ziqa terus menangis tanpa hiraukan keadaan dirinya. Dia terus menangis dan Aira cuba utk tenangkan Ziqa yg dah seperti dirasuk dan berputus asa utk hidup.

"Aku jahat ke?" Soal Ziqa lagi dan tangisannya semakin reda. Aira mengelengkan kepalanya dan memegang pipi Ziqa.

"Ziqa, dengar sini. Hanya orang yg bodoh lepaskan kau"

"Aira... aku tak tahu nak buat apa lagi"

"Ziqa. Ziqa, kau kuat. Kau selalu cakap yg Allah lebih tahu apa yg baik utk kita. Jantan tu tak baik utk kau" tegas Aira katakan dan Ziqa hanya diam dalam pelukan Aira. Dia rasa lebih tenang dan akhirnya Ziqa rebah.

"Ziqa! Ziqa!" Panggil Aira risau tapi langsung Ziqa tak menyahut. Aira keluar dari situ dan buat satu panggilan telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience