BAB 21

Romance Completed 5826

Feez dan Tasha sedang menikmati makan malam mereka yg sangat romantik. Iza dan Ziqa dah beri usaha penuh utk makan malam mereka berdua. Feez genggan erat tangan Tasha dan dia bersyukur kerana mereka juga rasa bahagia yg teramat sekarang. Benarlah jika kita menjaga hubungan kita dgn Allah, Allah akan jaga hubungan kita dgn manusia.

"Kita mulakan lagi sekali ya Feez. Tasha nak kita bahagia"

"Ya sayang. Pasti" Tasha mengalirkan air mata bila Feez memanggilnya sebegitu.

"Kenapa nangis ni? Feez ada tersalah cakap ke?"

"Tak lah. Mana ada, Tasha terharu je Feez panggil Tasha mcm tu"

"Kena biasakan diri la skrg. Kalau setiap kali Feez panggil sayang Tasha nangis, kering air mata tu nanti"

"Saja la tu nak buat lawak"

"Mana ada. Tapi, terima kasih jugak kat Ziqa dgn adik"

"Erm. Banyak effort mereka ni"

"Tu la pasal." Tasha tersenyum manis pada Feez.

Zeeq lagi sekali hampa bila Ziqa tak nak duduk di sebelahnya di atas kapal terbang. Alahan Ziqa semakin menjadi jadi sehingga Zeeq tak pasti apa lagi yg dia perlu buat.

"Ziqa, abg tak benarkan Ziqa duduk sebelah lelaki tu"

"Dah tu? Abg busuk sangat" Ziqa pulak yg tak puas hati dan Iza tergelak mendengar jawapan dari Ziqa.

"Duduk sebelah Adik, biar abg duduk situ" jawab Zeeq pula dan Ziqa hanya menurut.

"Mana2 je la, asalkan bukan sebelah abg" Zeeq geram betul dgn jawapan selamba badak Ziqa tu. Iza pula tak boleh berhenti gelak dengan gelagat dgn dua orang itu.

"Sampai bila sayang nak pinggirkan abg ni?"

"Bukan Ziqa. Anak abg yg tak suka" Ziqa pertahankan dirinya dan duduk di sebelah Iza dgn selesa. Zeeq gelengkan kepala dan dia duduk di tempat Ziqa tadi.

Perut Ziqa semakin membesar dan alahan Ziqa pada Zeeq juga bertambah teruk. Dia hanya tak boleh berada dekat dgn Zeeq bila Zeeq memakai baju. Entah apa yg tak kena Zeeq sendiri tak pasti.

"Abg, adik ada idea mcm mana nak buat kak ziqa tak alah dgn abg"

"Ha, apa dia? Petua apa lagi adik nak bagi?"

"Abg kena tukar semua baju abg. Maksud adik, beli baju baru dan simpan dulu baju lama tu."

"Logik nak membazir smpai mcm tu sekali?"

"Logiknya ialah, baju2 abg tu kan dah ada bau perfume abg yg lama tu. Mungkin, boleh"

"Haah! Ok! Jom shopping. Penat dah abg dianaktirikan dgn Ziqa"

Ziqa balik je dia terkejut bila dalam almari pakaian semua baju Zeeq dah bertukar baru. Pintu yg dibuka buatkan Ziqa berpaling dan Zeeq masuk sambil tersenyum. Bila Zeeq mendekati Ziqa, laju je langkah Ziqa untuk melarikan diri.

"Sayang, just stay" arah Zeeq dan terus memeluk Ziqa erat. Lama Ziqa diam dan dia tak rasa pening dgn bauan Zeeq.

"How? Pening?" Soal Zeeq nak tahu. Ziqa senyum dan menggelengkan kepala lalu memeluk Zeeq erat.

"Alhamdulillah!" Zeeq ceria betul bila cara dia kali ini berjaya.

"Patutlah banyak baju baru"

"Adik suggested that."

"Banyak abg melabur ni"

"Why not? I miss u"

"Funny la abg."

"I dont care, as long as i can being beside u like this"

"U pay so much for this"

"Its ok. I love u"

"I love u more" balas Ziqa dan memandang Zeeq.

'Baby, kesian papa' Ziqa gembira pada masa yg sama dan sempat berbisik pada anaknya.

**

Sedar tidak sedar sudah tiga tahun berlalu dan kini mereka semua sudah menetap di Malaysia. Pada hari perkahwinan Iza dan Aiman semua orang sudah bersedia dgn pakaian masing2.

"Haiqal! Haizar! Pakai baju dulu" terjerit Ziqa dgn dua anak lelakinya yg aktif betul dan susah sangat nak pakai baju. Mungkin sebab alahan dia pada kandungan pertama dan keduanya.

"Arghh penat. Abang, pergi tangkap hero-hero abang tu dulu" arah Ziqa setelah penat berperang. Zeeq yg kesian dgn Ziqa terus membuka mulut dan dua anak lelakinya berhenti berlari dan dengar cakap Zeeq. Pelik, bila Zeeq yg cakap terus mereka dengar cakap.

"Askar-askar semua! Dah, jom pakai baju ok. Kesian mama" arah Zeeq dan dua2 datang utk dipakaikan baju. Zeeq duduk disebelah Ziqa dan membantu Ziqa memakaikan baju pada Haizar.

"Dah! Hensem anak mama"puji Ziqa pada anak sulungnya, Haiqal yg berumur tiga tahun. Haiqal memeluk leher Ziqa dan tersengih.

"Papa! Nak . Nak" Haizar pula hulurkan tangannya minta dipeluk sama. Setahun umurnya dan dia lebih rapat dgn Zeeq, wajah pun iras betul dgn Zeeq.

"Ok, pakai songkok ni, pergi main dgn Nadeem ya" ujar Ziqa sambil mencium pipi dua anaknya. Terus mereka berdua keluar utk mencari Nadeem, anak lelaki Tasha dan Feez. Belum ada cucu perempuan dalam keluarga dato dan datin hanya hero je. Mungkin hadiah drpd Iza kot.

"Sayang" panggil Zeeq lembut dan merapatkan badannya pada Ziqa. Ziqa memandang Zeeq yg sedang tersenyum dgn muka pelik.

"Mana kiss utk papa heroes tu?" Ziqa tersenyum dan meninggalkan Zeeq sorang2 di sofa. Ziqa sidaikan tuala kecil anaknya tadi dan memakai tudung.

"Ziqa buat lagi"

"Buat apa?" Soal Ziqa selamba.

"Anak tirikan abg" Zeeq dah mula nak merajuk dan Ziqa buat tak tahu je.

"Abg merajuk la mcm ni" Zeeq ambil songkoknya dan berura ura nak keluar dari bilik. Ziqa yg dah selesai memakai tudung mengejar langkah Zeeq yg dah keluar dari bilik. Dia memegang lengan Zeeq dan satu ciuman singgah di pipi kanan Zeeq. Ziqa berlari turun meninggalkan Zeeq dan dia mendapatkan anak2nya.

Zeeq tersenyum bahagia dgn ciuman itu dan dia ikut sama turun ke bawah bersama Ziqa dan dua anaknya.

"I love u sayang" Bisik Zeeq dan dia cium pipi Ziqa. Ziqa buat muka geram bila Zeeq buat mcm tu depan orang ramai.

"Jom" Zeeq mendukung Haizar dan memimpin tangan Haiqal. Ziqa pula memimpin tangan Nadeem yg keseorangan di situ.

"Mana mama dan papa?" Soal Ziqa pada Nadeem yg berumur dua tahun.

"Tu.." memuncungkan mulutnya menunjukkan Tasha yg berjalan ke arahnya. Feez juga ada di sebelah Tasha.

"Mama" panggil Nadeem manja dan minta didukung.

"Papa, dukung Nadeem jap" Tasha meminta bantuan Feez dan Feez dgn senang hati mendukung anak mereka.

"Sayang, jom dah lewat ni" Zeeq masuk semula dan menarik tangan Ziqa.

"Mana heroes kita?"

"Abg transfer ke atuk dan nenek dia"

"What? Transfer?" Soal Ziqa geram.

"Ya la, heroes diperlukan seluruh dunia, bukan dunia kita je"

"Amboi bukan main lagi ya abang ni!" dirangkul erat pinggang suaminya seraya mereka berjalan berpimpin tangan menikmati keindahan panorama dunia terbentang luas sambil hati mereka menguntum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience