BAB 19

Romance Completed 5826

Nadi Ziqa di periksa oleh ustzh Nur dan Ziqa hanya kelihatan tenang. Dia langsung tak rasa terganggu atau apa tapi dia pelik kenapa dia dibawa ke sana.

"Kenapa ni ma?" Soal Ziqa pada Datin.

"Dengar cakap ustazah tu" ujar datin pula. Ayat2 Al Quran yg dibaca di telinga Ziqa buatkan dia rasa tenang dan dia kelihatan biasa sahaja selpas minun air yg diberikan. Ustazah Nur ikut sma tersenyum setelah segala test dijalankan ke atas Ziqa.

"Menantu awak ok je Da." Maklum ustazah itu mesra.

"Tapi, Ziqa tak boleh nak tengok muka suami dia. Rasa nak marah je. Kan Ziqa?" Soal datin pada Ziqa dan Ziqa angguk mengiyakan.

"Mungkin perubahan emosi sebab berbadan dua" ustazah itu senyum lagi dan mereka semua pelik.

"Saya baru je test semalam. Negative ustazah" maklum Ziqa pula.

"Alatan buatan manusia mungkin ada silapnya. Tapi, nadi Ziqa laju lebih dri orang biasa. Lepas ni Ziqa pergi jumpa doktor ya?" Saran ustzh itu lagi dan semua orang mula ukirkan senyuman bahagia.

"Habis tu, kenapa saya tak boleh tengok suami saya?" Soal Ziqa nak tahu.

"Bila mengandung, badan kita agak lemah dan mungkin itu semua hasutan syaitan laknatullah je. Mulai sekarang Ziqa kena selalu baca ayat kursi, tiga qul. Jaga solat dan selalu berzikir dan mengaji. In sha Allah Ziqa akan rasa lebih tenang. Ataupun, mungkin ada yg baby tak berkenan pada papa dia" gurau ustazah itu pula. Mereka semua ketawa dan tak sabar nak dapat pengesahan drpd doktor pula. Mereka minta diri dan segera ke klinik utk dapat pengesahan akhir.

Sesampai di klinik terus mereka berempat berjumpa dgn doktor yg bertugas. Urine test di adakan dan sementara menunggu keputusan mereka bercakap dgn doktor mengenai simpton yg ada pada Ziqa. Kebanyakannya memang menunjukkan yg Ziqa mengandung. Seorang nurse bawa keluar keputusan dan doktor itu dgn senyuman menunjukkan hasil test tadi.

"Alhamdulillah! Positif" mereka berempat dah sama2 teruja dgn berita yg baru sahaja mereka dapat kini.

"Tahniah puan, lapan minggu dah kandungan puan. Mungkin susah sedikit tapi puan kena makan benda yg sihat dan jgn banyak buat kerja berat" pesan doktor itu kpda Ziqa dan Ziqa angguk faham.

"Terima kasih doktor" Mereka berempat keluar dari klinik dgn perasaan gembira yg teramat sehingga terlupa orang di rumah. Mereka membeli barang dapur sedikit sebelum balik ke rumah.

Sebaik Ziqa melangkah masuk terus Zeeq mendapatkan Iza utk dapatkan kepastian tentang keadaan Ziqa.

"She is fine. Tapi, baik abg naik mandi sebelum jumpa kak Ziqa"

"Kenapa?"

"Jgn pakai perfume abg tu lagi dah"

"Kenapa?"

"Dengar je la"

"Ok. Abg naik mandi" Zeeq terus berlari naik ke bilik dan mandi sebelum Ziqa masuk ke bilik. Bila dia keluar dari bilik air Ziqa dah ada di depannya dan sedang tersenyum mesra kepadanya. Dia yg hanya bertuala turut memandang Ziqa yg ceria habis. Ziqa terus meluru ke arah Zeeq dan memeluk Zeeq erat.

"Abg, we gonna be mom and dad" ujar Ziqa ceria tanpa meleraikan pelukan. Zeeq yg terlalu gembira hanya mampu mengucap syukur yg tak terhingga.

"Sayang dah tak marah abg?" Soal Zeeq risau. Ziqa menggelengkan kepala dan tersenyum puas.

"Wangi" puji Ziqa dan Zeeq hairan betul dgn perubahan Ziqa ni tapi dia cuba utk faham kerana isterinya mengandung.

"Abg, Ziqa tak suka bau perfume abg. Jangan pakai lagi dah"

"Ya. Abg dah buang pun. Takkan sebab tu je Ziqa tak suka abg?"

"Mungkin ya. Sebab, setiap kali Ziqa dekat dgn abg dan bau perfume tu buat Ziqa rasa sakit hati" Zeeq tergelak bila dengar kenyataan pelik Ziqa tapi dia tetap faham.

"Kenapa tak cakap awal2?"

"I just dont know. But, after Iza told me I think she is right. Now, i can hug u without the smell of your perfume"

"Alhamdulillah, abg rela buang perfume mahal abg asalkan Ziqa tak buang abg"

"Mana boleh Ziqa buang abg. Ziqa sayang abg. Sorry?"

"No sorry la sayang. Abg lagi sayang Ziqa."

"Mulai skrg, abg kena share la sayang abg dengan baby ni" Ziqa usap perutnya dan Zeeq tersenyum.

"Bukan share tapi tambah lagi. Baby, jaga mama Ok?" Zeeq turut sama mengusap perut Ziqa.

"Sayang, abg nak pakai baju jap" Zeeq bersuara tapi Ziqa menggelengkan kepala beberapa kali.

"Bagi abg pakai seluar dulu ke?" Akhirnya Ziqa lepaskan Zeeq dan Zeeq terus memakai seluar tanpa baju. Ziqa senyum puas hati dan menarik Zeeq ke katil.

"Ziqa nak rest. Abg teman ya?" Pinta Ziqa manja dan Zeeq angguk sambil mencium dahi Ziqa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience