BAB 7

Romance Completed 5826

Malamnya Feez dan Tasha keluar bersama lagi dan mereka sedang bersama di dalam kereta di kawasan yg gelap sehingga menimbulkan syak dan ditangkap dgn jabatan agama.

Di rumah Dato munir marah betul dgn perbuatan anaknya yg dah malukan keluarga. Semua orang yg berkumpul di ruang tamu sedang melihat Feez dan Tasha dimarahi dgn teruk.

"Papa" Ziqa membuka mulutnya bila Dato mula bertenang sedikit.

"Ziqa rasa kawin adalah jalan yg terbaik" Ziqa bersuara lemah dan semua orang terkejut dgn keputusannya.

"Akak, no way!" Halang Iza.

"Ziqa tak kisah apa sekalipun kptusan papa. Ziqa masuk bilik dulu" Ziqa terus menonong masuk ke dalam bilik Iza. Iza bangun dari sofa dan memandang pasangan yg dah lukakan hati Ziqa.

"Abg dgn Kak Tasha ni memang tak tahu malu!" Iza berlari naik ke biliknya sebab dia tahu Ziqa berada di situ.

"Papa pun tak tahu nak cakap apa. Malas papa nak cakap dgn kamu berdua"

"Mama pun tak tahu nak cakap apa. Kamu berdua fikirlah" semua orang tinggalkan ruang tamu dan ke bilik masing2.

"Abang" Datin naik ke katil dan duduk di sebelah suaminya.

"Saya malu dgn Ziqa. Saya kasihan dgn Ziqa. Dia terlalu baik tapi Feez tak pernah hargai dia" sedih hati Dato bila mengenangkan nasib menantunya.

"Betul tu abg,saya sayangkan Ziqa tu mcm anak sendiri. Kalau boleh saya tak nak dia pergi dari keluarga kita"

"Ya, tapi, kalau dia bahagia mcm tu kita terpaksa lepaskan dia. Keluarga kita dah malu,kalau Feez dan Tasha tak kawin panjang pulak cerita ni nanti"

"Entahlah abg. Letih Da nak fikir"

"Tidurlah, abg pun malas nak fikir"

"I nak cakap sikit" Feez buka mulut bila Ziqa dah nak pergi kerja.

"Apa?"

"I dgn Feez akan kawin. Papa dan mama dah izinkan" suara Tasha yg ceria buatkan Ziqa tersenyum sedikit.

"Alhamdulillah . Kalau ada apa2 nak saya tolong cakap je" Ziqa sarungkan kasut dan pandang pasangan bahagia di depan matanya ini.

"I nak cakap yg I akan kawin dgn Tasha tapi, I tak mampu nak berpoligami. U tahu kan poligami tu utk orang yg berkemampuan?" Umpama pedang yg menghiris hatinya kini.

"Saya tahu dan saya faham. Kita bincang di rumah malam nanti bila semua orang dah ada. Saya pergi dulu" ziqa senyum hambar dan berlalu pergi. Tak lama lagi dia bukan sesiapa lagi dalam keluarga itu. Ziqa naik teksi seperti biasa dan bila tiba di butik Ziqa tarik nafas dalam2 sebelum melangkah masuk. Selesai membuat bayaran dia keluar dari teksi dan tersenyum dgn manis lalu masuk ke dalam butik.

"Aira, awalnya" sapa Ziqa sambil tersenyum manis. Aira pelik pula dgn senyuman yg dia dapat pagi ni tapi dia tak nak bertanya bimbang spoil mood baik Ziqa.

"Oh, Akim pun ada" Ziqa sapa pula suami Aira yg sedang mendukung anak mereka.

"Ziqa, aku nak pergi klinik ni, Ilmi tak sihat. Kau tlong tengokkan butik ok?"

"Ok. No hal" Ziqa mendekati Ilmi dan mencium pipi montel itu beberapa kali. Teringin dia bergelar ibu tapi dia tahu dia tak layak lagi dan Allah tahu kenapa dia belum dapat peluang itu.

"Kami pergi dulu" Akim minta diri dan mereka bertiga tinggalkan Ziqa yg senyum pandang mereka.

"Ziqa, pasti ada bahagia nanti" ujarnya perlahan dan dia terus sibukkan diri dgn kerja2 di butik. Bila pelanggan mula datang dia terpaksa melayan semuanya kerana tak cukup pekerja.

"Ya Datin, purple? Ok"

"Grey is better"

"No, pink is good on her"

"Yes, yes. We will send it"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience