BAB 14

Romance Completed 5826

Ziqa terpaksa teman Zeeq keluar bila Iza sakit perut dan tak dapat nak keluar dgn Zeeq. Ziqa hanya berdiam diri di dalam kereta dan hanya pandang ke arah luar. Zeeq pula asyik mengerling Ziqa yg langsung tak nak bercakap dgannya.

"Ziqa" Zeeq memanggil perlahan dan Ziqa berpaling memandangnya.

"Maaf la terpaksa teman abg. Adik yg janji nak pergi dgn abg sebenarnya"

"Tak pe la abg. Ziqa pun dah lama tak keluar"

"Ya ke? Bukan sebab adik paksa?" Soal Zeeq sambil tersenyum dan Ziqa ikut sama tersenyum. Memang itu sebabnya yg dia terpaksa keluar berdua dgn Zeeq.

"Sikit, dah cukup ke semua barang utk masak tu?"

"Dah. Ziqa pandai masak ke?"

"Terel tu tak la tapi, boleh la. Kenapa?"

"Abg teringin nak makan ikan masak tiga rasa yg mama selalu masak tu"

"Oh! Ziqa ad belajar nak masak dgn mama. Nanti Ziqa masakkan utk abg ya?"

"Betul ni?"

"In sha Allah. Tapi, tak ada la sesedap mama masak kot"

" Wah! Tak sabar abg nak makan"

Ziqa senyum melihat keterujaan Zeeq. Ziqa teringat Feez yg langsung tak nak sentuh masakan dia. Ziqa sedar yg dia tak patut membanding beza sesiapa tapi hatinya sedikit terubat bila Zeeq melayannya dgn baik.

Rizal, Yana dan Iza sengaja beri ruang pada Zeeq dan Ziqa utk bersama. Mereka dah merancang utk satukan mereka berdua kerana mereka kelihatan sesuai bersama.

"Kita kena cepat abg, kak" Iza buat kata putus bila melihat tiada perkembangan yg lebih bagus.

"Memang la. Tapi, Zeeq tak nak buka mulut lagi" Rizal pula kesal dgn sikap penakut Zeeq utk luahkan isi hatinya.

"Takkan Kak Ziqa nak buka mulut pulak?"

"Takkan. Sekarang ni kita kena cari tahu. Dorang ni suka sama suka ke tak?" Cadang Yana pula.

"Dah terang lagi bersuluh yg mereka tu sama suka" jawab Rizal pula.

"Kena ada confirmation dulu, lepas tu kita atur plan lain"

"Betul jugak. Nanti Kak Ziqa Iza setel. Abg setel yg abg Zeeq ya?"

"Ok!" Mereka bertiga dah dapat kata sepakat dan bersedia utk rancangan seterusnya.

"Jom makan!" Ajak Zeeq melaung dari dapur dan tiga orang ni terus masuk ke dapur sambil tersengih.

Zeeq tolong tarikkan kerusi utk Ziqa dan mereka semua mula makan dgn gembira. Pelbagai topik dibuka utk berbual. Zeeq dan Ziqa banyak berkongsi minat yg sama dan mereka sependapat dalam banyak perkara.

"Susah bila ada pasangan yg sekepala ni" rungut Rizal bila segala yg dicakapnya dibantah dgn mudah. Yana dan Iza hanya mampu tergelak dgn lagak Rizal yg entah bila nak matang anak dah ada sorang.

"It is fact!" Jawab Ziqa dan Zeeq serentak dan mereka ketawa lagi. Iza hanya mampu gelengkan kepala bila Ziqa dan Zeeq dah tekad nak kalahkan Rizal dalam debat pasal barang dapur je pun.

"Makan la korang" malas Rizal nak melayan Ziqa dan Zeeq yg sudah tersenyum kemenangan. Ziqa pandang Zeeq yg sedang merenungnya dan mereka berbalas senyum sebelum teruskan makan. Iza yg jadi tukang perhatikan semuanya tersenyum bahagia. Dalam hatinya berdoa agar ada peluang kedua utk pasangan ini.

"Adik, tolong akak basuh pinggan ya?" Soal Ziqa dan Iza terus angguk.

"Akak nak buat apa?" Soal Yana pula.

"Akak buatkan air" saran Iza pula dan Yana dgn senang hati terus mengambil teko dan membancuh teh. Ziqa tekun dgn kerjanya, pada masa yg sama Yana gesa Iza supaya bertanya soal isi hati Ziqa.

"Ziqa, akak nak tanya sikit" Yana buka mulut bila dipaksa Iza.

"Apa?"

"Ziqa tak terfikir utk kawin lagi?" Ziqa tergelak bila dengar soalan mcm tu. Iza dan Yana dah naik hairan dgn respon Ziqa.

"Kenapa akak gelak?" Soal Iza pelik.

"Ada ke orang nak kawin dgn janda ni adik, kak?" Ziqa menyoal balik dan mereka diam.

"Abg nak" semua tersentak bila ada suara lain yg menjawab. Iza dan Yana dah tersenyum bila Zeeq dah buka mulut. Ziqa hentikan kerjanya dan pandang Zeeq yg kelihatan serius.

"Abg nak Ziqa jadi yg halal utk abg. Abg nak kawin dgn Ziqa" lamar Zeeq terus dan Ziqa diam lagi. Otaknya tak dapat cerna apa yg sedang jadi skrg ni dan dia takut nak buat keputusan pada masa yg sama.

"Kalau Ziqa tolak sekalipun abg tak kisah. Abg sayangkan Ziqa" sambung Zeeq lagi dan Iza memeluk lengannya erat. Sejuk tangan Zeeq saat melamar Ziqa. Yana berdiri di sebelah Rizal dgn harapan Ziqa bersetuju. Ziqa palingkan muka dan bertentangan dgn mereka semua.

"Mcm mana kalau Ziqa tak sesuai utk abg?" Soal Ziqa perlahan. Zeeq melangkah ke hadapan sedikit.

"Kalau itu yg Ziqa rasa, mungkin itu yg sebetulnya. Sebab, hanya kita tahu kita sesuai dan selesa bersama siapa" jawab Zeeq sambil tersenyum. Padanya memiliki Ziqa adalah satu kebahagian tapi bukannya satu kemestian.

"Abg rasa, Ziqa sesuai utk abg?" Soal Ziqa lagi.

"Ya. Ziqa buatkan abg berani utk mencuba lagi. Both of us deserve second chance right?"

"You think so?"

"Yes. It doesnt matter with who you are going to marry. But, u deserve that"

"If i said yes and i wanna marry u. Will u take care of me?" Soal Ziqa sebak.

"Yes!" Jawab Zeeq yakin dan semua orang sudah tak sabar nak tunggu jawapan drpd Ziqa.

"Will u marry me?" Soal Zeeq lagi. Dalam diam Ziqa mengangguk setuju.

"Alhamdulillah!" Luah mereka berempat. Iza terus meluru dan memeluk erat Ziqa. Zeeq memeluk Rizal erat dan dia kesat air matanya yg sedang bertakung. Tak sangka yg Ziqa akan sudi terimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience