BAB 9

Romance Series 18766

DIA mengesat air matanya yang asyik mengalir sejak petang semalam. Sungguh dia tidak kuat setelah menerima surat yang diberikan oleh Puan Khadeeja petang semalam.

Dia tidak dapat menerima hakikat yang manuskrip yang dikarangnya selama dua tahun itu lebur ditolak begitu sahaja.

Sudah kali yang keberapa ratus dia mengelap mutiara jernih yang keluar dari tubir matanya. Namun mutiara jernih itu masih terus mengalir bagai hujan yang tidak berhenti-henti sehingga menyebabkan banjir.

Kalau ditadah air matanya ini rasanya dah boleh sampai 10 baldi air mata seketul Amaya Geisha.

Bukan sekadar manuskripnya ditolak, ditambah lagi kes Ameera yang belum selesai. Entah bagaimana khabar gadis itu. Dia langsung belum jumpa gadis itu setelah keluar dari hospital.

Kali terakhir dia berjumpa gadis itu pun sewaktu Magdelyn bersama Ameera tetapi dia hanya memerhati dari luar dengan rasa sakit.

"Haih... Apalah nasib aku..." dia mengeluh.

Manuskrip dalam bentuk Microsoft Word di skrin laptopnya ditatap kosong tanpa perasaan. Sungguh membuang masanya sahaja selama dua tahun last-last ditolak mentah-mentah.

Arghh! Stress! Jeritnya dalam hati.

Sejak petang semalam, gadis itu langsung tidak keluar dari biliknya. Puan Khadeeja dan Encik Ghazali sudah mula risau. Gadis itu juga tidak menyentuh makanan yang dimasak pagi tadi.

Puan Khadeeja menaiki tangga rumahnya menuju ke pintu bilik tidur anaknya, Amaya. Dia mencuba membuka pintu bilik tidur itu namun gagal. Puan Khadeeja mengetuk daun pintu itu.

"Amaya..."

Tiada respon daripada Amaya.

"Sayang... Dah lah tu sedihnya. Ibu dah kata dulu kan... Mengarang ni tak bagi untung pun..." ujar Puan Khadeeja dari luar bilik tidur itu.

Masih tiada respon daripada anak tunggal perempuannya itu.

"Maya..." Puan Khadeeja cuba memujuk lagi.

"Tinggalkan Maya bersendirian, ibu. Maya perlu masa." laung Maya dari dalam bilik.

Dia buntu. Masalah dengan Ameera tak selesai lagi, kini masalah manuskripnya ditolak pula yang datang. Amaya tidak tahu ingin membuat apa. Sungguh dia buntu!

*****

AMEERA memegang perutnya yang masih belum menunjukkan baby bump itu di hadapan cermin. Telefon pintarnya yang berjenama Samsung yang terletak di meja mekap dihadapannya diambil.

Dia berfikir-fikir sama ada untuk menelefon seseorang yang telah merosakkan daranya ataupun tidak. Lelaki itu sudah menganiayanya!

Ah! Aku tak kira. Aku kena minta tanggungjawab kau jugak! Desisnya dalam hati.

Ameera mendail nombor itu dengan perasaan marah. Gara-gara lelaki itu hidupnya hancur. Dia kehilangan dua orang sahabatnya!

"Helo..." dia mendengar dirinya disapa terlebih dahulu.

"We need to meet!" ujar Ameera dengan nada dinginnya.

"Meet? Oh Ameera... Buat apa nak meet? Kita dah tak ada apa-apa hubungan?" sinis saja lelaki itu berkata.

Kata-kata daripada lelaki itu mengundang kemarahan Ameera.

"Aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat dekat aku. Aku mengandungkan anak kau!" jerit Ameera dari dalam talian.

"Oh? Kau yang goda aku lepastu kau nak suruh aku bertanggungjawab? No way!"

"Aku tak..."

Belum sempat Ameera menghabiskan ayatnya, lelaki dalam talian itu pantas mencelah.

"Jangan cari aku lepasni! Aku nak kau gugurkan anak tu! Ingat, aku takkan bertanggungjawab atas apa yang berlaku sebab kau yang goda aku dulu!" ujar lelaki itu seraya mematikan panggilan.

"Kurang ajar punya jantan!"

Ameera membaling telefonnya. Habis hancur telefon Samsungnya akibat dibaling ke arah dinding biliknya. Dia meraup rambutnya ke belakang seraya menghempaskan punggungnya di atas katil.

"Arghhhhhh!!!" jeritnya berseorangan di dalam bilik itu.

Dia menggenggam selimut katil itu. Tiba-tiba dia benci duduk di atas katil itu. Di situlah tempat dia dan bekas kekasihnya melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tiba-tiba pintu terkuak. Magdelyn pantas masuk mendapatkan Ameera yang sedang menangis. Hingusnya meleleh tidak dilap.

"Meera... Kau kenapa menjerit tadi?" Magdelyn pantas memeluk gadis itu.

Ameera menangis di bahu Magdelyn. Dia menangis sepuas-puasnya di bahu gadis itu.

"Di... Dia ta..k nak bertanggungjawab, Lyn..." ujarnya sambil tersedu-sedan.

"Aku.... Tak goda dia, Lynn.." luahnya lagi.

"Dan dia suruh gugurkan kandungan ni..." sambung Ameera lagi.

Serta-merta wajah Magdelyn berubah. Gu... Gugurkan kandungan tak bersalah tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience