PROLOG

Romance Series 18766

A mentee needs her mentor

WHI × AG

Februari 2017...

SEBATANG pen berjenama Faber Castell sedang ligat menari-nari di atas sehelai kertas A4 berwarna merah jambu.

Tulisan tangannya yang berangkai itu jelas menunjukkan bahawa dia seorang penulis yang sedang merangka plot untuk novel pertamanya yang akan diterbitkan di platform Novel Plus terlebih dahulu.

Dia bukanlah novelis. Dia hanyalah penulis amatur yang baru berkecimpung dalam dunia penulisan pada umur setahun jagung ini.

Ya, umurnya baru sahaja 14 tahun. Namun semangat untuk mengarang semakin membara di saat cerpennya yang pertama terpilih untuk diterbitkan di majalah sekolahnya. Sungguh dia tak menyangka bahawa cerpen yang bagi dirinya mempunyai ayat yang tidak matang akhirnya terpilih untuk diterbitkan.

Pada hujung tahun 2016 pula, dia mula merangka sebuah plot untuk novel pertamanya.

Secawan teh di sebelah sehelai kertas merah jambu itu dicapai lalu teh itu dihirup perlahan, sedikit demi sedikit. Kalau tidak, habislah lecur lidahnya nanti.

Dia kembali menumpukan perhatiannya dalam mengarang plot yang bertemakan genre Cinta. Biarlah dia mula secara kecil-kecilan. Lama-kelamaan nanti dia akan berjaya juga menjadi novelis tersohor dan terkenal. Ya, itu impiannya.

Bermulanya minatnya apabila dia terserempak sebuah novel yang diberi tajuk Anak Patung Nana, karya empat orang penulis terbitan Buku Prima yang tersohor. Dari situ, dia mula jatuh cinta terhadap dunia penulisan.

Dari dunia penulisan, pencapaiannya dalam subjek Bahasa Melayu akhirnya meningkat dek karangannya yang cemerlang dengan kosa kata yang luas.

Konsentrasi gadis itu terganggu tatkala dia terdengar dedaun pintu biliknya dibuka dari luar. Maka tersembullah wajah seorang insan bergelar ibu.

Dia memerhatikan anak tunggalnya yang khusyuk bersama plot novelnya sejak dua menjak ini. Dengan wajah yang muram bak jeruk 10 sen, dia meluru ke arah anaknya.

Sehelai kertas berwarna merah jambu yang terletak elok di atas meja belajar gadis itu dirampas oleh ibunya. Gadis itu terpempan dengan tindakan drastik ibunya.

"Ibu... Apa ni? Bagi balik draf tu..."

Gadis itu cuba mencapai kertas yang digenggam kemas oleh si ibu namun wanita itu menjauhkan kertas itu daripada anaknya.

Tiada senyuman terukir di bibir wanita itu yang menandakan si ibu sedang bergurau dengan anak tunggalnya.

"Waktu belajar ibu suruh buat apa? Belajar kan? Sekarang ni kan Maya masih exam. " ujar si ibu dengan nada tegas.

Gadis itu sekadar tunduk menekur lantai. Tidak sanggup membalas pandangan singa ibunya. Sudah tentu dia yang akan tewas.

"Maya dah study lah ibu... Bosanlah asyik belajar 24 jam. Maya pun nak tenangkan fikiran Maya juga." jawab Maya perlahan.

Si ibu mencekak pinggangnya.

"Menjawab! Menjawab! Ibu tak kira! Maya kena berjaya juga jawab peperiksaan penggal pertama ni. Satu subjek gagal jangan harap Maya dapat mengarang sampai habis SPM!" marah si ibu bernada keras.

Mata gadis itu sudah berair. Tak! Ibu tak boleh halang hobi Maya! Bentak Maya dalam hatinya. Namun apakan daya, suara itu hanya mampu tersekat di kerongkongnya

"Tapi ibu..." Gadis itu sudah mengalirkan air matanya, ingin merayu kepada ibunya. Dia sanggup melutut asalkan hobinya tidak dihalang sehingga habis SPM.

Itu pun kalau dia gagal. Dia bukanlah pelajar yang cemerlang. Dia hanya pelajar biasa yang berusaha untuk cemerlang.

"Tak ada tapi-tapi! Draf ni ibu pegang. Keluar result cemerlang, ibu bagi balik." ujar si ibu lantas melangkah keluar dari bilik anaknya.

Gadis itu hanya mampu jatuh terduduk di dalam biliknya. Nak tak nak dia harus belajar sebaik mungkin untuk dapatkan drafnya semula. Ya, dia bertekad!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience