BAB 2

Romance Series 18784

PINTU kereta Perodua Aruz dibuka. Dia masuk ke dalam perut kereta itu lantas menghidupkan enjin kereta. Berderu sahaja enjin kereta itu berbunyi.

Setelah pintu kereta ditutup, dia memulakan pemanduannya dengan bacaan Basmallah. Kemudian, barulah kereta Perodua Aruz berwarna hitam itu membelah jalan raya dengan kelajuan 65km/j setelah keluar dari kawasan perumahannya.

Radio Hitz FM dibuka. Konsentrasinya terhadap pemanduan menuju ke SOD Academy semakin fokus apabila deejay yang bertugas mendendangkan lagu English yang bertajuk 'Position' nyanyian Ariana Grande, seorang penyanyi yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Switchin' them positions for you,
Cookin' in the kitchen and I'm in the bedroom...

Mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu itu dengan perlahan. Sudah cukup hafal mindanya akan lagu itu. Tidaklah mengambil masa yang lama untuk menghafal lagu-lagu English.

Tapi...

Kalau bab lagu Melayu. Kemain lagi terkial-kial nak menghafal. Maklumlah, semuanya atas dasar minat. Dirinya lebih meminati lagu english berbanding lagu melayu yang penuh dengan jiwang. Bagi Wan Haziq Irfan, itu semualah cliche!

Fokusnya terganggu apabila dia merasakan telefon pintar yang disimpan di dalam poketnya berdering hebat. Haziq terpaksa berhenti di bahu jalan untuk menjawab panggilan melalui telefon miliknya itu. Lampu kecemasan dihidupkan untuk sementara.

Tertera nama Syahmi di skrin telefon merangkap Personal Assistant di syarikatnya di Terengganu itu.

"Nombor yang anda dail sedang selingkuh. Sila telefon sebentar lagi." gurau Haziq dari dalam talian.

"Apa benda boss ni... Assalamualaikum bos!"

Kedengaran suara garau milik Syahmi di talian. Haziq pula ketawa mengekek apabila Syahmi menegur lawak hambarnya.

"Hehehe. Waalaikumussalam. Ha kenapa?"

"Bos start mengajar jam berapa? Bos masuk ofis jam berapa?" Soal Syahmi bertalu-talu.

Haziq mengecilkan matanya walaupun tidak dilihat oleh Syahmi. Kalau budak tu ada di depan matanya sekarang ni dah lama kena belasah cukup-cukup guna pan. Maunya lari tak cukup tanah.

"Semalam aku bagitahu kau tak catat ke?" soalan Syahmi dibalas dengan soalan.

"Aduiiii sakai ar kau ni nyahhh. Semalam buku tu terbang ke kerajaan langit ayah pin haa!" ujar Syahmi sarkastik.

Haziq menepuk dahinya akibat lupa. Seketika kemudian dia ketawa mengekek.

"Hehe lupa lupa. Sorry tauge"

"Hang tauke aku tauge...pun bolehlah! Ha jawab soalan aku tadi." Syahmi kembali ke topik asalnya. Boleh pula sahabatnya tu bergurau di saat-saat macam ni.

"Okey okey.. Aku start mengajar around 9 a.m. Then, after lunch aku masuk office. Kau lunch ar dengan girlfriend kau tu." jawab Haziq sambil memberi keizinan.

"Okeyh boss! Assalamualaikum,"

***

"Waalaikumussalam, sir!" jawab mentee-mentee yang hadir di kelas pada pagi itu.

"Apa khabar semua? Maaf sebab lama tak jumpa. Saya agak sibuk kebelakangan ini." ujar Wan Haziq Irfan sambil memohon maaf secara ikhlas.

"Khabar baik, sir..." jawab mereka lagi.

Haziq tersenyum kerana mereka memberi respon yang baik untuk kelas hari ini. Semuanya kelihatan rapi dan sihat walafiat. Semuanya kelihatan bersemangat untuk menjadi para penulis yang profesional.

Dia suka akan semangat itu. Menaikkaan lagi motivasinya untuk mengajar anak didiknya pada pagi itu.

"Tahniah semua kerana 24 orang yang ada di dalam kelas saya sekarang ni berjaya hantar cerpen berdasarkan tajuk yang saya berikan. Semuanya mengarang dengan baik sekali tetapi saya tetap akan bimbing dan memperbetulkan kesilapan kamu semua." ujar Haziq dengan penuh berkarisma.

"Saya akan email semula cerpen-cerpen horror kalian. Magdelyn, cerpen kamu dapat markah tertinggi tapi masih tidak memuaskan. Saya akan guide semua satu per satu. Kalau ada yang tak faham, jangan malu untuk kemukakan soalan. Malu bertanya sesat jalan." sambungnya lagi.

Kelas itu riuh dengan bunyi tepukan khas untuk Magdelyn kerana dapat markah tertinggi.

"Thank you so much guys... And thank you sir!!" ucap Magdelyn.

"So hari ni kita akan belajar tentang elipsis memandangkan cerpen kalian banyak salah di bahagian elipsis." Haziq memulakan pembelajarannya pada pagi itu.

Seorang gadis mengangkat tangan ingin bertanya soalan.

"Sir!"

"Ya Ameera?"

"Apa itu Elipsis?"

"Sabar... saya akan terangkan sebentar lagi,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience