BAB 7

Romance Series 18766

HAZIQ hairan di tempat duduknya. Hampir satu jam dia mengajar barulah dia sedar yang tiga sekawan yang sepatutnya berada di sini tiada di tempat duduk mereka.

Dia seakan-akan tahu yang sekiranya mereka tidak hadir sudah tentu ada sesuatu yang terjadi kepada mereka.

"Yvone, mana geng 3M? I mean Meera, Muim and Magdelyn.

Yvone hanya menjongket bahu. Walaupun dia merupakan orang yang paling terdekat dengan geng 3M itu, namun banyak rahsia geng itu yang tidak diketahui olehnya. Geng itu cukup kuat berahsia dengan orang yang bukan merupakan geng mereka.

Aneh bukan? Tapi tak apalah. Stranger kan?

"Tak tahu, sir. Magdelyn tak tinggal apa-apa mesej dekat saya." jawab Yvone jujur.

Haziq mengangguk-angguk faham. Dia mengeluarkan telefon pintarnya. Patut tak dia telefon salah satu daripada geng 3M itu?

Nombor Muim dicari lantas dia mendail nombor itu. Malangnya, hanya voicemail sahaja yang masuk. Haziq menjongket keningnya. Mana Muim ni?

Haziq mencari pula nombor Ameera lantas dia mendail nombor gadis itu. Haziq semakin hairan. Nombor yang didail itu tidak dijawab sama sekali.

"Sir..." Yvone mengangkat tangannya.

"Ya Yvone?" sahut Haziq. Dia meletakkan telefonnya di atas meja di hadapannya lalu memberi tumpuan kepada gadis anak kelahiran Sarawak itu.

"Magdelyn beritahu yang dia, Ameera dan Muim ada masalah sedikit." ujar Yvone seteleh menerima mesej daripada Magdelyn beberapa minit yang lalu.

"Masalah apa tu?"

Yvone tersengih kambing seraya menjongket bahunya.

"Yang tu Lyn tak bagitahu apa-apa. Dia cuma cakap yang mereka ada masalah je." jawab Yvone.

Haziq mengeluh. "Tak apalah. Let's continue our lesson!"

"kita akan sambung kepada topik premis cerita..." sambung Haziq sambil mengambil markernya.

*****
MAGDELYN memeluk bahu sahabatnya, Ameera. Sebentar lagi gadis itu dibenarkan keluar dari hospital. Ameera mengesat air matanya yang mengalir.

"Maya dengan Muim dah tak nak kawam dengan aku ke?" gadis itu tersedu-sedan.

"Shhh... Janganlah nangis Meera. Aku percaya dia orang masih kawan kau cumanya diaorang perlukan masa nak terima semua ni. Terutamanya Muim. Dia yang paling terkesan." ujar Magdelyn sambil memujuk Ameera.

Dia menyeka air mata yang masih ada di pipi gadis yang bakal menjadi ibu itu.

Ameera memukul-mukul perutnya dengan kasar sekali.

"Aku tak nak anak ni! Aku tak nak!! Aku nak sahabat aku balikkk!!" teriak Ameera di dalam wad itu.

"Eh Meeraa!"

Magdelyn menghalang gadis itu daripada terus memukul perutnya yang diibaratkan menyeksa bayi yang tidak berdosa. Dia menangkap kedua-dua tangan Ameera yang mula meronta-ronta itu. Namun cubaannya gagal.

Ameera terus-menerus tidak berhenti memukul perutnya. Hingusnya meleleh.

Magdelyn tidak mempunyai cara lain. Dia harus memeluk erat gadis itu untuk menenangkannya. Ya, kali ini dia berjaya. Ameera membalas pelukan itu sambil meluahkan tangisannya di bahu Magdelyn yang setia bersamanya.

"Aku tak salah, Lyn... Aku dianiaya!" tangisnya penuh penyesalan.

"Meera... Tenang... Nanti bila kau dah keluar dari hospital, aku nak kau explain kat kita orang dari A sampai Z. Boleh?"

Ameera tidak menjawab sebaliknya dia mengangguk. Magdelyn masih terus menenangkan gadis itu.

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhati mereka dengan tangisan yang sangat perlahan bunyinya. Dia menahan rasa sakitnya untuk menerima semua itu.

*****

"BOS sayangkuuuu Haziqqq!!" terjah Syahmi tanpa mengetuk pintu pejabat sahabat baiknya, Haziq.

Haziq mengecilkan matanya. Apo kono ejah? Main terjah je kerjanya. Langsung tak reti bagi salam.

Kecuali dalam telefon. Pelik bin aneh manusia seorang ni.

"Apa dia? Habis lunch terus wayar otak putus eh?"

"Amboi kau... Sungguhhhhhh teganya teganya teganya teganyaaaaaaa...."

Berapa banyak 'tega' yang dia nak sebut? Sakit otak aku macam ni. Desisnya dalam hati.

"cepat arr.. Aku banyak kerja ni." ujar Haziq.

Matanya fokus melihat kaca laptopnya. Syahmi ketawa mengekek. Tahulah lawaknya agak hambar. Hahahah! Dia ketawa sendiri dalam hati.

"Bos dah semak manuskrip Pimpin Cinta Ini?" tanya Syahmi yang mula serius dengan pekerjaannya.

Haziq mengangguk sambil tersenyum sinis.

"Macam biasa tulis surat guna Email. Okey?" arah Haziq.

"Surat penerimaan atau penolakan?"

"Nanti aku beritahu kau. Aku tengah double check ni..."

Syahmi ternganga. Apa punya bos! Cakap tak tentu hala! Kutuknya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience