BAB 4

Romance Series 18766

KERETA Perodua Bezza berwarna biru muda yang dipandu oleh Muim berhenti tepat-tepat di hadapan rumah kepunyaan Ameera.

Magdelyn dan Amaya bergegas keluar dari perut kereta itu lantas berlari keanak-anakan menuju ke pintu pagar rumah teres dua tingkat milik Ameera. Amaya mencuba untuk membuka pagar itu namun gagal. Magdelyn pula terperasankan yang kunci itu dikunci dengan mangga.

"My gosh! It's locked!" Magdelyn mengeluh dalam bahasa inggeris.

Dia meraup rambutnya ke belakang akibat ditiup oleh angin yang bertiup tidak seberapa kencang.

"MEERAAAA!!" jerit Magdelyn berkali-kali dari luar rumah itu.

Malangnya tiada sahutan atau balasan daripada gadis itu.

"MEERAAAAAAAAAA!!"

Amaya berlari menuju ke kereta. Dia mengetuk kaca tingkap yang tertutup. Sesaat kemudian, tingkap terbuka.

"Apahal wei?" tanya Muim yang berkerut dahi kerana melihat mereka berdua masih belum masuk ke dalam rumah Ameera.

"Apahal kau tanya? Pagar terkunci. Kau bukakan jap!" gesa Amaya.

Tanpa membuang masa, Muim pantas keluar dari perut keretanya. Dia turut cuba untuk membuka pagar itu menggunakan kudrat lelakinya yang ada tetapi tetap gagal.

Dia mendesah setelah penat untuk membuka pagar itu.

"Dia guna mangga aloi ke mangga batu..." bebelnya sambil mengelap peluh menggunakan lengannya.

Bagai ada mentol di atas kepala, Magdelyn tersenyum sinis.

"Aku ada idea! Kita panjat pagar ni." Magdelyn memberi idea.

"Idea apa kau bagi ni. Karang orang syak kita nak menyamun!" Muim membantah tegas.

"Peduli apa orang nak kata. Aku risau sangat dengan Meera ni." Magdelyn pantas menggunakan skill nya untuk memanjat pagar.

Amaya dan Muim tercengang melihat aksi Magdelyn yang begitu lincah memanjat pagar.

Magdelyn lekas mencari batu yang sederhana besar untuk memecahkan mangga yang mengunci pagar itu. Dia menarik nafas lega tatkala melihat sebiji batu sebesar tapak tangannya berada di sebelah pasu bunga aloe vera milik Ameera. Dia pantas mengambil batu itu.

Dia menggunakan kudratnya untuk memecahkan mangga itu agar dapat dibuka oleh Amaya dan Muim yang masih teecegat macam patung di luar.

Hampir beberapa minit mangga itu akhirnya dapat dipecahkan.

"Cepat masuk." arah Magdelyn yang sudah berpeluh.

Menyesalnya tak bawa getah rambut!

Satu lagi halangan menyusul mereka. Pintu rumah Ameera terkunci! Muim tersenyum sinis.

"Let me break the door!" dia memberi kata putus.

Muim menggunakan tenaga lelakinya untuk memecahkan pintu rumah Ameera. Aksi dan gelagat mereka telah diperhatikan oleh beberapa pasang mata dengan penuh rasa jengkel.

Pintu kayu itu sudah dipecahkan. Suasana rumah Ameera sangatlah sunyi sepi macam tiada penghuni.

"Ameera!" panggil Amaya.

"Meeraaaa!" panggil muim dan Amaya pula.

Tetap tiada sahutan. Debaran di dada kian terasa oleh tiga sekawan itu

Amaya mengikut kata hatinya. Hatinya berkata bahawa Ameera sedang berada di tingkat atas. Amaya pantas menaiki tangga yang tidak jauh darinya.

Betul amat sangkaannya. Ameera berada di tingkat atas. Namun dia pantas mendapatkan Ameera yang memyembah bumi tidak sedarkan diri di hadapan pintu bilik mandi.

"Lynn! Muim! Sinii! Meera kat sini!" jerit Amaya ingin meminta bantuan.

"Mana?" sahut Muim.

"Atas!! Cepattt!"

Sementara menunggu kehadiran Magdelyn dan Muim, Amaya sempat memeriksa nadi Ameera. Air matanya sudah terkeluar dari tubir matanya.

"Meera...kenapa boleh jadi macam ni?"

*****

"HMMM... Anak mama lawa-lawa ni nak pergi mana?" tanya Puan Ishabelle kepada anaknya, Hazel Zahira.

Zahira mengukir senyuman manis di bibirnya yang dicalit gincu berwarna merah. Rambutnya yang panjang dibetulkan dan dirapikan sedikot untuk tampak lebih elegan.

Puan Ishabelle faham akan senyuman itu.

"Well, I'm understand. You're gonna meet your fiancé." tebak Puan Ishabelle.

Matanya memandang anak gadisnya yang memakai dress separas peha yang agak ketat dan berwarna kuning itu. Tampak lebih menarik dan cantik di mata orang yang memandangnya.

Anehnya, Puan Ishabelle sendiri tidak faham dengan anaknya itu. Banyak job model yang ditawarkan namun Zahira menolak semua job itu. Katanya; not interested.

Namun Puan Ishabelle tidak memaksa. Biarlah anaknya lakukan apa-apapun asalkan tidak melampaui batas.

"Yes. Malam ni ada candle light dinner dengan Haziq. Ira pergi dulu ya mama. Byeee!"

Dia mencium pipi mamanya, Ishabelle.

Senyumannya semakin melebar tatkala melihat sebuah kereta Perodua Aruz sudah berada tepat di kawasan perumahannya.

Wan Haziq Irfan yang ibarat putera kayangan itu sudah bersedia untuk membuka pintu kereta untuk kekasih hatinya.

"Welcome, my love..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience