BAB 10

Romance Series 18766

"BOS...BOS!" panggil Syahmi yang mengejar Haziq dari belakang.

Amboi laju nau dia berjalan. Macam pelesit! Dia pula yang terkedek-kedek kejar bos walaupun sado.

Haziq berhenti secara mengejut apabila dipanggil oleh personal assistantnya, Syahmi. Tanpa sempat membrek, Syahmi terlanggar pula belakang Haziq menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Auch!"

"Adui bos kot ya pun aku panggil, janganlah berhenti mengejut. Sakit kepala aku tau!" adunya sambil menggosok-gosok kepalanya.

Fail yang jatuh ke atas lantai itu dikutip oleh Syahmi. Staf dan editor yang berada di situ hanya menahan tawa. Mereka sudah cukup lali dengan Syahmi yang suka memakai aku-kau dengan bosnya. Maklumlah, sahabat sehati sejiwa seraga katakan.

"Hoho salah kau ar sebab tak tekan brek kaki kau tu. Sama macam kereta. Kalau ikut apa yang aku belajar dulu, kereta belakanglah yang salah walaupun kereta depan berhenti mengejut macam tu. Hahahaha!" gelak Haziq sambil mengungkapkan istilah yang disama-samakan dengan kereta.

"Eh eh dia ni... Macam tu pulak" Syahmi memuncung.

Kak Faz selaku editor kepada novel genre Romance yang sedari menahan tawa tadi akhirnya meletus juga tawanya melihat muncung Syahmi.

Tawa Kak Faz menarik perhatian yang lain. Krik krik. Suasana tiba-tiba hambar menyebabkan tawa Kak Faz semakin pudar lalu suasana menjadi senyap.

"Ehem!" Kak Faz berdehem.

Dia membetulkan tempat duduknya. Adoi... Malu tujuh keturunan Kak Fax yang garang tiba-tiba boleh ketawa terbahak-bahak.

"Dah dah ni kenapa kau panggil aku tadi?" tanya Haziq mula kembali kepada topik asalnya.

"Ni aku nak tanya, kenapa kau reject novel tu eh? Punyalah gempuok dia punya jalan cerita. Sayang ar kau reject."

Serta-merta Haziq tertawa. Sinis sekali bunyinya.

"Bila aku check balik... Banyak plot berlubang. Lepas tu elipsis ke laut. Huruf besar huruf kecil semua ke laut. Kau rasa layak ke syarikat aku nak terima karya cacamarba macam tu? Lainlah kalau salahnya satu dua. Barulah aku dapat terima." ujar Haziq.

"Macamlah Syah tak tahu dengan bos tu. Dia kan lebih pentingkan kualiti penggunaan Bahasa Melayu." sokong Kak Faz selaku editor bahagian genre romance.

Syahmi mencebik tidak puas hati. Punyalah best cerita tu. Last-last diarah buat surat penolakan. Alahai, tabahlah sang penulis! Aku doakan karyamu akan diterima satu hari nanti. Aamiin! Doanya dalam hati.

*****

NOMBOR telefon Muim terus didail tanpa henti oleh Ameera. Perasaan risaunya kian bercambah menyelubungi hatinya yang sudah sedia resah-gelisah itu.

"Mana kau ni, Muim... Angkat please..." gumamnya seorang diri.

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...

Akhirnya Ameera putus asa untuk mendail Muim. Dia tidak kira! Dia harus berjumpa dengan sahabatnya itu.

Dia pantas mengambil kunci kereta Magdelyn lalu keluar dari rumah. Dia hanya menyarungkan selipar jepun sahaja. Tiada masa untuk berhias! Dia risau akan Muim.

"Eh kau nak ke mana, Meera?" tanya Magdelyn yang baru keluar dari tandas di dalam rumah itu seraya mendapatkan Ameera yang tergopoh-gapah keluar dari rumah.

"Pastikan telefon kau dapat didail. Aku nak tengok Muim. Dia langsung tak angkat panggilan aku." ujar Ameera.

"Tapi kandungan kau..."

Belum sempat Magdelyn menghabiskan ayatnya, Ameera mencelah pantas.

"Ah, lantak! Asalkan sahabat kita selamat. Ni baru Muim yang aku risaukan. Amaya lagi? Hilang tanpa khabar!" ujarnya seraya masuk ke dalam perut kereta.

Enjin kereta Mini Cooper milik Magdelyn dihidupkan. Tanpa mengucapkan apa-apa perkataan, kereta itu keluar dari perkarangan rumah milik Ameera.

Perjalanan ke rumah Muim yang mengambil masa selama lebih kurang setengah jam itu cukup menggusarkan seorang Ameera yang tidak terlalu fokus dalam pemanduan.

Otaknya menerawang memikirkan Muim yang langsung tiada khabar berita setelah mengetahui bahawa dia sedang mengandung.

Pin! Pin!

Bunyi hon kedengaran dua kali di gegendang telinga Ameera. Dia menepuk dahinya perlahan. Lampu dah hijau rupanya. Lantas kereta pacuan empat roda itu mula membelah jalan raya dengan kelajuan 60 km/j.

Seusai sahaja sampai di hadapan rumah teres setingkat milik Muim, Ameera pantas keluar dari perut kereta. Dia tergamam melihat cecair berwarna merah yang berbau hanyir mengalir keluar dari bawah celah pintu di hadapan rumah itu.

"MUIMMM!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience