BAB 8

Romance Series 18766

"LAMBAT balik harini, Ziq." tegur ayah Haziq, encik Wan Amir Hazreed.

Haziq tersengih kambing. Bukannya dia balik sebab banyak kerja di ofis tetapi dia berjumpa dengan buah hatinya, Hazel Zahira.

"Ziq jumpa dengan cik tunang tadi, yah..." jawab Haziq, jujur.

Encik Hazreed mengangguk faham.

"Duduk sini dulu..." arah Encik Amir.

Tanpa membantah, dia menurut arahan ayahnya. Beg kerjanya diletakkan di sebelahnya. Terasa lega apabila punggungnya menjejak sofa double yang empuk itu. Hilang seketika rasa letihnya.

"Ada apa ayah?" tanya Haziq tidak sabar ingin tahu.

"Macam mana company? Ada peningkatan?" tanya Encik Amir selaku bekas CEO syarikat penerbitan SOD.

"Alhamdulillah... Ada peningkatan. Ziq dapat uruskan dengan baik sekali walaupun sibuk dengan SOD Academy jugak."

Encik Amir mengangguk-angguk lagi.

"Alhamdulillah. Ni ayah nak pesan sikit ni..."

"Pesan apa tu ayah?" tanya Haziq yang setia mendengar.

"Kalau boleh janganlah selalu berjumpa dengan cik tunang kamu tu. Korang masih belum halal. Fokus dulu dengan kerja kamu. Okey?" pesan sang ayahanda.

"InshaAllah ayah. Ni ibu dengan  abang mana? Senyap aje bunyinya." tanya Haziq, hairan apabila tidak melihat kelibat ibu dan abangnya, Farid di ruang tamu.

"Dia orang pergi pasar tani jap. Sayur-sayuran dalam rumah ni dah habis. Kalau kamu lapar pergilah makan kat luar dulu." ujar Encik Amir.

Haziq ketawa mengekek. Heh, macam perli aje bunyinya.

"Tak apalah ayah. Ziq dah makan dah dengan Zahira tadi. Dah kenyang sangat ni."

*****

AMAYA tersentak tatkala ayahnya memetik jarinya di hadapan muka Amaya. Dia terus kembali ke alam realiti, tersedar dari lamunannya yang sudah sampai ke kerajaan langit ayah pin.

"Anak ayah ni termenung apa? Jauh sangat sampai ayah petik dua kali pun tak sedar." tanya Encik Ghazali sambil melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah anaknya, Amaya.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di belakang rumah teres dua tingkat itu menjadi peneman mereka. Agak sunyi rumah itu kerana Amaya lah satu-satunya anak kepada Encik Ghazali dan Puan Khadeeja.

Amaya merupakan anak emas namun gadis itu tidak pernah memijak kepala kedua-dua ibu bapanya dek dia dididik dengan begitu baik dari segi agamanya.

Beruntunglah bagi siapa yang bakal menjadi jodohnya nanti.

Amaya mengukir senyuman kecil. Namun agak hiba raut wajahnya. Tahulah Encik Ghazali yang anaknya pasti mempunyai masalah dengan gengnya.

"Tak ada apalah ayah." jawabnya empat patah perkataan.

"Bagitahulah ayah. Mana tahu ayah boleh bantu." Ujar Encik Ghazali. Dia memujuk anaknya.

"Apa yang akan ayah buat bila sahabat ayah sendiri dah rosak?" tanya Amaya meminta kepastian.

Berkerut dahi Encik Ghazali dengan penyataan anaknya itu. Dia tidak dapat menangkap maksud di sebalik pertanyaan Amaya.

"Maksud Maya? Rosak macam mana tu?"

Encik Ghazali menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal akibat tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

"Apa ayah akan buat kalau sahabat ayah dah hilang dara dan tup tup mengandung tanpa pengetahuan sahabat dia sendiri?" soal Amaya semula. Kali ini dia tidak berkias, sebaliknya dia terus straight to the point.

"Hmm..."

Encik Ghazali mengetuk-ngetuk dagunya sendiri persis orang yang sedang berfikir secara rasional. Amaya pula hanya menunggu jawapan ayahnya dengan penuh kesabaran.

"Amboi... Borak apa dua beranak ni?" muncul pula Puan Khadeeja sambil menatang sedulang teko teh bersama tiga cawan kecil.

Dia meletakkan dulang itu di atas meja di belakang rumah mereka lantas dia menuang air teh panas itu ke dalam cawan lalu diagihkan kepada Amaya dan Encik Ghazali.

"Borak pasal problem Amaya ni ha..." jawab Encik Ghazali jujur.

Terus berubah raut wajah gadis itu. Alahai! Kantoi!

Berkerut dahi Puan Khadeeja. Jaranglah anak tunggalnya itu ada masalah

"Masalah? Masalah apa?" tanya Puan Khadeeja agak hairan.

"Masalah..." tanpa sempat Encik Ghazali menghabiskan ayatnya, Amaya pantas mencelah.

"Masalah penulisan. Ha! Maya takutlah manuskrip Maya kena reject." Amaya mengubah topik sambil tersengih kambing. Ya, dia cuba sedayanya untuk berkelakuan normal.

Puan Khadeeja menggeleng kepalanya. Ingatkan masalah apa lah tadi.

Di atas dulang itu, terdapat sepucuk surat yang kelihatan surat rasmi. Lantas surat itu diberikan kepada Amaya.

"Ni ada surat dari syarikat penerbitan. Maya punyalah kan?" tanya Puan Khadeeja.

Terbuntang luas mata gadis itu. What? Cincah? Aik, surat dah sampai? Akhirnyaaaa!!

Sepucuk surat itu bertukar tangan. Amaya pantas membuka surat itu.

"Ibu pergi dapur dulu. Nak masak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience