BAB 1

Romance Series 18784

"AMAYA Geishaaa!!! Bangun sarapan!" jerit Puan Khadeeja dari tingkat bawah di bahagian dapur. Nasi goreng tomyam super kaw dan satu jag teh bersama tiga cawan bersaiz sederhana sudah siap disediakan dan diletakkan di atas meja makan di ruang makan.

Aroma nasi goreng tomyam membuka selera seorang lelaki yang berusia separuh abad yang berada di ruang tamu itu. Dia segera meluru ke meja makan seakan-akan ditarik oleh aroma air tangan isterinya itu tetapi lain pula perginya. orang pagi-pagi lapar makanan tetapi dia menguncup sekilas pipi isteri kesayangannya.

"Eh, apa kiss kiss pagi ni. Duduk makan diam-diam." ujar Puan Khadeeja bernada tegas tetapi sayang.

"eleh, dah sayang tapi jual mahal. Ceh!"

Encik Ghazali mencebik tidak puas hati melihat isterinya yang tersengih manis di pagi hari. Kan bagus macam ni. Mula pagi dengan senyuman. Eh, pembetulan. Sengihan. Isterinya lebih suka tersengih berbanding tersenyum. ya ya dia tahu permaisuri hatinya itu boleh dikira special sebab suka menyengih.

"Mana Maya ni, aduiii!" sengihan Puan Khadeeja semakin memudar tatkala baru terperasankan yang suaminya belum lagi menyentuh sesudu nasi yang sudah sedia ada di atas pinggan yang berisi nasi goreng tomyam itu.

"AMAYAAAAA!!!" Jerit Puan Khadeeja dengan lantang sekali.

Tercelik terus mata Amaya setelah mendengar guruh berdentum di rumahnya. Bersama kain telekung yang masih setia di badannya, dia pantas mengangkat kepalanya dari sejadah yang masih terhampar di sebelah katilnya yang bersaiz Queen itu.

"Tanjat titew." Amaya mengurut dadanya perlahan-lahan setelah mendengar jeritan Puan Khadeeja dari tingkat bawah.

Seketika kemudian, dahinya berkerut. dia meraba-raba badan dan kepalanya seakan-akan mencari sesuatu namun dia tidak mencari sesuatu yang hilang pun. Amaya blur sekejap melihat dirinya masih duduk di atas sejadah. Dia menepuk dahinya sendiri.

"Kok gue malah tidur atas sejadah..." katanya seorang diri.

"Bila masa pulak aku tidur lepas solat." dia sendiri pulak yang hairan tak tentu hala.

Terhinjut bahu gadis itu tatkala daun pintu biliknya dibuka dari luar. Tersembul wajah Puan Khadeeja yang sudah bercekak pinggang di situ.

"Ibu... sorry lambat bangun. Maya tertidur tadi." Ucap Amaya ikhlas.

"Semalam mesti tengok movie sampai lewat malam kan?" soal Puan Khadeeja bernada tegas.

Amaya tersengih kambing sambil mengangguk mengiakan kata-kata ibunya. Puan Khadeeja hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Apa nak jadi dengan budak Amaya ni. Sejak tamat tingkatan 6 ni makin menjadi perangai movie dia.

"Mencari ilham, ibu..." ujar Amaya lantas dia bangun dari lantai lalu membuka telekung yang menjadi 'pakaian' tidurnya selama beberapa jam selepas subuh.

"Yelah tu. Mentang-mentang dah cemerlang kan. Selamba je dah boleh mengarang." ujar Puan Khadeeja.

"Maya dah buat apa yang ibu nak. so Maya buat apa yang maya nak pula." jawab Amaya.

"Dah dah, jom makan. Ayah dah tunggu Maya dari tadi tau. Kesian ayah dah lapar. Nanti-Nanti je mandi. Makan dulu.

Amaya mengangguk untuk kesekian kalinya.

"Baik buu..."

*****

TUALA kecil diambil di belakang pintu yang terdapat tempat menggantung tuala. Rambut yang masih basah itu dilap sehingga kering. Kemudian, dia pergi menuju ke almarinya yang besar yang diperbuat daripada kaca itu.

Pintu almari dibuka. sehelai seluar slack berwarna hitam diambil dari dalam almari bersama baju kemeja lengan panjang berwarna biru dan kot yang berwarna hitam yang telah digantung rapi dan berseterika itu.

Setelah memakai pakaian yang diambil tadi, dia berdiri di hadapan cermin untuk memakai tali leher berwarna hitam juga. sungguh penampilannya menunjukkan bahawa dia seorang yang berkarisma dan berkaliber sebagai seorang mentor dan juga CEO.

Setelah memastikan dirinya cukup kemas dan rapi, dia mencapai pula sebotol kaca minyak wangi berjenama Calvin Klein lalu disembur ke tubuhnya sebanyak 4 kali. itu sudah memadai. nanti ramai pula yang fall in love dengan kewangiannya.

Setelah selesai semuanya, dia mencapai beg kerjanya yang berwarna coklat lalu keluar dari biliknya.

"Jalan tu tengok depan ar brader." tegurnya tatkala melihat abangnya, Wan Farid Hazril yang berjalan hampir melanggarnya akibat terlalu fokus dengan telefon.

"iyolah iyolah. spoil aje kau ni."

sempat dia menjeling ke arah adiknya, Wan Haziq Irfan.

"Apa jeling-jeling? Ada hutang?"

Si abang menjelir lidahnya tanda mengejek seraya berlari menuju ke tangga rumah itu.

"Tunggu kau bang!" Mujur dia tidak boleh berlari pecut untuk mengejar abangnya.

Almaklumlah dia bukannya seorang pelari pecut macam Farid masa sekolah rendah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience