BAB 3

Romance Series 18766

KEDENGARAN pintu diketuk dari luar bilik pejabatnya. Haziq yang disedari tadi fokus mengerjakan tugasnya kini beralih kepada ketukan pintu itu.

"Masuk!" dia memberi kebenaran.

Serta-merta pintu ofisnya terkuak dek dibuka oleh personal assistantnya, Syahmi.

"Yow wassup bro! It's Syahmi!" sergah Syahmi tanpa memberi salam.

Haziq menggulingkan bebola matanya. Ergh, fikir boleh jadi Caprice 2.0 lah tu!

"Tadi elok bagi salam.. Sekarang sergah macam setan yaaa..." perli Haziq kepada Syahmi yang turut merangkap sahabatnya sejak di bangku sekolah lagi.

Syahmi ketawa mengekek. Tangannya tetap kemas memegang sebuah buku catatan berwarna hitam.

"Mu nih aku gurau pun dokleh orh.. Payoh member ginih waduhh..." Syahmi menggaru-garu kepalanya menggunakan tangan kiri.

"Dah dah tak payah buat kelemumur kat situ. Ni ada apa kau masuk?" soal Haziq persis seorang bos yang sedang bercakap dengan pekerja bawahannya.

"Okeyh bos! Hari ni kejap lagi bos ada meeting dengan Encik Harith selaku pengarah pencetakan Printing Haux tentang pencetakan novel Married With Mr Cikgu daripada penulis Ieyra Aqish." jelas Syahmi dengan penuh terperinci.

Haziq cuma mengangguk-angguk faham akan temu janjinya dengan Encik Harith sebentar lagi. Dia memandang Syahmi.

"Ada lagi?"

"Amboi boss! Meeting aka candle light dinner dengan tunang sendiri pun PA kena ingatkan ke?" sindir Syahmi sambil tersengih.

Haziq menepuk dahinya. Ya, dia hampir terlupa akan itu! Mujur sahaja Syahmi telah mencatat dalam buku catatan itu. Kalau tak, alamatnya sebulan lah tak bersapa dengan cinta hati.

"Thank you Syah tolong ingatkan. Well member kau ni kan... Pelupaaaaa..." Haziq tersengih.

"Ooo Sekarang baru ngaku member... Auto putus kawan ni. Tadi berlagak boss. Namaskaram bethol!" Rajuk Syahmi seperti budak-budak yang tak matang.

"Weii jangan ar gituu... Ni dalam tempat kerja aku kenalah be professional. Kang editor lain rasa aku ni pilih kasih. Haaa tak ke naya aku jadi bos!"

"Gue ngak kisah! Pokoknya gue ceraikan Wan Haziq Irfan dengan talak 1000!"

Haziq tercengang dengan gurau kasar yang dibuat oleh Syahmi. Anjay punya member...

*****
"HOI!" sergah Magdelyn dari belakang.

"Hoi mak engkau kuali terbang!" latah Amaya.

Sempat lagi dia membuka pencak silat di situ. Ramai pelanggan di restoran itu tertarik dengan pencak silat spontan terperanjat Amaya. Majoriti yang melihat adegan itu tertawa kecil ke arah Amaya.

Muka Amaya bertukar tomato yang ingin meletup. Aduh, malunya!

Amaya mencubit lengan Magdelyn yang tidak berlapik itu. Gadis itu mengaduh kesakitan akibat dicubit.

"Aduh aduh!"

Hakikatnya tak adalah sakit mana. Macam kena gigit kerengga je rasanya.

"Haaa..Hambik kau..buat malu aku lagi!"

Magdelyn menjelir lidah tanda tidak takut dengan amarah Amaya menyebabkan gadis itu menambah cubitan ketam di lengan kanan Magdelyn pula.

"Magdelyn Jane! behave lah sikit..." tegur Muim yang naik bengang melihat gelagat Magdelyn dan Amaya.

"Werkk padan muka..Muim sebelahkan aku.. Thanks Muim, Sayang kau!"

Kalau boleh muka Muim ingin bertukar menjadi hijau bagai emoji yang ada dalam aplikasi WhatsApp.

"Mual aku nyahh! Aku tak sebelahkan sesiapa eh. Aku cuma bengang tengok korang." jawab Muim penuh jujur.

"Kalau macam tu pi balik! Buat menyemak je kat sini!" marah Magdelyn tidak puas hati.

"Eh eh suka hati aku lah! Aku datang nak melantak je. Kau apa tahu!"

Mula dah berperang lidah. Amaya menggaru kepalanya yang dilitupi shawl berlitup itu.

"Guyss..sudah sudah lah tu. Aku risau niiii!!" hampir menjerit gadis itu dibuatnya untuk menghalang Muim dan Magdelyn daripada terus bertikam lidah.

Mereka berdua yang asyik bertikam lidah tadi mula mendiamkan diri masing-masing dan menumpukan perhatian mereka kepada riak wajah Amaya yang jelas menunjukkan keresahan.

"Kenapa Maya?" tanya Muim ingin tahu.

"Its been 2 months guys... Keputusan penghantaran manuskrip aku masih tak dapat-dapat. Aku risau manuskrip aku kena reject je!"

Magdelyn memegang bahu Amaya yang hampir ingin menitiskan air mata itu. Muim pula tidak mampu berbuat apa-apa kerana haram menyentuh ajnabi.

"Aku percaya manuskrip kau akan diterima. Kau tunggu lagi for a few weeks. Bersabar okey? Alah bukan manuskrip kau sorang je nak kena cek." ujar Magdelyn cuba memujuk Amaya.

Muim mengangguk-angguk mengiakan kata-kata Magdelyn.

"Betul tu Maya. Sekarang kau just keep calm and eat! Sabar dan Jom order makanan! perut aku dah berkeroncong hebat ni!" ujar Muim menceriakan suasana.

Amaya mengukirkan senyuman. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Amaya dan Muim. Dia perlu bersabar untuk beberapa minggu lagi.

Seketika kemudian, baru dia perasan yang ahli kumpulannya tidak lengkap tanpa kehadiran seseorang.

"Where is Ameera?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience