BAB 11

Romance Series 18766

AMAYA tergopoh-gapah menuruni tangga rumahnya. Kelibat Amaya yang tiba-tiba muncul di ruang tamu itu mengundang kehairanan dua orang figura yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.

"Maya dah okey?" tanya Puan Khadeeja.

"Maya pergi hospital dulu, ibu... Muim masuk hospital." ujar Amaya tanpa menjawab soalan Puan Khadeeja.

Si ibu dan si ayah sudah terkebil-kebil di atas sofa itu. "Muim masuk hospital? Kenapa?" tanya Encik Ghazali pula.

Amaya menjongket bahunya tanda tidak tahu.

"Maya pergi dulu. Assalamualaikum."
Ucap Amaya tanpa segaris senyuman lantas terus keluar dari rumah.

Sneakers nya yang berwarna merah itu diambil dari rak kasut lalu disarungkan ke kakinya. Kebetulan sebuah kereta Bezza berwarna biru sampai tepat pada waktunya di hadapan rumah Amaya.

Tanpa melengahkan masa, Amaya pantas masuk ke dalam perut kereta itu di tempat duduk belakang. Seorang pemandu yang memakai baju t-shirt berwarna hitam hanya memerhati gelagat Amaya yang kelihatan kelam kabut.

Setelah menutup pintu kereta, pemandu Grab itu mula menukarkan gear P kepada gear D untuk memulakan perjalanan.

"Hospital Sultanah Zahirah ya cik?" tanya pemandu lelaki itu meminta kepastian.

"Ya betul."

*****

USAI sahaja keluar dari perut kereta, Amaya pantas mengeluarkan beg duitnya lantas dia mengeluarkan sekeping not RM 10 dan sekeping not RM 1 lalu diberikan kepada pemandu itu.

Selesai membuat bayaran, Amaya tergopoh-gapah mendapatkan kaunter pertanyaan di dalam hospital itu.

"Nurse, wad mana yang menempatkan pesakit bernama Muim Junaidi?" tanya Amaya.

Jelas wajahnya menunjukkan riak yang resah apabila mengetahui sahabatnya itu masuk hospital setelah dijumpai dalam keadaan berlumuran darah oleh Ameera.

"Encik Muim ditempatkan di wad ICU." jawab jururawat itu setelah mengesan nama Muim di dalam buku pesakit.

"Thanks, nurse."

Hampir beberapa minit dia mencari laluan ke arah wad ICU, akhirnya gadis itu menemui Ameera yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital.

Gadis itu sedang meraup wajahnya sambil memandang ke bawah. Keadaan gadis itu sangat serabai dengan bajunya yang berlumuran darah Muim. Wajahnya jelas menunjukkan raut wajah yang tertekan.

Masih trauma dengan kejadian berdarah barangkali.

"Meera..." panggilnya dengan nada biasa.

Ameera mengangkat wajahnya. Matanya kembali berair tatkala melihat wajah Amaya yang turut mengalirkan mutiara jernih dari tubir mata itu.

"Maya!" Ameera pantas memeluk Amaya yang masih kaku berdiri di hadapannya.

Amaya membalas pelukan itu. Sungguh dia rindu sahabatnya, Ameera walaupun api kemarahannya masih belum terpadam sepenuhnya.

Ameera menangis sepuas-puasnya dalam pelukan Amaya.

"Ma...macam ma...mana den..gan Muim?" tanya Amaya yang tersedu-sedan itu.

"Muim kritikal, Maya. Luka dekat perut Muim tu dalam. Sekarang kebarangkalian dia untuk hidup 50 50 , Maya..." ujar Ameera.

Dia tidak kuat sekiranya dia kehilangan Muim.

Amaya menekup mulutnya. Terkejut dengan khabar yang diberi. Jantungnya ibarat berhenti berdegup setelah mendapat khabar itu.

Dasar pembunuh! Aku doakan kau terima akibatnya! Jeritnya dalam hati.

Mereka berdua tersentak tatkala melihat Magdelyn keluar dari wad ICU. Hidung gadis itu berwarna kemerah-merahan akibat menangis.

Dia menggeleng kepala menandakan keadaan Muim masih sama. Kritikal.

"Doktor kata Muim hampir tak dapat diselamatkan. Dia banyak kehilangan darah. Mujur Meera sempat call ambulance." ujar Magdelyn.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Ameera.

"Yang aku tak faham sekarang ni, takkan sorang jiran pun tak sedar yang Rumah Muim kena rompak. Teruknya!" rungut Ameera tidak puas hati.

"Dah, Maya. Yang penting sekarang Muim perlukan kita. Kita kena jaga dia." ujar Magdelyn.

"Parents dia dah tahu semua ni?" tanya Amaya setelah teringatkan keluarga Muim.

Ameera menunduk buat kesekian kalinya lantas dia menggeleng.

" dia orang tak dapat dihubungi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience