BAB 5

Romance Series 18766

"KITA dah sampai ke?" tanya Zahira apabila dia merasakan bahawa kereta yang dipandu oleh Haziq telah berhenti di sesuatu tempat.

Haziq membuka tali pinggang keledarnya. Suasana yang agak sunyi ditambah lagi mereka berada dalam kegelapan yang pekat sedikit menakutkan Zahira yang bersama tunangnya berdua-duaan di dalam kereta.

Tapi dia percaya. Wan Haziq Irfan tidak akan berlaku jahat kepadanya kerana dia tahu jejaka itu amat cintakan dirinya.

"Dah but you still cannot open your eyes. It's a surprise." ujar Haziq bernada lembut sahaja.

Personaliti soft spoken yang ada dalam diri Wan Haziq Irfan cukup membuat gadis itu cair. Cukuplah Haziq ini orangnya yang soft spoken menyebabkan gadis itu mudah tersentuh.

"okey darling..."

"Ops... Nanti you cheating. Jap eh." ujar Haziq.

Dia menanggalkan tali lehernya yang berwarna hitam itu lalu menutup mata tunangnya. Zahira tertawa kecil. Hidungnya dapat menghidu wangian yang terhasil daripada tali leher milik kesayangannya.

Sedikit sebanyak dia tergoda dengan bauan itu namun dia abaikan sahaja.

"Ready?" tanya Haziq.

Zahira mengangguk berkali-kali menandakan dia sudah bersedia.

Pintu kereta dibuka. Dia memimpin Zahira dengan penuh berhati-hati. Yang buat payahnya gadis itu memakai kasut bertumit tinggi menyebabkan Haziq terpaksa perlahan-lahan dek jalan yang berpasir.

Dahi Zahira berkerut seribu tatkala kasut tumit tingginya memijak pasir.

"Wait! Pasir?"

"Yeaa...pasir." jawab Haziq sambil berjalan dengan penuh berhati-hati.

"Kita kat pantai ke?" tanya Zahira.

Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa wajah dan rambut Zahira menyakinkan lagi yang dia kini sedang berada di pantai. Cumanya dia tidak tahu pantai mana yang dibawa oleh tunangnya.

"Yup sayang..."

"Jauh lagi ke?"

"Tak...dekat je lagi..."

Beberapa minit berjalan, akhirnya mereka sampai di satu tempat yang terletak meja berbentuk segi empat tepat bersama dua buah kerusi yang dibalut dengan kain merah dan disusun secara bertentangan.

Di atas meja itu terdapat satu candle light yang menghias meja mereka dan dua gelas jus Oren kesukaan Zahira. Terdapat juga dua buah pinggan yang berisikan western food.

Tema candle light dinner pada hari ini adalah ala barat. Haziq yakin, Zahira pasti suka akan ini.

"Dah sampai."

Haziq membuka ikatan tali lehernya yang terikat di mata Zahira. Sepasang mata milik Zahira masih tertutup.

Haziq membisikkan sesuatu di telinga tunangnya.

"Open your eyes, honey..." ujarnya dengan nada meleret.

Zahira membuka matanya perlahan-lahan. Dia menekup mulutnya dengan menggunakan kedua-dua tangannya menandakan dia terharu.

Sungguh tidak diduga yang candle light dinner mereka pada malam itu menjadi malam yang istimewa. Pertama, perjumpaan mereka diadakan di Pulau Redang, pulau kesukaannya. Kedua, perjumpaan ini merupakan satu perjumpaan yang istimewa dengan ala baratnya. Entah berapa ribu berapa ratus yang dikeluarkan oleh Haziq untuk membiayai semua ini.

"You! I tak sangka yang you sanggup buat semua ni. I terharu sangat!" ucap Zahira penuh gembira.

"Ira, I sedar selama ni I jarang luangkan masa ni dengan you. So inilah masanya untuk spend time dengan you. I'm so sorry..." luah Haziq agak kesal.

Zahira mengukir senyuman manis.

"Nah...sokay. I maafkan." ujarnya penuh ikhlas.

Seketika kemudian, Haziq mengeluh kecil. Kunyahannya semakin perlahan menyebabkan alis Zahira bertaut.

"Kenapa you mengeluh?" tanya Zahira.

"I might being super busy after this... Tapi i akan cari masa untuk spend time dengan you. I promise..." ujar Haziq bersungguh.

Zahira tertawa kecil.

"Luculah you... Okey, I akan tunggu you. No matter what! Because I love you Wan Haziq Irfan." ucap Zahira penuh romantik.

Sempat dia memberikan flying kiss kepada tunangnya sebelum kembali menyambung mengunyah makanannya.

"I love you too, kekasihku."

Dalam sesaat, dia mengeluarkan sekotak baldu kecil. Dia beralih ke sebelah Zahira lalu melutut persis seorang putera.

Dia membuka kotak baldu itu. Terserlah sebentuk cincin emas yang bertakhtakan permata. Harganya? Usah ditanyalah. Hanya orang berada sahaja yang mampu memilikinya.

Zahira semakin terharu melihat adegan di hadapannya. Apakah ini?

"Te casarás conmigo en los próximos dos meses?"

Dalam keadaan mata berair terharu, Zahira tercengang tidak faham.

Dia buat drama spanish ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience