BAB 8

Romance Completed 5917

Usia kandungan Hara telah memasuki bulan kelima. Fira pula telah melahirkan bayi perempuan yang baginya sangat comel. Hal itu membuatkan dirinya tidak sabar untuk menanti kelahiran anaknya pula.

Haris pula semakin jarang pulang ke rumahnya. Otaknya buntu memikirkan cara bagaimana untuk menyuruh Haris kembali ke pangkuannya.

Tinggal satu saja caranya iaitu melalui Fira.

“Assalamualaikum, Fira ke ni?” ujar Hara lembut, penuh sopan.

“Waalaikumusalam, ye saya? Siapa ya?” sahut Fira dihujung talian. Wajarlah Fira tidak mengenali nombornya kerana memang nyata Hara tidak mempunyai sebarang nombor milik Fira. Inipun dicurinya dari telefon pintar suaminya.

“Ni Hara lah... Fira sihat? Baby sihat?” sapa Hara mesra.

Fira terkedu. Sudah berbulan lamanya, semenjak suaminya mengahwini Hara, tidak pernah lagi dia bersua muka dengan Hara. Hatinya tidak kuat. Sesungguhnya dia insan yang lemah. Berita yang mengatakan Hara hamil pun diketahuinya melalui Haris. Tika itu, hatinya sangat sangat sakit. Malam itu dia menangis. Puas Haris memujuknya.

Ya! Kalau dia tamak sekalipun, dah kenapa? Ingin saja dia jerit depan Hara ‘kau perampas suami kawan kau sendiri!’ namun, hendak bersuapun dia tiada keberanian, bila masanya pula untuk mengertak Hara? Tiada!

“Hmm... alhamdulillah aku sihat, baby pun sihat.” Sahut Fira dihujung talian.

Hara sedar, dari percakapan Fira sudah tiada kemesraan lagi. Barangkali Fira telah membencinya. Haruslah! Namun baginya, untuk membenci Fira memang dia tidak sanggup.

Baginya lagi, memang layak Fira membencinya kerana dia bertindak merampas Haris dari Fira. Usahlah dia hairan di kemudian hari apabila Fira bertindak menjerit kepadanya yang dia merupakan perampas suami teman baiknya sendiri.

“Hara taknak cakap banyak memandangkan Fira pun memang tidak suka bercakap dengan Hara. Tetapi tolonglah, pinjamkan abang Haris untuk Hara. Hara perlukan dia sangat-sangat dalam keadaan Hara macam ni.” Ujar Hara dalam sendu.

Fira terpempan. Dia tahu Haris berat sebelah, lebih mementingkan dirinya. Salahkah dia? Tamakkah dia? Sigh...

“Nantilah aku cuba cakap kat abang Haris.” Habis saja ayat terakhir itu, panggilan terus ditamatkan serta merta.

Hara sudah lazim dengan perkara tersebut. Baik Haris atau Fira, nyata memang mereka tidak suka bercakap dengannya dan selalu bertindak menamatkan panggilan dengan serta merta tanpa menunggu apa-apa balasan daripadanya. Huh...

***

Kedatangan si suami yang ditunggu-tunggu menemui titik penghujungnya setelah 3 hari semenjak dia menelefon Fira meminta Haris untuk datang menemaninya, tidak juga Haris kelihatan menemuinya. Dia sudah agak perkara itu.

Dalam dia termenung mengenang nasib diri, tiba-tiba dia terbatuk kuat. Hara bertindak menutup mulutnya. Apabila terasa basah pada tangannya yang menutupi mulutnya, dia menghala pandangan ke arah tangannya. Cecair merah. Matanya bergenang. Bergegas dia mencapai kunci kereta dan memandu ke hospital terdekat.

***

“Harap puan bersabar dengan berita ini. Setelah menjalani beberapa pemeriksaan ke atas puan, saya dapati puan telah menghidap barah peparu. Malangnya juga, dengan keadaan puan yang mengandung, saya sarankan puan mengugurkan kandungan kerana rawatan kemoterapi nanti semestinya menjejaskan kesihatan janin puan.”

Hancur hati Hara. Luluh seluluhnya. Dua berita ini memberikan tamparan hebat kepadanya. Namun dia tidak menangis. Perjuangannya belum tamat. Betul, dia sangat sayang akan bayinya. Namun, dia perlu hidup demi cinta Haris.

Maafkan mummy, bukan mummy tak sayang tapi mummy mesti hidup! Baby, baby tunggu mummy di pintu syurga tau. Mummy akan datang teman baby. Mummy datang dengan papa. Boleh kita main sama-sama k?

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience