BAB 5

Romance Completed 5917

Hari minggu, Hara pulang ke kediaman ibu bapanya. Kepulangannya ini membawa satu niat yang jelas. Dia ingin menyampaikan hajatnya untuk mempersuamikan ustaz Haris. Pelik bunyinya kan?

Setelah hajatnya disuarakan, kedua-dua ibu bapanya kelihatan sangat terkejut. Haruslah! Takda angin takda ribut, tup tup nak pinang anak teruna orang. Wait! Terunakah kalau dah kahwin? Kuning betul! Hehe. Entah mengapa, perasaannya kuat mengatakan yang ustaz Haris itu telahpun menjadi milik orang. Tapi, Hara ni mana kisah kan?

“Umi, babah, Hara janji akan berubah kalau umi dan babah setuju untuk pinangkan ustaz Haris untuk Hara. Biarlah ustaz Haris bimbing Hara, lagi dia dapat banyak pahala.” Boleh pulak aku guna konsep dosa pahala? Hehe. Ni lah dia titik kelemahan umi and babah.

“Hara yakin ke dengan keputusan Hara? Umi taknak nanti Hara yang terseksa perasaan.” Ujar usatazah Amirah. Dia tak nak Hara yang menjadi mangsa keadaan. Dia juga tidak mahu Hara bertindak menganiayai perasaan yang sama kaum sepertinya, lagi-lagi kawan baiknya sedari dulu. Kenapa pulak?

“Hara, babah dengar ustaz Haris tu dah kahwin. Kahwin dengan apa nama budak tu... ha! Fira! Yang kau duk kepit-kepit dulu. Ustaz Haris dahpun kahwin dengan Fira. Hara yakin ka dengan keputusan kamu nak?” babah pula datang menyampuk. Dia mahu yang terbaik untuk anaknya.

Ustaz Haris dah kahwin? Dengan Fira? What the fudge? Bila masa mereka... arghh! Apa dia tahu kalau dah dia dulu duduk kat negara orang. Patah hati? Wajib! Benci Fira? Atas sebab apa? Sebab dah dulu kebas si ustaz Haris? Haruslah dia benci.

Tapikan, dia peduli apa. Ada lagi 3 tempat nak diisi. Well, seharusnya dan sewajibnya aku di tempat kedua. Tempat ketiga dan keempat jangan kau duk berani nak mengisi. Aku pancung dulu perempuan tuh!

Lagi-lagi si Fira yang ‘bakal’ jadi madu dia. Mudahlah segala urusannya. Sebab apa? Jeng jeng jeng…

***

“Fira, izinkan aku jadi madu kau Fira. Aku janji aku tak melebih-lebih dengan ustaz Haris.”

“Fira, kau tak kesiankan aku ka Fira? Aku perlu seseorang untuk bimbing aku dan semestinya orang yang paling layak ialah ustaz Haris.”

“Fira, aku janji dan yakin yang ustaz Haris mampu untuk berlaku adil.”

“Kau tak nak dapat payung emas ke?”

“Fira please.”

Kehadiran air mata memantapkan lagi lakonan. Hahaha. Ketawa jahat dan jahat. Dah alang-alang orang dah awal-awal gelar aku si jahat, why not kalau aku nak menjayakan lagi watak aku kan? Huh! Macam best ja jadi orang jahat.

***

Fira menatap penuh sendu gambar perkahwinannya bersama Haris sebulan yang lalu. Baru sebulan, kenapa cepat sangat badai yang melanda rumah tangganya? Kenapa juga perlu Hara orangnya? Kenapa? Setelah 5 tahun tidak bersua muka, kenapa perlu berjumpanya dalam keadaan statusnya seorang isteri? Isteri Haris pulak tu.

Terimbau kejadian siang tadi. Nampak sangat Hara mahu beria-ia berjumpa dengannya setelah dia tahu Hara ada memaksa seorang mak cik untuk menunjukkan jalan kerumahnya yang terletak di kampung ini. Ya, dia masih tinggal bersama ayahnya di kampung walaupun sudah berkahwin. Haris pun tidak keberatan untuk tinggal bersamanya di kampung walaupun dia kasihan dengan Haris kerana terpaksa memandu jauh ke tempat kerjanya.

Haris kini outstation selama 3 hari, katanya kini dia berada di Nilai. Fira berniat mahu menyatakan hajat Hara kepada suaminya setelah suaminya pulang dari outstation.

Ya, dalam keterpaksaan dia setuju Hara menjadi madunya. Ada betulnya kata-kata Hara. Dia perlu seseorang untuk membimbingnya dan orang yang paling layak ialah Haris.

Kasihan. Kasihan sungguh Hara. Kerana dunia, dia berubah sedemikian. Ketika pertemuannya tadi, sungguh dia terkejut melihat penampilan Hara yang... nauzubillah! Seksi sungguh. Dengan rambutnya yang diwarnakan dengan warna kuning. Serupa dengan rambut minah-minah saleh. Hampir dia tidak mengenali Hara dengan make up nya entah berapa inci pun dia tidak tahu.

Dia redha kalau itu yang sudah ditentukan oleh Allah. Dia yakin dengan ketentuan Allah. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah pasti menjanjikan kebahagiaan buat dirinya kelak. Cuma sekarang dia perlu bersabar dan bersabar.

“Abang, Fira berharap sangat abang boleh berlaku adil. Memang, Fira nak sangat abang lebihkan Fira dari segalanya, tapi Fira... entahlah! Ya Allah, adakah aku mampu dan bersedia kelak ya Allah? Adakah aku bersedia menyambut orang baru yang semestinya bukan zuriat kami tetapi maduku? Adakah aku sanggup bermadukan kawan baikku sendiri? Sanggupkah aku menahan cemburu melihat kemesraan mereka sekiranya Haris berubah hati?

Dalam kelam, dalam kegelapan malam, dalam renyai-renyai hujan, Fira menangis. Menangis dan menangis. Mengadu kepada sang Pencipta. Mengharap akan ada kebahagiaan di hujung derita yang mugkin dia tempuhi tak lama lagi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience