BAB 7

Romance Completed 5917

Hara memandang jam dinding di biliknya. Pukul 5. Masih lama untuk solat subuh. Melihatkan keadaan dirinya dan Haris. Sekali lagi dia tersenyum kemenangan. Thanks Allah. Finally, dia jadi milik aku. Huhu. Ingin sekali dia lompat bintang di situ juga.

Hara mengetatkan lagi pelukan di belakang Haris. Dia mengucup bahu Haris yang terdedah itu.

Sungguh dia sayangkan lelaki itu.

***

3 bulan usia perkahwinan mereka, namun keadaan rumah tangga dia dengan Haris sepertinya belah menanti retak.

Dia tahu Haris melebihkan Fira dalam segala-galanya. Dia perlu tabah dan terus berusaha untuk merebut cinta Haris. Lagi-lagi kini Fira berbadan dua, lagilah Haris mementingkan Fira daripadanya.

Dia tahu apa risikonya sekiranya dia berkahwin dengan Haris. Dan kini dia berdepan dengan risiko tersebut.

Kini dia berada di kondominium milik Haris di bandar. Kedua-dua ibu bapa Haris menerima baik dirinya. Sekali-sekala mummy pasti menziarahi dirinya di kondo itu untuk menemaninya memasak.

Sedih mengenangkan nasib dirinya. Ditinggalkan bersendirian di kondo mewah Haris. Baru kini dia belajar apa itu sunyi, lonely dan seangkatannya. Perih. Itu yang dirasakannya. Dia bagaikan pungguk rindukan bulan.

Haris hanya melawatnya sekali dalam masa dua minggu. Alasannya, Fira perlu perhatian lebih kerana sekarang dia sedang berbadan dua. Apa-apa yang berlaku kepada Fira kelak, pasti dia akan disalahkan. Tahukah Haris dia turut berbadan dua?

“Assalamualaikum, darling apa khabar?” Kerana rindu yang tidak dapat ditahan, Hara bertinda menelefon sendiri Haris di kampung.

“Waalaikumusalam. Saya sihat je, Alhamdulillah.”

“Hara rindu darling. Bila lagi darling nak balik rumah kita.”

“Hara...boleh faham saya tak? Fira tengah mengandung anak kami. Saya perlu jaga dia baik-baik. Kang berlaku apa-apa, Hara nak bertanggungjawab?”

Kan? Jawapan Haris sudah dia agak. Balik-balik dia yang dipersalahkan apabila dia mempersoalkan kehadiran Haris disisinya. Ini Fira, itu Fira semuanya Fira. Dia juga isterinya!

“Darling, Hara juga pregnant. Sudah 3 bulan. Kalau darling tak layan Hara sepertimana darling layan Fira, Hara nak juga menyalahkan Fira kalau apa-apa berlaku kat kandungan Hara.” Belum pernah aku membidas percakapannya dan ini buat kali pertamanya. Aku juga layak didampingi suami tika aku menghamili anaknya.

Haris diam. Lama. Mencerna setiap patah perkataan yang Hara keluarkan sebentar tadi. Benarkah Hara sudah pregnant? Boleh jadi juga Hara pregnant kerana sepanjang dia duduk bersama Hara di kondo, Hara bertindak menggodanya dan sering memulakan first step.

“Saya pulang esok kalau awak nak.” Klik!

Hara memandang lama IPhone 6 nya. Panggilan terus dimatikan oleh Haris. Tidakkah dia gembira atas berita ini.

Punyalah aku gembira setelah mengetahui yang aku ni pregnant. Nak call Haris, nanti tak surprise. Sampai aku sanggup tunggu dia, siap masak sedap-sedap lagi. Tapi hampa, penantian ku hanya sia-sia. Sigh...

***

“Awak nak makan apa? Saya belikan.” Ujar Haris. Mana tahu Hara juga mengidam sepertimana Fira yang dulunya mengidam.

“Hara tak rasa nak makan apa-apa buat masa ni. Maybe, baby taknak susahkan mummy and daddy dia.” Hara senyum. Dia mengusap perutnya lembut.

“Kalau tahu macam ni, baik saya jaga Fira di kampung.” Ujar Haris perlahan.

Sentap! Walaupun bunyinya perlahan, namun sangat jelas di pendengarannya. Hara mengetap bibir. Entah mengapa dia semakin sensitif semenjak mengandung ini.

“Hmm... darling baliklah kampung jaga Fira. Sudahnya dia sarat mengandung. Tak pe, Hara okey bersendirian.”

“Hmm... yalah. Saya pergi dulu. Take care.” Haris terus berlalu. Kasihan tu memang ada tetapi dia lagi kasihan mengenangkan Fira yang lebih sarat mengandung.

Hara hanya merenung kosong belakang Haris. Dia senyum. Dia perlu tabah kerana memang ini nasibnya apabila dia bertindak mempersuamikan Haris. Dia sudah maklum padahnya.

“Jangan pulak lupa, darling perlu datang kesini 3 hari akan datang.” Ujar Hara.

Haris hanya berhenti sekejap dan berlalu meninggalkan Hara bersendirian.

Haris jarang sekali menziarahinya. Sekalipun pejabat Haris lebih dekat dengan kondonya ini, namun Haris lebih sanggup memandu ke kampung yang hanya memakan masa sejam setengah.

Hara tidak mahu menangis kerana baginya sekiranya dia menangis, dia kalah dengan dirinya. Ya, dia akan kalah kerana dulu dia mencabar dirinya untuh meraih cinta Haris. Ini bukan masanya untuk dia kalah. Selagi Haris belum melepaskannya selagi itu dia belum kalah dengan dirinya sendiri.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience