BAB 1

Romance Completed 5917

“Sebenarnya ada benda yang saya nak cakap, benda ni kalau saya tak cakap sekarang boleh buat saya stress dan tak tidur malam, makan tak kenyang dan silap haribulan ni masuk hari kedua saya tak mandi!’’

“HAH? Apa dia ni? Macam serius je masalah kau ni.’’

“Saya sukakan ustaz.”

“MasyaAllah!’’ Uhuk! Uhuk!

***

“Saya sukakan ustaz.” Ujar Hara tiba-tiba.

“Hah?!” jerit Fira spontan.

Ya Allah, benarkah selama ini Hara memang menyimpan perasaan terhadap ustaz Haris? Ya Allah, kuatkah aku menghadapinya kerana aku juga turut menyimpan perasaan terhadap ustaz Haris. Ternyata memang benar kata-kata Hara selama ini yang mengatakan bahawa dia telah lama jatuh hati kepada ustaz muda itu. Terngiang-ngiang segala kata-kata Hara yang menyatakan bahawa dia jatuh suka pada ustaz itu.

“Ustaz tu handsomelah Fira, aku rasa aku sukakan ustaz tu.”

“Oh my... Tengok tu, Fira!! Ustaz tu macho arr...”

“Look at that, so sexy... aku rasa semakin hari aku jatuh suka... Haip!! Aku... aku cintakan dia...”

Ya Allah, aku je yang tak endahkan kata-kata Hara selama ini. Aku je yang buat bodoh terhadap perlakuan Hara yang cuba menarik perhatian ustaz Haris. Dan aku juga ke yang perlu beralah demi meraih cinta ustaz Haris?

Fira menggeleng.

Ya Allah, apa yang aku fikirkan ni. Adakah ustaz Haris turut menyimpan perasaan yang sama terhadap ku? Adakah ustaz Haris juga sukakan Hara. Apa yang aku mengarutkan ni? Tapi, ustaz Haris juga melayanku dengan baik sekali, layanannya berbeza dengan layanannya terhadap pelajar lain. Kawan-kawan juga turut perasan benda yang sama.

***

Aku berdehem membetulkan tekak yang perit akibat tersedak dengan air liur sendiri. Aku memandang Hara dengan muka yang penuh dengan persoalan. Hara hanya senyum. Aku memandang pula sahabat karibnya di sebelah, Fira. Ada sendu yang terlakar di wajahnya. Kenapa begini jadinya?

Jujur aku lebih sukakan Fira, tetapi apa yang dikatakan oleh Hara merunsingkan aku. Apakah? Cinta segi tiga? Aku perasan sejak ini, Hara selalu cuba menarik perhatianku dengan pelbagai cara. Adakah ini menggambarkan bahawa Hara memang ada hati terhadapku? Allah Allah Allah Allah.

Sejak aku masuk ke sekolah ini sebagai guru sandaran sebulan yang lalu, aku jatuh hati kepada Nur Syafira, pelajar tingkatan 5. Pelik rasanya kalau cikgu jatuh hati pada muridnya sendiri, tetapi aku, ustaz pulak tu, menghadapi situasi tersebut. Sering kali aku tepis perasaan itu, tapi usahaku sia-sia.

Tak cukup dengan itu, aku memohon kepada Allah agar menghindarkan diriku daripada bisikan syaitan yang mencambahkan benih-benih cinta dalam diriku. Lama kelamaan, aku sedar aku kalah dengan perasaan ini.

Perasaan cintaku terhadap Fira memang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Tetapi aku takut, takut dengan nafsuku. Oleh itu, aku bertekad akan mengambil Fira sebagai suri hatiku setelah dia tamat persekolahannya. Tapi, …

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience