BAB 3

Romance Completed 5917

Kisah itu sudah berlalu 5 tahun yang lalu. Hara ketawa kecil apabila mengimbau kisahnya bersama ustaz Haris dan Fira. Fira? Apa khabar Fira sekarang ni?

Tamat sahaja sesi persekolahan mereka, masing-masing mempunyai haluan tersendiri. Kedua-dua mereka mendapat keputusan yang sama iaitu 9A. Semasa mengambil keputusan SPM pun Fira tidak kelihatan.

Dia hanya mendengar Fira menyambung pelajarannya di UPM Serdang manakala dirinya mendapat tawaran pengajian ke luar negara.

Bukannya dia tidak tahu bahawa Fira juga turut menyimpan perasaan terhadap ustaz Haris, begitu juga ustaz Haris. Maksudnya mereka berdua memang saling mencintai. Dan dia hanya menjadi batu penghalang.

Patutkah dia mengalah? Patutkah dia mengundurkan diri? Fira tu kawan baiknya, dan dia menyayangi Fira dan telahpun menganggapnya adik.

Once, people said that she is an evil and Fira is an angle. Kejam. Yes! Dia kejam. Walaupun dia tahu ustaz Haris dan Fira saling mencintai, dia teruskan saja niatnya untuk meluahkan perasaannya terhadap ustaz Haris, kerana dia turut mencintai ustaz Haris. Kisahnya bukan cliché, ya... memandangkan Fira tu kawan baiknya, dia sepatutnya mengalah?

No! Tak akan orang yang bernama Hara itu mengalah. Ya, dia memang sayangkan persahabatannya namun dia lebih sayangkan ustaz Haris.

Tuk! Tuk! Tuk!

Hara sedar dari lamunannya apabila cermin keretanya diketuk. Hara memandang mak cik yang mengetuk cermin keretanya dengan pandangan pelik. Hara membuka cermin keretanya.

“Ya? Any problem?” soal Hara sombong. Kelihatan mak cik itu mengucap perlahan.

*Smirk*. Dia tahu sangat apa yang mak cik itu fikirkan. Tipikal orang melayu, huh!

Yala, dengan rambutnya yang berwarna kekuningan sepertinya orang barat, make up yang tebal, kot? And dress singkat paras peha dengan kedua-dua bahagian pinggangnya, kiri dan kanan didedahkan. Alaa... yang macam perempuan kat iklan Nivea tu... kot lah? Haha.

“Aku tahulah aku ni macam perempuan jahat kat drama tu, seksi dengan make up tebal. Janganlah kau duk mengelamun bertengek kat kereta aku ni, ha. Kau nak tanya, tanya cepat.”

“Tak apalah cik.” Cepat-cepat mak cik itu melangkah. Niatnya hanya menegur dan menyuruh gadis itu turut masuk ke surau kerana azan maghrib akan berkumandang sekejap lagi. Melihatkan percakapan gadis itu sangatlah kurang ajar, dia batalkan niat. Dia terus meluru kepada ahli-ahli mesyuarat tingkapnya itu untuk menceritakan kejadian sebentar tadi.

“ak ala... dia ni, aku bagi peluang cakap tak nak.”

Langit semakin gelap, segera Hara menutup cermin keretanya dan ingin terus beredar dari kawasan surau itu. Entah kenapa dia perlu berada di sini. Sebentar tadi, akibat marah dengan kedua-dua orang tuanya, dia hanya memandu tanpa haluan.

Ketibaannya di Malaysia pagi tadi disambut meriah dengan kedua-dua ibu bapanya, namun kemeriahan itu hanya bersifat sementara apabila melihatkan penampilannya yang berubah serratus peratus.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, keadaan dalam kereta sangat dingin kerana ibu bapanya bertindak mendiamkan diri. Tetapi, sampai sahaja di rumah, dia terus disembur. Dek kerana sakit hati, dia terus meluru keluar dengan kunci kereta di tangan.

Berbalik kepada dirinya sekarang.

Apabila dirinya mahu menutup pintu kereta, matanya tiba-tiba tertancap pada wajah insan yang paling dia cintai suatu ketika dahulu.

Ustaz Haris!

Dengan wajahnya yang basah akibat terkena air wuduk barangkali membuatkan dia tampak lebih seksi. Hara mencair.

Segera dia mendapatkan ustaz Haris. Dia tidak akan melepaskan peluang ini kerana mungkin dia tidak akan bertemu lagi dengan ustaz Haris.

“Ustaz Haris!”

Haris mengangkat mukanya yang sedari tadi menunduk. Siapakah yang memanggilnya? Lagi-lagi mengunakan gelaran ‘ustaz’. Setahunya sudah lama dia meninggalkan sekolah tempat dia mengajar dulu. Barangkali bekas pelajarnya kot.

Haris terkejut. Siapakah gadis di hadapannya kini. Hantu raya kah? Sudahnya muncul pada waktu sebegini.

“Ustaz. Ustaz tak kenal saya lagikah?” soal Hara ceria.

Siapa tak suka, setelah 5 tahun berlalu, dia bertemu kembali dengan kekasih hatinya itu. Wajah ustaz Haris kini lebih macho, handsome dan tampak maskulin dengan janggut sejemput di bawah dagunya itu dan sudah pandai bercermin mata. Bibirnya, usah dikata! Itulah part yang Hara paling suka. Huhu, merah bak delima. Macam bibir perempuan!

“Cik ni, siapa ya?” soal Haris kehairanan.

“Ustaz, ni Hara lah... sampai hati Ustaz lupakan Hara.”

Hara mula mempamerkan wajah kesiannya.

Haris terbatuk kecil. Benarkah perempuan di hadapannya ini Hara? Macam mana dia boleh sampai kesini? Kenapa perlu dia bersemuka dengan perempuan ini lagi? Allah, bantulah hambaMu ini. Huhu. Banyak-banyak mahkluk, mahkluk yang bernama Hara lah yang paling dia tidak ingin untuk berjumpa lagi. Jahatkan?

Dan, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Allah! Ampunkan daku kerana telah melihat aurat bukan mahramku. Lastlyyy, kenapa? Kenapa perlu berjumpa lagi dengan Hara setelah dia baru beberapa hari bergelar suami??? Lagi-lagi setelah dia memperisterikan Fira. Mak!! Haris macam dah agak apa yang akan berlaku dalam rumah tangga Haris. Bukannya kebahagiaan, tetapi sebaliknya!

“err... Hara ya? Hmm... maaflah, saya nak pergi solat ni.” Haris terus memasuki surau dari terus-terusan diasak oleh Hara dengan soalan-soalan yang dia boleh agak.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience