BAB 6

Romance Completed 5917

Meskipun sukar untuk Haris menerima permintaan isteri tersayangnya, namun di akhir perbincangan mereka, dia terpaksa, terpaksa bersetuju. Tetapi satu hal yang dia mahu jelaskan kepada isterinya…

“Abang tidak mungkin sayangkan Hara sepertimana abang sayangkan Fira. Abang bersetuju tapi tidak bermakna abang menduakan Fira. Insya Allah abang mampu bimbing Hara tetapi abang tak mungkin sayangkan dia. Abang nak Fira tahu, walaupun abang ada dua isteri, tetapi abang lebih sayangkan Fira. Ingat, apa sahaja yang berlaku antara abang dan Hara, abang tetap sayangkan Fira.”

Fira menangis. Betapa setianya lelaki bernama Haris. Tetapi dia tahu, hati manusia sentiasa berubah-ubah. Tidak hairanlah nanti kalau Haris berubah hati dan lebih sayangkan Hara. Dia tahu itu. Tapi apa yang mampu dia lakukan. Dia kenal sangat macam mana orang yang bernama Hara. Bukan nak cakap apalah, tetapi setiap apa yang dia mahu akan dia dapatkan walau bagaimanapun caranya. Kotor atau bersih.

Yang kotor itu Fira nak sangat elakkan. Boleh saja Hara memerangkap Haris supaya mereka ditangkap khalwat. Namun dia kenal Hara. Mulanya dia akan mengunakan cara halus untuk mendapatkan Haris. Sekalipun tidak berjaya, baru dia mengunakan cara kotor.

Dia tidak mahu itu. Nanti apa orang kampung kata. Dia tidak mahu suaminya diaibkan. Dia bersukur sangat Hara meminta suaminya secara baik, kalau tidak? Mahu dia menangis 40 hari 40 malam. Huhu, naya tau tak?

***

“Aku terima nikahnya Nur Syahara Bt Ahmad Zain...”

bla bla bla

Hara senyum kemenangan.

Fira menangis. Rasa loser sangat-sangat.

Haris? Keliru. Bingung. Rasa nak sangat dirinya hilang ingatan serta merta.

Malamnya, Hara terlebih dahulu memasuki biliknya. Kini dia dan Haris tinggal di kediaman ibu bapa si Hara. Fira pula hanya menetap di kampung dengan alasannya ingin menjaga ayahnya yang bersendirian di kampung.

Dia tahu, Fira lah yang paling terluka. Fira lah yang paling derita. Tetapi baginya,

“Kalau asyik kita yang jaga perasaan orang lain, siapa pula nak jaga perasaan kita?” kan?

Setelah isyak, Haris terus menghilangkan diri. Barangkali mahu membuat phone call dengan Fira, isteri pertamanya. Hara tidak kisah itu. Baginya, why not kalau suaminya sekadar mahu menanya khabar si Fira? Fira juga isterinya.

Entah kenapa, cemburu yang diharapnya sebelum berkahwin lagi tidak ada sekelumitpun dirasa apabila Haris seolah-olah berat sebelah dan lebih mementingkan Fira. Baru dia tahu,

“I’m not that bad.” Hara senyum. Puas! Dia tahu, Haris mengambil masa yang lama untuk membalas perasaannya, namun seperti yang kita tahu, Hara mana kisah kan?

Dengan gaun satinnya yang paras peha bertali halus yang mendedahkan sebahagian besar bahagian dadanya, dirinya kelihatan lebih seksi daripada biasa. Hara senyum.

Mukanya dibiarkan suci daripada secalit make up, begitu juga bibirnya yang sedia ada merah. Dia kelihatan lebih cantik daripada biasanya. Hara senyum lagi.

Rambutnya juga diwarnakan hitam semula dan telah dipotong paras bahu. Alah...as I said before, I’m not that bad kan? Warna kuning tu just inai je. Kalau tak, dah lama umi libas punggung ni ha. Tu umi diam je, sebab dia tahu, rambut ni just diinaikan je. Yelah, disebabkan tension belajar abroad, sampai naik beruban rambut, tu yang aku inai. Huhu.

Hara melihat dirinya di cermin. Dia senyum puas. Dirinya kini kelihatan sungguh luar biasa cantiknya. Bukan riak ok! Just memuju keindahan makhluk Tuhan yang satu ini. Kan Allah dah ciptakan makhluknya sebaik-baik kejadian. Haruslah kita memujinya bukan mengutuknya. Hehe. Pandai kau kan. Hara tersenyum sendiri.

“klik!” bunyi tombol pintu dipulaskan. Hara senyum. Punya banyak dia senyum malam ni... bahagia katakan. Hihi.

“MISI MENGGODA SUAMI BERMULA!” bisiknya perlahan.

Haris terpempan. Gulp! Inikah Hara yang selama ini bermake up tebal dan berambut minah saleh. Tapi satu je yang tak lari, dia tetap seksi. Tetapi kali ini, seksinya luar biasa. Haris seolah-olah baru melihat aurat Hara yang selama ini terdedah bebas.

“Darling buat apa tadi?” soal Hara. Haris yang berada di hadapan pintu biliknya yang bertutup dihampiri.

Sentuhan Hara dibibirnya menyedarkan dirinya dari lamunan panjang. Dia berlalu menuju ke katil. Ingin merebahkan badan yang lesu keletihan. Sungguh gemilang perkahwinannya bersama Hara. Lebih gemilang daripada perkahwinannya bersama Fira dahulu.

Sebolehnya, dia tidak ingin melayan kehendaknya Hara. Dia tidak mampu menduakan Fira. Pastinya Fira sangat terluka.

Hara senyum kemenangan kerana berjaya menyentuh bibir Haris yang selama ini diidamkannya. Itulah part yang paling dia suka. Hara mampir ke katil, baring mendekati Haris dan memeluknya dari belakang kerana Haris baring membelakanginya. Dia tidak kisah untuk memulakan first step. Apa pun dia mahu memiliki Haris malam ini juga.

“Darling, Hara tak nak dilaknat malaikat sampai ke subuh esok kalau tak melayan suami di ranjang.”

Suara dilembutkan selembut-lembutnya.

Haris meneguk liurnya. Tapi dia berang, pandai sungguh Hara mengunakan hukum hakam untuk mendapatkannya. Hello? Aku tak minta pun kau layan aku, so takde makna malaikat nak laknat kau. Demi membidas kata-kata Hara, dia kalih berdepan dengan Hara. Namun tidak dia sangka...

Kelihatan Haris mengubah posisi badannya untuk berdepan dengan aku. Tahu sangat dia ingin membidas percakapanku sebentar tadi. I don’t let it to happen! Because I hate when people keep nagging bout me.

Cupp! Cup, cup dan cup. Rakus sekali Hara mencium bibirnya. Haris terpempan. Apakah? Mana tahan dia terus-terusan digoda sebegini. Hara kini menindih tubuhnya. Dia juga bertindak menanggalkan gaun satinnya. Allah.

Maafkan abang Fira. Abang terpaksa buat.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience