BAB 2

Romance Completed 5917

Aku tersenyum puas, lega. Sebab apa? Hehe. Aku berjaya mengaku kat ustaz yang selama ni aku sukakan dia, aku... cintakan dia.

Salahkah?

Tiada hukum dalam islam yang menyatakan bahawa pelajar dilarang bercinta atau menyimpan perasaan terhadap guru yang mengajar.

Pelajar lain mula sibuk berbisik-bisik. Arghh! Tahu sangat apa tajuk utamanya kalau bukan ‘Hara sukakan ustaz Haris’. So what?! Do i care? Bunyi bisikan yang semakin kuat kedengaran merimaskan aku. Errghh! Nak kena sangat kan?

“Shut up!!! Wei! Kalau aku dengar orang ada gosip pasal aku lepas ni, sorang-sorang aku lesing kang!” jeritku kepada seluruh pelajar dalam kelas agama ni.

Huh! Ni Hara lah... Nur Syahara Bt Ahmad Zain. No one dares to object my final decisions. If they do that so, huh! They know what I can do to them. So, siapa-siapa yang ada gosip liar pasal aku, mereka just pendam buat pengetahuan masing-masing. No need to spread such that rumors!

Kalau berani juga, kena berani berhadapan dengan aku. Hey! Ni mafia sekolah arr... Boleh kata semua pelajar takutkan aku, even gangster budak lelaki pun takutkan aku. Mereka takutkan aku bukan kerana aku anak ustazah Amira yang terrrsangatlah garang, dan bukan juga kerana aku anak pengetua sekolah ni. No!!!

Sorry kay, aku tak hadap pun status sebegitu. Dah memang aku seorang yang bad-tempered.

Sorang je aku salute sangat-sangat, selepas ibu bapa aku, Fira je yang boleh tahan dengan sikap aku tu. Nur Syafira Bt Ilyas. Anak seorang petani. Dari situ semua orang dapat lihat perbezaan status kami berdua. Berbanding dengan aku, anak seorang hartawan dan ibu bapa terdiri daripada orang yang terpelajar. Wal hal, Fira hanya mempunyai ayahnya sahaja. Ibunya sudah lama meninggal dunia. Ayahnya pula hanya dapat mengusahakan sawahnya yang hanya beberapa hektar di belakang rumahnya. So sad.

Kata orang Fira lebih ayu berbanding aku. Kata orang Fira lebih pandai daripada aku. Kata orang Fira lebih beradab daripada aku. Kata orang juga Fira lebih baik dan pandai menghormati orang lain tidak kira umur. Malah, kata orang juga Fira lebih segalanya berbanding aku.

Dan satu je yang paling aku ingat, kata orang aku dan Fira ialah kembar tak seiras, and they also said that “one is an evil and one is an angel”. Grrrr.

Well, I admit it bahawa Fira lebih ayu daripada aku. Aku tak ayu, tapi aku cantik. Hehe. Bukan auta tapi fakta, ok! Tang pandai tak pandai, siapa kata aku tak pandai? Wei! Aku dapat nombor dua lerr dalam kedudukan kelas. Yang nombor satu, sah-sahlah Fira yang dapat. Dah orang kata dia lebih pandai dari aku.

Pasal baik tak baik tuh, depends arrr dengan orang yang berada disekeliling aku. And lastly, I can’t deny when people said that I don’t know how to respect other people. Tapi kan, aku memang respect arr kat parents aku. Kalau tak respect, ni ha! Punggung aku akan jadi lebih besar dari saiz normal sebab kena libas dengan ustazah Amira a.k.a my mom. Hehe.

And once, when they said that Fira lebih sopan daripada aku. Memang aku akui itu. Because, aku, pakai tudung pun singkat. Kain pun singkat sampai nampak stoking hitam dalam. Lengan baju kurung sekolah selalu aku singsing sampai ke siku.

Berbeza dengan Fira, tudung pun labuh wei... kain kalau tak sapu lantai tak sah. Even dia pakai baju kurung yang lengannya sampai ke pergelangan tangan, dia tetap pakai inner. Well, wanita melayu terakhir katakan.

Whatever lah kalau orang nak kata aku ni anak ustazah ja tapi tak serupa maknya. Eh, hello! Kena ingat yang iman seseorang tak boleh diwarisi tau. Takkan anak imam sekalipun beriman macam bapaknya ya tak ya? Dah kalau gitulah, aku sanggup suruh semua lelaki kat dunia ni jadi imam, biar kita semua beriman.

Back to the reality.

Lepas aku jerit pada semua orang, satu pun tak berani nak bersuara. Tulah... cari pasal dengan aku, kan dah kena...

“Hara, behave! Ni kelas agama bukannya pasar malam sampai nak jerit keluar anak tekak.” Ujar ustaz Haris terhadap perlakuan Hara yang melampau baginya.

Hara yang sedari tadi berdiri hanya melemparkan senyuman menggoda terhadap ustaz Haris. Jarinya dengan gedik menggetil hujung tudungnya yang singkat.

Ustaz Haris mendehem membetulkan suaranya. Kepalanya digeleng beberapa kali untuk melupakan kata-kata luahan daripada Hara sebentar tadi dan mula menulis di papan putih dihadapannya.

“Okey, kita teruskan bab Perkahwinan ini. Ustaz nak habiskan bab ini secepatnya agar nanti kalian mudah untuk mengulang kaji sebelum SPM. Sesiapa ada soalan boleh tanya.” Ujarnya penuh berkarisma. Dia perlu professional menghadapi masalah seperti ini.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience