BAB 4

Romance Completed 5917

Hara tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali pertemuannya dengan ustaz Haris tempoh hari. Sudah kahwinkah dirinya? Huh! Kalau sudahpun, masih lagi ada tiga ruang kosong untuk diisi.

Yes! Dia nekad untuk menjadi isteri ustaz Haris. Sudah lama dia mengimpikan untuk menjadi isteri ustaz Haris. Entah sebab apa dia nekad untuk berkahwin dengan ustaz Haris pun dia tidak tahu. Yang dia tahu kini, dia sangat cintakan ustaz Haris meskipun dia tahu perasaan cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.

Dia tidak peduli, by hook or by crook, ustaz haris mesti jadi suami dia. Yalah... kalau nak menang perlu jadi bodoh. Kalau nak jadi isteri ustaz Haris, perlu jadi bodoh dan abaikan perasaan ustaz Haris yang sangat-sangat tidak sukakan dia. Yer... dia tahu itu. Perlu jadi bodoh dan tulikan telinga dengan apa yang orang nak kata. Yelah, orang macam dia mana layak jadi isteri ustaz Haris. Kan?

Dia kini mendiami sebuah kondominium. Dia mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan dengan kedua-dua ibu bapanya. Mana dia tahan kalau parents dia duk nagging pasal perubahan yang dialami oleh satu-satunya anak kesayangan mereka. Why? Aku suka macam ni. Aku dah biasa.

Lagipun dia pindah pun kerana takut kelak dia sudah pandai berkurang ajar dengan kedua-dua ibu bapanya. Meskipun dengan keadaannya begini, dia tetap sayang dan hormat ibu bapanya, namun dia sangatlah tidak suka apabila ibu bapanya mengawal segala apa yang dia buat, segala apa yang dia pakai dan segala apa yang di makan. Its doesn’t give me a shit!

Dimana dia tinggal sekarangpun tidak diketahui oleh ibu bapanya. Namun dia seringkali menghantar teks mesej bahawa dia di tempat yang selamat dan dalam keadaan sihat kepada ibu bapanya.

Dia juga telah mempunyai kerjaya tersendiri, cukup malah lebih cukup untuk menampung kehidupannya kini.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience