BAB 9

Romance Completed 5917

Setelah sebulan lebih menetap di hospital, Hara pulang ke kondo milik Haris. Terkejut kerana Haris telahpun menunggunya di rumah.

Sebab apa pulak dia datang? Dulu kemain tak nak datang.

“Pergi mana?” soal Haris yang membelakanginya yang tika ini menonton televisyen. Dingin nadanya.

“Darling bila sampai. Maaflah, Hara belum masak lagi.” Hara cuba untuk menukar topik. Beg pakaiannya segera dihantarnya ke bilik.

Belum sempat Hara melangkah, Haris kalih memandangnya. Terkejut. Bukankah...

“Eh, mana perut kau? Bukan kau kata kau pregnant kah? Setahu aku, sekarang usia kandungan kau dah masuk 5 bulan, takkan tak…?”

Hara membisu.

Hara hanya membisu dan perlahan memandu langkah ke dapur.

“Jangan-jangan kau… Eh, bayi tu tak bersalah tahu tak? Yang kau bunuh dia dah kenapa hah?! Kau tak sayang anak eh?” jerkah Haris. Mukanya merah menahan marah.

Hara matikan langkahnya demi saja mendengarkan percakapan Haris itu. Dia menangis. Bukan tak sayang, tapi dia sayang sangat-sangat. Ya Allah. Kau tempatkanlah anakku dikalangan orang yang beriman.

“Jawab Hara. Kenapa kau buat dia macam tu? Sekalipun aku tak sayang kau, tak bermakna kau buang dia, bunuh dia. Dia tak bersalah.” Bibir Haris bergetar. Dia memaksa Hara memandangnya dengan membalikkan badan Hara yang membelakanginya.

Hara mengangkat mukanya yang lencun dengan air mata. Bukan dia tak sayang, dia sayang. Sayang sangat-sangat. Kenapa tak faham lagi?

“Hara terpaksa darl...” dalam lencun Hara bersuara.

“Darling tak akan faham Hara.”

“Apa yang Hara buat ni, semuanya sebab Hara sayangkan darl...”

“Nonsense!” marah Haris. Hara tunduk, teresak-esak menangis.

“Kalau macamni lah perangai Hara, kalau macam ni lah Hara...aku... aku terpaksa gantung kau tak bertali.” Hara panggung kepala, Haris melangkah keluar dari rumah. Hara terduduk, meratapi nasibnya yang malang.

***

“Kenapalah Haris buat anak kita macam ni bang? Kesian Hara. Kesian anak kita bang.” Ahmad Zain hanya mampu mengeleng kepala mengenang nasib anaknya, satu-satunya puteri mereka. Anaknya yang ditatang dengan penuh kasih sayang sedari dia kecil lagi. Kasihan sungguh dia mengenangkan nasib Hara, sudahlah sakit, hilang anak pula, kini dibuang suami sendiri. Tsk tsk tsk.

Sedari tadi Hara berdiri di balkoni biliknya, memeluk tubuh, dengan muka tanpa sebarang ekspressi. Fikirannya kini kosong, sekosong-kosongnya. Sudah persis mayat hidup saja lagaknya setelah digantung tak bertali oleh Haris. Nasibnya kini diketahui oleh kedua-dua ibu bapanya. Kini dia tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya.

Ibu bapanya banyak membantunya kini. Kerana nasihat kedua-dua ibu bapanya, kini dia lebih dekat dengan penciptanya iaitu Allah swt. Dia sedar dia lebih kepada cinta manusia daripada cinta Allah, oleh itu Allah tarik nikmat cinta manusianya itu supaya dia memberikan cintanya secara total kepada Allah swt.

Cuma sekarang, dia kurang berkomunikasi. Bukan kurang, memang tidak berkomunikasi. Bahkan, dengan kedua-dua ibubapanya sekalipun dia tidak bercakap.

Kini, badannya semakin sihat. Desakan demi desakan kedua-dua ibubapanya untuk dia menjalani kemoterapi diturutkan jua. Dia semakin sihat tetapi tidak sepenuhnya sihat. Sekarang, hidupnya banyak bergantung dengan ubat-ubatan. Tanpa ubat, penyakitnya boleh datang kembali.

***

“Umi, babah, Hara rasa Hara nak balik UK, sambung study.”

Ustazah Amira dan suaminya terkejut, pertama kali mendengar suara Hara setelah sekian lama dia mendiamkan dirinya. Mereka juga terkejut dengan keputusan Hara untuk menyambung study nya lagi, di UK pulak tu.

“Arr... abah ok je kalau... kalau...” Hara senyum.

“Hara janji Hara akan jaga diri, jaga akhlak, jaga solat Hara kat sana nanti. Hara just nak Umi dengan Babah percayakan Hara.”

Ustazah Amira dan suaminya senyum, mereka sentiasa percayakan Hara. Hara seorang yang kuat, tabah tetapi rapuh. Kuatnya, tabahnya, cuma sekejap. Namun sekarang, dia memang seorang yang kuat dan tabah. Hara kini, bukan Hara yang dulu. Hara kini lebih matang. Hara Umi dan Babah sudah kembali.

Ustazah mencapai tangan halus Hara dan mengenggamnya, “Umi dan Babah sentiasa percayakan Hara, cuma, seperti yang Hara cakapkan tadi, Hara mesti janji dengan kitorang yang Hara mesti jaga diri, jaga akhlak dan jaga solat Hara di sana nanti.” Hara senyum lembut, tubuh tua uminya diraih dan dipeluknya. Babahnya hanya senyum melihat dua beranak itu. Setelah itu, tangan babahnya diraih dan disalam, giliran tubuhnya pula dipaut lembut dan dipeluk babahnya. Hara Umi dan Babah sudah kembali.

“Ouh, ini fail penceraian Hara dengan abang Haris. Kalau ada kesempatan, Umi dan Babah boleh berikan ini kepada abang Haris ya?”

“Hara yakin ke dengan keputusan Hara ni?” soal babahnya risau. Hara hanya senyum.

“Hara yakin babah, ni semua sebab Hara nak kembalikan bahagia Fira. Hara dah rampas bahagia Fira. Jahatkan Hara?” Hara senyum pedih. “Hara tak jahat, Hara umi dan babah baik je.” Umi segera mengusap bahunya, memberi semangat kepada Hara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience