BAB 11

Romance Completed 5917

Selesai saja si kecil menyusu, Hara menepuk lembut belakang si kecil agar dia sendawa. Pandangan Haris di wajahnya tidak dihiraukan. Perbualan masih belum bermula. Kedua-duanya bertindak mendiamkan diri mungkin saja kerana masih dalam keadaan terkejut.

Tahulah Hara kini, budak-budak yang dijaganya kini merupakan anak Haris dan Fira. Sudah dua orang. Sudah dua orang cahaya mata mereka. Ya, mereka gembira, telah Hara. Hara senyum pedih.

Haris masih lagi menatap wajah jelita Hara. Makin berseri. Wajahnya tampak lebih matang. Hara masih lagi cantik seperti dulu-dulu. Haris masih lagi memerhatikan tingkah Hara yang menepuk perlahan belakang si kecil agar si kecil mudah sendawa. Sifat keibuannya memang ada. Haris senyum pedih. Mesti sukar bagi Hara.

“Nah, anak awak. Lain kali, jangan tinggalkan mereka sembarangan. Atleast, suruh isteri awak yang jaga sekalipun awak nak berumah dekat toilet tu.” Setelah si kecil sendawa, Hara menyerahkan si kecil kepada ayahnya. Dia segera berdiri ingin berlalu, tak betah rasanya dia duduk dekat dengan Haris.

Haris mengambil si kecil dan didukungnya. Dia segera berdiri, menahan Hara daripada berlalu begitu saja.

“We need to talk… Hara.” Hara yang baru memulakan langkah, berpaling. Dahinya berkerut, hairan.

“Nah! Talk to my hand! We’re nothing, zero, null, get that?” Hara menyuakan tapak tangannya betul-betul depan muka Haris. Haris terpempan. Ini Hara yang baru.

“Hara, behave! We’re still husband and wife. Abang tak pernah jatuhkan talak atas Hara.” Hara terdiam, terkelu.

“McD then.” Setelah lama mendiamkan diri, Hara bersuara. Haris sekadar mengangguk. Segera si kecil diletakkan ke dalam stroller dan ditolaknya stroller itu, tangan Hasyira dipimpinnya. ***

Hara memalingkan mukanya, tidak ingin menatap wajah Haris. Meskipun di sudut hatinya yang paling dalam, cintanya terhadap Haris masih lagi berdiri utuh, tetapi mengenangkan Fira, dia kuburkan saja perasaan cintanya itu.

Haris menatap wajah lembut Hara. Cantik! Desis hatinya.

“Abang nak Hara kembali pada Abang.” Tegas Haris berbicara, sepertinya memberi satu arahan kepada Hara. Hara senyum sinis.

“Then, awak kena buang Fira dari hidup awak.” Sinis Hara berkata. Bukan niatnya untuk merampas Haris daripada Fira lagi, tapi dia terpaksa memberi pilihan sebegitu kerana Hara yakin Haris pasti memilih Fira dan memang itu mahunya, supaya Haris lebih memilih Fira.

“Fira memang dah takde dalam hidup abang lagi.” Hara terkesan dengan nada sendu dalam pertuturan Haris itu.

“Maksud?”

“Dia dah meninggal dunia sebaik sahaja dia melahirkan Syahira.” Haris senyum pedih memandang Hara. Hara terpempan, matanya bergenang. Mulutnya ditekup agar suara tangisnya tidak didengari. Fira dah takda, kawan baiknya dulu dah takda. Kasihan Fira. Kasihan sungguh kawannya itu. Perjalanan hidupnya tak seindah Hara. Harislah satu-satunya kebahagiannya setelah ayahnya.

“Dia cakap kat Hara, dia minta maaf sebab...”

“No! Hara yang patut minta maaf kat dia. Hara yang... Ya Allah.”

***

“Heisy abang ni, bukan macam ni lah lipat kain anak, macam ni haa...” Hara menunjukkan cara melipat kain untuk dipakaikan kepada si kecil. Haris hanya sengih dan menggaru kepala yang tak gatal.

“Habis, selama nisiapa yang buatkan semua ni?” soal Hara, wajahnya dipalingkan memandang Haris.

“Mak.”

“Patutnya, abang kena belajar buat benda ni semua. Anak dah ada dua tapi still tak reti buat benda ni semua.” Haris sengih, nampaknya dia kena tahan dengan bebelan Hara mulai dari sekarang.

“Ai ai captain!” Haris mengangkat tabik spring, Hara tergelak kecil. Nampak comel sangat. “ Hmm, bila kita nak ada yang ketiga?” bisik Haris di telinganya membuatkan bulu romanya tegak berdiri.

“Heisy abang ni, baby Ra baru je nak masuk 4 bulan kan? Tunggulah dia besar sikit.” Mukanya memerah, segera diangkatnya si kecil dan berlalu ke ruang tamu.

“Amboi kalau dulu bukan main lagi orang tu goda abang, sekarang ni dah pandai malu-malu, abang gurau pula dah tak boleh.’’ Haris menyakat cinta hatinya itu.

“Dulu kenalah orang beria all out goda abang, dah abang slow macam Sloth Madagascar kan, Kalau tunggu abang sampai ke sudah bang kita tak connect! Dasar Sloth!’’

“Apa, berani ye panggil abang Slow macam sloth! Meh sini abang nak tunjuk tinggi rendah langit ni kat sayang!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience