BAB 10

Romance Completed 5917

“Hara tak berniat menggugurkan kandungannya. Ada sebab Hara buat macam tu.” Jelas ustazah Amira. Di depannya, Haris dan Fira saling berpandangan.

Pada mulanya, Haris gembira menerima fail penceraian daripada Hara, begitu juga Fira. Pada pemikiran Fira, deritanya sudah menemui titik penghujungnya. Namun, kedua-dua mereka ditahan sebentar oleh ustazah Amira aka umi Hara. Ada hal penting katanya mahu diceritakan kepada mereka berdua.

“Hara cintakan kamu, Haris. Sebab tu dia buat macam tu.” Fira terkesan dengan kata-kata ustazah Amira. Haris membuat muka jelek.

“Alasan lapuk! Nonsense. Balik-balik tu je alasan korang.” Marah Haris. Ustazah Amira menarik nafas panjang. Segera beristighfar. Sabarnya semakin nipis.

“Hara sebenarnya mengidap kanser paru-paru. And, untuk buang kanser tu, dia kena gugurkan kandungannya. Kemoterapi yang dia buat untuk dia sembuh, akan menjejaskan kandungannya. Dia pilih nak hidup, nak bersama kamu Haris! Kamu tak pernah nak faham Hara!” tekan ustazah Amira. Haris dan Fira terkedu. Apakah?

***

Haris merenung ke luar jendela. Nasibnya kini berubah. Jauh berubah. Anaknya yang sulung bernama Hasyira sudah menginjak ke usia 5 tahun, dan kini arwah isterinya Fira telahpun meninggalkan seorang lagi cahaya mata bernama Syahira yang berusia baru 3 bulan. Arwah isteri. Ya, fira telah meninggalkan mereka buat selamanya 3 bulan lalu, setelah dia melahirkan Syahira. Sedih, pilu, kekuatannya seakan-akan telah diserap habis setelah Fira meninggalkannya, buat selama-lamanya. Tapi dia perlu kuat, kuat untuk anak-anaknya. Yeah! Dia mesti kuat!

Teringat akan amanat terakhir daripada isterinya agar dia segera mencari Hara. Dimana perlu dia mencari Hara? Hendak ditanya umi dan babah Hara, dia malu kerana dia yang membuang Hara. Peristiwa 4 tahun lalu masih menghantui dirinya dan Fira. Mereka masih rasa bersalah dengan Hara. Lagi-lagi dirinya kerana bertindak melulu mengantung Hara tidak bertali 4 tahun lalu.

Rengekan si kecil menyedarkan lamunannya. Segera dia mampir kepada si kecil yang berada di atas katil di sisi kakaknya, dan menepuk punggung si kecil perlahan supaya dia kembali lena. Kasihan sungguh anak-anak ayah.

***

Hara berjalan mengelilingi mall dengan sepuas hatinya. Hobi lamanya kini telah kembali iaitu window shopping. Kedatangannya ke Malaysia 3 hari lalu disambut dengan gembira oleh babah dan uminya. Penampilannya berubah, berubah kepada yang lebih trendy, berpakaian muslimah yang lebih trendy tetapi masih mematuhi syariat-syariat menutup aurat.

Langkahnya terhenti demi melihatkan seorang anak kecil berusia sekitar 5 tahun sedang menangis. Di tepinya juga ada baby stroller dan kedengaran juga tangisan dari dalam baby stroller itu. Hara memandang kiri kanan. Kawasan disitu agak lenggang kerana kawasan tersebut khusus menuju ke tandas lelaki dan perempuan. Hara mampir.

“Adik cantik ni kenapa menangis ni. Ni ha, muka adik dah comot. Buruk tau orang tengok. Dah tak cantik dah.” Hara mencangkung, menyamakan ketinggiannya dengan kanak-kanak tersebut.

“Adik kita nangis, ayah lama, tak keluar-keluar dari toilet. Kesian adik kita, nak susu.” Mendengar saja itu, Hara menjenguk ke dalam stroller. Ya memang ada baby, kecil lagi sedang menangis. Hara jatuh kesian melihat baby tersebut.

“Boleh kakak angkat tak, baby ni?” tunjuk Hara kepada baby kecil itu. Kanak-kanak itu sekadar mengangguk. Tangisannya kian reda.

Hara mengangkat baby kecil itu, dibawanya ke dukungan. Hara senyum pedih. Beginikah rasanya mendukung anak sendiri? Hara menepuk perlahan si kecil.

“Susu baby ada bawa tak?” soal Hara, si kakak hanya mengangguk. Tangannya segera menyeluk beg frozennya yang disandangnya sedari tadi.

Hara duduk si kerusi yang sedia ada di kawasan tersebut, si kecil diribanya dan disusukannya. Hara senyum. Ada rasa gembira terselit dihatinya.

“Nama kamu apa ya?” Tanya Hara kepada si kakak, sementara dia menyusukan si adik.

“Nama kita Hasyira, papa panggil Syira.” Jawab kanak-kanak yang bernama Hasyira itu sambil bermain-main dengan kedua-dua belah tali beg sandang frozennya.

“Nama adik?” soal Hara ringkas. Hasyira mampir mendekati adiknya di riba Hara dan bermain-main dengan tangan kecil adiknya, kadang diciumnya tangan kecil adiknya. Perlakuannya itu mengundang senyum di bibir Hara.

“Nama adik kita Syahira, papa panggil baby Ra.” Hara mengangguk.

“Hasyira, mana… eh! Kau siapa? Berani betul meriba anak saya. Hasyira kenapa...” kata-kata Haris mati apabila si dia mengangkat wajah. Hara?

Hara mengangkat wajah apabila mendengar suara-suara sumbang memarahinya, mungkin saja itulah si ayah yang meninggalkan anak-anaknya bersendirian. Setelah betul-betul bertentang mata, Hara terpempan. Haris!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience