Bab 10 - Epilog

Other Completed 27130

"Ayah..."

Haidan tersentak daripada lamunannya apabila Haikal memanggilnya. Dia terimbau semula kejadian 10 tahun yang dulu.

"Ya anak ayah?"

"Kakak Haisya suruh bagi ni pada ayah."

Haikal memberi sebuah kotak kepadanya. Balutan pada kotak tersebut kelihatan agak lusuh seperti sudah lama.

Haidan memandang sayu ke arah Haisya yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya.

Kini, 10 tahun sudah berlalu. Haisya Syada sudah berusia 15 tahun manakala Haikal berusia 10 tahun. Walaupun tika itu Haisya masih lagi kecil, ingatannya masih kuat mengingati setiap kejadian yang berlaku tika dia berusia lima tahun. Haisya masih tidak biasa bercakap dengan ayahnya walaupun sekadar bertanya tentang keperluan.

Haidan membaca satu kad yang terlekat pada kotak tersebut.

'Happy 13th Anniversary, abang! Syakila always love you.'

Air mata jantan Haidan jatuh mengalir ke pipinya.

Barulah dia teringat bahawa hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinannya bersama Syakila yang ke-23 tahun.

Dia mengusap kotak tersebut lalu membukanya perlahan. Terdapat satu dompet dan t-shirt yang masih cantik di dalam bungkusan plastik. Terdapat juga sebuah buku berwarna ungu cair di dalam kotak tersebut. Kelihatan seperti buku diari.

Tekun Haidan membaca setiap barisan tulisan di dalam diari itu. Semakin lama semakin deras air matanya mengalir. Teresak-esak Haidan menangis. Haisya yang perhatikan ayahnya yang sedang membaca diari ibunya turut menitiskan air mata. Haikal disebelahnya ralit bermain dengan permainannya.

'Siti Nur Syakila sentiasa mencintai Haidan Maliki. Walaupun dengan apa semua yang abang lakukan, cinta dan kesetiaan Kila pada abang masih kuat untuk abang. Buktinya kita dikurniakan tiga orang anak dan kita bakal mendapat bayi seorang lagi dan berkemungkinan jantinanya lelaki. Adalah kawan buat Hairil. Kalau lelaki kita namakan Haikal Syadid dan kalau perempuan kita namakan Haila Syadira. Boleh ya abang?'

'Abang maafkan Kila kerana Kila lah yang membuat abang berubah seperti ini. Kila minta ampun. Janganlah abang terus begini. Sayangilah Kila seperti dulu. Kila perlukan abang untuk melahirkan anak keempat kita ini. Tolong abang, Kila merayu. Baliklah sayang. Kila tak kisah abang dan kahwin lain. Itu hak abang. Cuma Kila nak kasih sayang abang kepada Kila dan babies kita. Kami berempat perlukan abang.'

'Mana sikap penyayang abang yang dulu sewaktu Hairil dan Haisya dilahirkan? Kila rindu saat abang membelai Hairil dan Haisya. Rindu melihat kasih sayang abang kepada Kila. Kolot sangatkah Kila sehingga abang menjadi seperti ini? Kila sedar Kila tak secantik Mia. Mia yang dapat menarik perhatian abang. Tapi, abang pernah janji yang abang akan sayangi Kila dan anak-anak sehingga akhir hayat abang? Kila akan terus menunggu abang menunaikan janji abang. Kila rindu sangat pada abang...
Ya Allah kembalilah suamiku seperti dulu. Kila tak minta banyak abang, nak abang yang dulu sahaja.'

'Kila sakit abang. Kila terkejut melihat abang yang sanggup memukul anak-anak kita tanpa rasa belas kasihan. Tolong abang. Tolong kembali kepada abang yang dulu. Kila berharap sangat. Kila sayang sangat kat abang. Cinta Kila pada abang tak pernah pudar daripada kita rapat dulu sehinggalah sekarang. Cinta Kila khas untuk abang. Kila harap jodoh kita berkekalan sehingga ke Jannah bersama anak-anak kita. Maafkan Kila abang.'

Itulah ayat yang terakhir yang dicoret oleh Syakila. Tarikh tersebut sehari sebelum dia meninggal dunia. Haidan terduduk lemah dan menangis tersedu-sedan apabila membaca kesemua ayat-ayat Kila di dalam buku diari itu. Daripada gembira bertukar menjadi sedih.

"Ayah... kenapa ayah menangis teruk sebegini?"

Haikal mendapatkan ayahnya yang teresak-esak menangis sambil tangannya terketar-ketar memegang buku diari tersebut. Haisya bangun perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati ayahnya.

"Haisya... ampunkan ayah, nak. Ampunkan ayah. Ayah tak layak untuk hidup. Tak layak jadi ayah kamu, nak. Ampunkan ayah nak..."

Haisya memeluk ayahnya erat. Dia juga sedih pabila membaca diari ibunya malam semalam. Dia menjumpai kotak hadiah tersebut di dalam almari baju neneknya.

"Ayah..."

Haisya bersuara setelah lama dia mendiamkan diri. Dan inilah kali pertama dia menyebut perkataan 'ayah' setelah lama sudah dia tidak memanggil ayahnya.

Haidan mengangkat wajahnya memandang Haisya kerana dia terkejut mendengar perkataan 'ayah' pada mulut Haisya sendiri.

"Ayah janji jangan tinggalkan Haisya dan Haikal. Ibu selalu datang kat mimpi Haisya supaya Haisya jaga ayah dengan adik. Ibu juga pesan yang ibu dah lama maafkan ayah dan ibu sangat mencintai ayah. Ibu selalu pesan supaya Haisya dan Haikal menjadi anak yang soleh dan solehah. Ayah janganlah lagi tangisi pemergian ibu, abang long dan achik sebab mereka dah bahagia sangat dekat sana. Syurga."

Haidan memeluk kedua-dua anaknya erat diselang-seli dengan bunyi tangisannya yang tersedu-sedan.

"Ayah janji, nak. Ayah akan tunaikan janji, ayah."

"Ayah, ayah tahukan kenapa ibu letak nama 'Haisya' pada Haisya?"

Haidan memandang sayu pada anak perempuannya.

"Sebab nama Haisya adalah nama gabungan ibu dan ayah. Haidan dan Syakila. Hai-Sya. Nama ni ibu sendiri yang reka. Haisya sendiri masih lagi ingat sebab ibu pernah ceritakan pada Haisya."

Haidan menganggukkan kepalanya. Kini dia sedar betapa kuatnya cinta Syakila kepadanya.

Sejak dari itu hubungan Haidan bersama anak perempuannya, Haisya bertambah erat. Selalu bergurau-senda bersama. Syaril dan Fatiha serta Syakira bahagia apabila melihat cucu keduanya itu kembali cerita setelah beberapa tahun menghadapi trauma yang agak teruk. Mirip wajah Haisya mengingati mereka kepada arwah Syakila dan begitu juga dengan Haikal mirip dengan wajah arwah abangnya, Hairil. Wajah arwah Haira pula lebih kurang sama dengan Haisya.

Kesedihan tidak lagi membelenggu kehidupan Haisya Syada. Dia dan Haikal cuba untuk menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan solehah atas pesanan arwah ibunya, Siti Nur Syakila.

Farish pula sudah berjaya membuka hospital sendiri di bandar Kuala Lumpur. Dan dia bakal berkahwin dengan Syakira iaitu adik Syakila tidak lama lagi. Farish juga berjanji akan menjaga Haisya dan Haikal seperti anaknya sendiri...

Allah SWT akan menarik semula kebahagiaan seseorang itu jika tidak menghargainya.
Hargailah orang yang sudi menyayangi kita janganlah sombong apabila kita sudah dapat sesuatu yang lebih baik daripadanya.
InshaAllah...

Inilah mini novel pertama daripada saya, NurShaza.
Harap dapat memberi sedikit iktibar.
Maaf atas kekurangan dalam mini novel ini.
Wassalam NurShaza..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience