Prolog

Other Completed 27130

‘Kila sayang, abang janji selepas kita bernikah nanti abang akan sentiasa menyayangi dan mencintai Kila sepenuh hati abang dan sehingga akhir hayat abang.’

’Hatiku berbunga mendengar ayat-ayat cinta Haidan, lelaki yang bakal menjadi suami dunia akhiratku. Aku harap Haidan akan
menunaikan janjinya.’

’Haidan Maliki, jejaka yang aku kenali sejak aku menyambung pengajianku di Universiti Islam Antarabangsa. Kami rapat sehingga Haidan melamar aku untuk dijadikan isterinya. Kami bertunang selama 7 bulan dan esok merupakan hari raja sehari kami. Rasa indah tak terkata. Aku bakal menamatkan hidup bujangku tak lama sahaja lagi.’

Syakila menutup buku diarinya setelah puas meluahkan perasan di dalam hati yang sangat gembira ini. Perlahan-lahan dia membelek baju pernikahan dan persandingannya. Rasa tak sabar ingin menjejak pelamin. Itulah idamannya bersama Haidan.

Tema perkahwinan mereka adalah berwarna ungu dan putih. Warna kegemarannya dan Haidan. Kedengaran azan Zuhur berkumandang, dia terus ke bilik air untuk mengambil wudhu. Sebagai umat Islam kita haruslah mengerjakan solat dengan segera dan tidak melengah-lengahkannya.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Keluarga dan sanak-saudara sudah memenuhi ruangan masjid. Kelihatan Haidan segak berbaju Melayu dan berkaca mata hitam melabuhkan punggung di hadapan bapa Syakila.

"Haidan Maliki Bin Harun Maliki."

Encik Syaril, bapa Syakila memulakan majlis dengan memanggil nama Haidan dengan sempurna.

"Ya saya."

Haidan menjawab dan menarik nafas dengan lembut.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Siti Nur Syakila Binti Muhammad Syaril dengan mas kahwin RM300 tunai."

"Saya terima nikahnya, Siti Nur Syakila Binti Muhammad Syaril dengan mas kahwin RM300 tunai."

Haidan melafazkan dengan sekali nafas sahaja. Dia bersyukur dapat melafaz dengan baik dan jelas.

"Sah?"

Semua saksi mengatakan ’sah’. Maka, Haidan dan Syakila sah menjadi sepasang suami isteri.

Hari demi hari Syakila bahagia bersama Haidan. Tidak lama kemudian, dia hamil anak pertama mereka. Sejak hari itu, Syakila menempuhi cabaran yang baru dengan dugaan datang mengujinya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience