Bab 7

Other Completed 27130

Sejak kejadian kelmarin, Syakila masih lagi menginap di sebuah hotel berdekatan dengan tepi pantai. Dia masih belum berani untuk bersemuka dengan Haidan. Hatinya ranap. Janji-janji Haidan bermain-main di dalam kotak pemikirannya. Janji yang tidak pernah tertunai sejak 12 tahun dulu.

"Ibu.. marilah main pasir dengan kami."

Haira menarik-narik lengan ibunya. Syakila tersenyum lalu duduk di atas pasir bersama mereka. Dibina istana pasir dan ada lorong untuk air masuk ke tepi istana. Si tiga cilik bersorak kegembiraan. Syakila sudah terlupa dengan masalahnya apabila berseronok dengan anak-anak kesayangannya.

"Hai semua.."

Farish melambai tangan ke arah mereka yang sedang ralit bermain istana pasir sambil tangan kanannya menjinjit beg plastik yang terisi lima bungkus polistrene.

"Uncle ada bungkuskan nasi goreng ayam dan milo ais untuk korang berempat..."

Syakila tersenyum melihat gelagat Farish melayan si tiga cilik tersebut. Bukan main gembira ketiga-tiga anaknya apabila Farish membelikan makanan kesukaan mereka. Mereka masuk semula ke dalam untuk menjamu selera. Entah kenapa dia tersentuh melihat Farish melayan anak-anaknya walaupun dia tahu Farish ada banyak kerja perlu diselesaikan di hospitalnya. Sungguh tidak terbalas jasa Farish kerana menolongnya ketika dia sedang kesusahan.

Syakila hanya pandang sepi ke arah telefon bimbitnya yang bergetar-getar daripada tadi. Namun Syakila lihat nama yang tertera pada skrin telefonnya terus dia abaikan. Belum masanya lagi untuk dia berhadapan dengan Haidan.

Pada hari esok, Syakila membawa anak-anaknya ke kampung ibu dan ayahnya bersama Farish. Farish sanggup mengambil cuti selama tiga hari untuk menemani Syakila dan anak-anaknya.

Entah kenapa hati Syakila berasa tidak enak. Setiap hari bangun sahaja tidur jantungnya berdegup kencang. Namun dia berasa tenang apabila mengerjakan perintah Allah SWT. Dia mengajar anak-anaknya mengaji Al-Quran membuatkan dia berasa gembira dan impiannya untuk mengajar anak-anaknya mendalami Agama Islam akan tercapai.

"Ibu.. boleh tak kami nak bergurau-senda dengan ibu?"

Syakila yang sedang termenung jauh tersentak dengan usikan Hairil pada lengannya. Syakila mengangguk lalu mereka duduk bersama di ruang tamu sambil bergurau-senda. Seakan-akan mereka tidak akan bernyawa lagi di bumi ini.

Malam itu, pertama kali Syakila dapat melelapkan matanya dengan tenang dan lena bersama Syakira dan anak-anaknya.

Esok Syakila akan berhadapan dengan Haidan untuk meminta kata putus yang terakhir. Dia mahu melepaskan dirinya daripada sangkar baran Haidan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience