Bab 6

Other Completed 27130

Kandungan Syakila kini sudah mencecah lapan bulan. Dia semakin sarat tetapi Haidan tiada disampingnya sejak selamat diijabkabulkan dengan Mia Eriqa tujuh bulan yang lepas.

"Ibu.. kesian Ibu penat. Biarlah Hairil yang basuhkan pinggan tu ibu. Hairil dah siapkan kerja sekolah."

"Terima kasih anak ibu. Angah dengan achik buat apa?"

"Tengok tv, ibu."

Tiba-tiba Syakila terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah mereka. Haisya dan Haira berdesup berlari ke arahnya. Ketakutan mula menyerang mereka. Haidan masuk ke dalam rumah dengan wangian pada tubuhnya menusuk hidung mereka.

"Hah! Ingatkan dah mati tadi. Hidup lagi. Dah tujuh bulan aku tak balik tup tup kau mengandung. Anak siapa?!"

Balik-balik sahaja Haidan menjerkah mereka dengan suara lantangnya sehingga bergema-gema ruangan rumah.

"Ya Allah abang.. sampainya abang cakap macam tu. Saya hamil anak abang. Darah daging abang. Saya dah lama nak cakap tapi abang asyik sibuk."

Haidan menampar pipi Syakila sehingga terduduk di atas sofa. Si tiga cilik memeluk ibunya.

"Kau ingat aku boleh percaya cakap kau?! Hah?!"

Haidan membuka tali pinggangnya lalu dilibas pada tubuh mereka berempat sekaligus. Mereka mengaduh kesakitan. Syakila melindungi anak-anaknya daripada libasan tali pinggang oleh suaminya. Dia terpaksa mengagahkan dirinya. Dia juga takut anak di dalam kandungannya turut sakit. Belakang badannya berdenyut-denyut.

Hairil berlari ke arah ayahnya lalu menggigit lengan ayahnya dengan kuat.

"Kurang ajar punya budak!"

Haidan menampar Hairil sehingga dia terhantuk pada bucu meja lampu. Syakila terus mendapatkan Hairil yang terkulai lemah di tepi meja lampu. Haisya dan Haira membuntuti ibu mereka. Haidan menghempaskan pasu bunga ke lantai lalu mengambil serpihan kaca pasu tersebut lalu menoreh pipi Haisya dan Haira.

"Abang! Bawa mengucap! Abang nak bunuh anak-anak kita ke?!"

Syakila menolak tubuh Haidan dengan kekuatan dirinya. Pipi Haisya dan Haira habis terluka dan darah menitis.

Haidan tersenyum sinis lalu dia meninggalkan mereka dan masuk ke dalam bilik.

"Puas hati aku! Hidup menyusahkan orang sahaja. Menyesal aku berkahwin dengan kau."

Syakila tidak mengambil endah lagi kata-kata Haidan. Dia terus menghubungi Farish untuk meminta pertolongan. Anak-anaknya sudah menangis kesakitan.

Hairil, Haisya dan Haira di tahan di wad yang sama. Mereka dirawat oleh Farish sendiri kerana Farish seorang doktor. Syakila baru sahaja selesai dirawat terus masuk ke dalam wad anak-anaknya. Syakila sedih melihat anak-anaknya terkena baran suaminya. Haidan semakin menjadi-jadi sejak mereka berkahwin. Dah lama keputusan ini Syakila fikirkan tetapi dia tidak mahu berpisah kerana dia tidak mahu anak-anaknya terputus kasih sayang di antara ibu dan ayahnya. Syakila mengeluh berat. Perutnya diusap lembut. Mujur bayi di dalam kandungannya selamat dan tiada apa-apa kecederaan.

"Ibu..."

sayu sahaja suara Hairil memanggil ibunya. Syakila memeluk anak lelakinya erat.

"Hairil takut. Ibu jangan tinggalkan Hairil. Kalau boleh Hairil nak meninggal dunia bersama ibu dan adik-adik. Hairil tak nak hidup keseorangan..."

Syakila terkejut mendengar percakapan daripada mulut Hairil.

"Haira pun..."

"Haisya pun nak ikut ibu pergi jumpa Allah."

Hiba hati Syakila mendengar rintihan daripada anak-anaknya. Dia tidak sangka anak-anak kecilnya ini akan berkata begitu.

Air mata Farish mengalir apabila dia mendengar kata-kata si kecil disebalik pintu wad. Dia tidak menyangka Haidan akan melakukan pekara sekejam ini. Menyesal dia meninggalkan Syakila sewaktu dia tahu Syakila akan berkahwin dengan Haidan. Farish pergi menenangkan dirinya dengan melanjutkan pelajaran di Mesir. Sehingga sekarang dia masih mencintai Syakila tetapi dipendamnya. Dia tidak mahu menjadi penyebab masjid seseorang runtuh. Farish perlahan-lahan melangkah mendekati mereka.

"Uncle.."

Farish memeluk Hairil, Haisya dan Haira seerat-eratnya. Dia hanya memandang wajah Syakila yang sembab akibat menangis teruk. Dia cuma memberi Syakila kata-kata semangat untuk menempuhi dugaan ini.

"Kila, awak nak balik ke rumah semula ke?"

Syakila menggelengkan kepalanya. Tak mungkin untuk dia kembali ke rumah tersebut setelah pekara ini berlaku. Mungkin Syakila akan stay di hotel buat beberapa hari dan minta Haidan untuk berbincang.

"Saya akan stay di hotel buat beberapa hari dan mahu berbincang dengan Haidan."

Farish mengangguk.

"Ada apa-apa call saya, ya?"

Syakila tersenyum kemudian dia mengangguk perlahan. Dia mendodoikan anak-anaknya sehingga tertidur nyenyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience