Bab 3

Other Completed 27130

"Aku penat tahu tak?! Cuti minggu macam ni aku nak rehat, kau pulak mengajak aku nak bawa jalan-jalan budak-budak. Kau memang betul-betul menyusahkan aku!"

tempik Haidan lalu menampar Syakila. Dia mendengus kuat.

"Abang bukannya selalu. Anak-anak semua rindukan abang. Abang dah seminggu dekat Dubai. Marilah kita keluar sehari sahaja pun cukuplah untuk anak-anak."

pujuk Syakila dengan lemah-lembut. Hairil, Haisya dan Haira hanya diam menyaksikan pergaduhan ibu dan ayahnya.

"Aku kata aku penat! Kau faham tak?! Kau ni kenapa nak paksa-paksa aku?!"

bentak Haidan lalu menolak semua barang yang berada di atas meja kerjanya. Habis pecah berderai pasu bunga di atas lantai.

"Ayah... kami rindukan ayah. Marilah kita bermain bersama."

kata si kecil, Haisya. Haidan merengus memandang Haisya.

"Kau dengan ibu kau ni, sama aje! Dua kali lima.. memang tak reti bahasa ke?!"

Haisya terdiam.

"Aku penat! penat! Faham tak?! Tahu tak apa maksud penat?! Korang ni menyusahkan aku tahu tak! Pergi matilah!"

Herdik Haidan tak putus-putus. Syakila beristighfar panjang.

"Tak apalah abang. Maafkan Kila. Izinkan Kila bawa anak-anak jalan."

"Pergi! Pergi mampus pun aku tak heran!"

Air mata Syakila mengalir deras. Dia mendukung Haira dan memimpin Haisya manakala Hairil memeluk pinggang ibunya. Mereka sebenarnya sudah siap berpakaian untuk berjalan bersama bapa mereka tetapi lain pula jadinya.

Syakila masih tidak memberitahu tentang kandungannya. Bagaimana mahu beritahu Haidan sekiranya dia asyik dingin sahaja...

Syakila membawa anak-anaknya ke kedai Toysr"US". Syakila ingin menghidupkan suasana ceria bersama anak-anaknya. Hairil mengambil satu set kereta lumba manakala Haisya mengambil permainan alatan memasak dan Haira mengambil barbie doll latest edition. Suka sangat mereka apabila mendapat hadiah daripada ibunya.

Syakila membawa anak-anaknya ke MCD untuk makan tengahhari. Sedang mereka seronok makan bersama seorang lelaki menegur Syakila.

"Assalamualaikum Syakila."

Syakila menoleh ke arah empunya suara tersebut. Dia terkejut.

"Eh Farish! Waalaikumussalam. Apa khabar?"

Farish adalah sahabat dia dan suaminya di UIA dahulu. Mereka berpisah apabila Farish sambung pengajian peringkat Master di Mesir.

"Alhamdullilah sihat. Comelnya anak-anak Kila. Apa khabar Haidan sekarang?"

Syakila tersenyum.

"Alhamdullilah dia sihat. Kerja pilot sekarang."

Farish mengangguk.

"Uncle marilah makan sekali dengan kami."

Pelawa Hairil. Farish tersenyum lalu melabuhkan punggung di sebelah Hairil.

"Nama siapa tiga cilik ni?"

"Nama saya Hairil. Ni Haisya dan Haira."

"Wah.. cantik nama-nama tiga cilik ni."

Farish mengusap rambut Haisya dan Haira. Syakila tersentuh melihat kemesraan Farish bersama anak-anaknya. Andaikan Farish adalah Haidan sekarang ni. Dia berasa bahagia saat ini. Namun hanya angan-angan sahaja semuanya takkan berlaku dengan sikap baran Haidan.

"Makan banyak-banyak. Nak apa-apa lagi nanti uncle belanja."

Mereka bersorak manakala Syakila hanya tersenyum. Fikirannya masih mengenangkan sikap baran Haidan sekarang terutama apabila dia ternampak Haidan bersama gadis misteri itu. Entah siapa pun dia tidak tahu.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience