Bab 5

Other Completed 27130

"Atok!"

jerit ketiga-tiga cilik apabila sampai di pekarangan rumah atok dan neneknya.

"Ya Allah cucu-cucu atok..."

Syaril memeluk cucunya sekaligus. Sudah lama tak datang menjenguk mereka dan akhirnya Syakila pulang walaupun tanpa suaminya.

"Anak ayah..."

Syakila menjadi sebak apabila melihat riak wajah tua si ayah yang merinduinya. Syakila terus memeluk erat tubuh ayahnya itu. Dia amat merindui ayah dan ibunya. Ibunya sekarang tidak berapa sihat, terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

"Nenek..nenek.."

Fatiha memeluk cucu-cucu kesayangannya dengan erat. Rindu tak terkata. Hanya Allah sahaja yang tahu kerinduannya.

"Ayah.. ibu maafkan Kila sebab lama tak balik. Ampunkan Kila, ibu dan ayah."

Teresak-esak Syakila menangis disamping ibunya.

"Tak apa, nak. Kami faham. Kamu sudah mempunyai suami. Syurga isteri di bawah telapak kaki suaminya."

kata Fatiha menahan sebak. Tiba-tiba Syakira iaitu adik bongsu Syakila menerpa ke arahnya.

"Kakak... rindu sangat..."

Syakila memeluk tubuh adiknya yang tua enam tahun daripadanya itu.

Malam itu riuh rumah Syaril dan Fatiha dengan celoteh-celoteh si tiga cilik. Bukan main bercerita sambil bergelak-ketawa. Syakila gembira melihat anak-anaknya ceria disamping datuk, nenek dan makciknya.

"Dah cucu-cucu atok dan nenek ni pergi tidur.. dah lewat malam nih."

Suruh Fatiha kepada cucu-cucu kesayangannya. Syakira dan Syakila membentangkan tilam di ruang tamu untuk mereka tidur bersama-sama. Al maklumlah rumah mereka ini kecil adapun dua buah bilik sahaja. Ruang tamu mereka agak besar jadi mereka boleh tidur di sana bersama-sama.

Haira tidur sambil menghisap botol susunya manakala Haisya tidur sambil memeluk Syakira dan Hairil memeluk tubuh ibunya.

Keesokan paginya, Syakila bangun menyiapkan sarapan pagi bersama Syakira. Nasi lemak berlaukkan sambal sotong siap terhidang di atas suratkhabar di ruang tamu. Si tiga cilik terpisat-pisat bangun lalu mendapatkan ibunya. Syakira menolong kakaknya memandikan Haisya dan Haira. Hairil sudah pun mandi terlebih dahulu.

"Ibu.. jomlah keluar pergi pantai. Haisya rindu nak pergi pantai."

ajak Haisya.

"Haa.. kita berkelah kat sana. Sebelah petang kita pergi. Haisya main dengan abang long dan achik kat ruang tamu.

Haisya bersorak kegembiraan.

#¿#¿#¿#

Haidan dan Mia berada di sebuah butik pengantin yang terkenal di Malaysia. Pelbagai jenis pakaian pengantin disediakan mengikut citarasa pasangan rakyat Malaysia. Mia rambang mata melihat desain baju pengantin. Haidan hanya berpeluh tubuh melihat baju pengantin lelaki.

"Honey, kita pilih warna pink rose boleh? Campur dengan putih."

Tangan Mia meliar-liar di atas lengan Haidan untuk memujuknya.

"Okay. Anything for you."

Haidan menggengam tangan Mia lembut. Mia ketawa manja. Suka apabila dilayan sebegitu. Mia atau nama penuhnya Mia Eriqa berusia 27 tahun bekerja sebagai pramugari. Disitulah perkenalan dia dan Haidan bermula. Haidan seorang juruterbang yang sangat kacak digilai ramai pramugari disana.

Seusai membeli-belah, Haidan dan Mia pergi ke sebuah restoran makan untuk menjamu selera kerana sudah sekian lama di butik pengantin tersebut.

"Honey, isteri you setuju I jadi madu dia?"

Mia menyuapkan isi ayam ke dalam mulutnya.

"Nak ke tak nak dia kena terima jugak. I dah bosan dengan dia tu... tak menarik langsung bagi I. I sayangkan you sorang sahaja. Dia tu boleh pergi mati. Rasa menyesal pun ada berkahwin dengan dia."

Mia mencebik. Lelaki miang dan ego seperti Haidan senang sahaja untuk dipikat. Mia akan pastikan dia mendapat hak sebagai isteri nombor dua. Dia mahu hartanya Haidan dan bukan tuannya.

"Sayang.. you janjikan tak bosan dengan I?"

sengaja Mia menyoal soalan itu kepada Haidan. Haidan tersenyum manis.

"Semestinya tidak. You ni citarasa I. Kerja pun setaraf dengan I. Seksi dan manja. You selalu layan kerenah I."

Mia tersenyum nakal. Namun ada maksud tersirat disebalik senyumannya. Lelaki seperti ini perlu diberi pengajaran di lain hari.

Mereka menyambung membeli-belah barang perkahwinan mereka dia MidValley. Sehingga larut malam barulah mereka pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience