Bab 2

Other Completed 27130

Seusia menunaikan solat Subuh, tiba-tiba kepala Syakila berpusing dan tekaknya mual. Dia terus ke tandas dan memuntahkan semua isi perutnya. Dia menggosok-gosok tekaknya lembut kerana terasa perit. Dia menarik nafas dan kemudian dia pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Dia menggoreng mi dan juga cekodok pisang untuk dimakan sarapan pagi.

Haidan yang sudah bersiap dengan baju kerja juruterbangnya duduk di meja makan sambil membaca suratkhabar.

Haisya dan Haira yang sudah memakai baju taska terus duduk bersama Hairil yang sudah berpakaian baju sekolah. Syakila mencedukkan mi goreng ke dalam pinggan anak-anaknya. Suasana di meja makan hanya membisu. Hairil, Haisya dan Haira hanya membisukan mulut mereka kerana takut diherdik oleh bapanya.

“Aduhh... ibu...”

Haira menjerit kesakitan apabila air milo panas tertumpah di atas kakinya dan habis baju taskanya basah dek tumpahan air milo. Haidan yang melihat Haira menjerit terus dimarahinya.

“Minum ke apa?! Tak boleh pegang leklok cawan tu?! Hah?!”

Syakila yang sedang memujuk Haira hanya mendiamkan diri. Dia mengelap air yang tumpah di atas meja dan juga lantai. Kemudian, Syakila mendukung Haira ke bilik air dan membasuh kakinya yang sudah kemerah-merahan. Hairil dan Haisya hanya membuntuti ibunya yang sedang menukarkan pakaian Haira.
“Aku nak pergi kerja! Mana beg aku?!”

Terkocoh-kocoh Syakila keluar sambil mendukung Haira dan di tangan kirinya membimbit beg kerja Haidan. Baru sahaja Syakila mahu mengucup tangan suaminya, Haidan terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam badan kereta. Syakila sebak. Dia tak tahu apa salahnya sehinggakan Haidan sanggup mempermainkan dia sebegini.

“Kita dah lambat ni. Haira tak perlu pergi sekolah, ya. Kaki sakit tu. Biar ibu isikan bekal Hairil dan Haisya.”

Syakila mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Hairil akan lewat ke sekolahnya.

“Terima kasih ibu.”

Ucap Hairil sambil mengucup tangan dan pipi ibunya.

“Belajar baik-baik. Jadi anak yang soleh, ya sayang.”

Hairil mengangguk lalu keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam kawasan sekolah. Syakila terus memandu ke taska Haisya. Sampai di hadapan taska Haisya, Syakila keluar sambil mendukung Haira dan memimpin Haisya.

“Maaf ya Kak Rin. Lewat sikit hari ni.”

“Eh tak apalah. Biasalah ni. Tak ada lewat pun. Ada ramai lagi belum datang.”

“Haira tak pergi sekolah hari ini. Dia tak sihat.”

“Oh yeke? Tak apalah.”

Haisya mengucup tangan ibunya manakala Syakila pula mencium kedua-dua belah pipi Haisya dengan penuh kasih sayang.

“Haisya Syada jadi anak yang baik dan solehah, ya. Ibu sayang Haisya.”

“Haisya sayang ibu!”

Haisya melambai-lambai tangannya ke arah ibu dan adiknya kemudian dia masuk ke dalam taska bersama Cikgu Arina. Syakila masuk semula ke dalam kereta dan menuju ke klinik berdekatan untuk merawat kaki Haira yang sudah membengkak.

“Puan sapukan krim pada bahagian bengkak ini. Nanti ia akan surut.”

Pesan doktor kepada Syakila.

“Doktor, saya nak check kesihatan saya juga kerana sejak pagi tadi saya berasa tidak sedap perut dan berasa loya.”

“Baiklah. Baring di atas tilam sana.”

Syakila menyuruh Haira duduk diam di atas kerusi sambil memberi botol susu kepadanya kemudian dia membaringkan tubuhnya di atas katil disediakan. Doktor menyelak bajunya dan memeriksa satu per satu. Setelah diperiksa, doktor menyuruh Syakila duduk di kerusi semula untuk memaklumkan keputusannya.

“Adakah Puan dah lama tak datang period?”

Syakila mengingati semula tarikh terakhir dia period. Baru dia teringat, sudah nak dekat sebulan setengah dia tidak datang period.

“Sudah sebulan setengah doktor saya tak datang period.”

Doktor tersenyum.

“Tahniah Puan, Puan hamil dan kandungan Puan berusia sebulan.”

Syakila meraup wajahnya kerana dia sangat bersyukur kerana Allah SWT memberinya rezeki yang paling berharga sekali. Haira akan menjadi kakak.

“Memandangkan usia kandungan Puan masih diawal peringkat, saya sarankan Puan berhati-hati dan makan makanan yang seimbang.”

“Baiklah doktor. Terima kasih.”

Doktor mengukirkan senyuman lalu Syakila mendukung Haira dan keluar dari bilik doktor.

Jam sudah menunjukan pukul 11 pagi. Syakila membawa Haira ke sebuah restoran untuk makan bersama.

"Ibu, Haira nak fish n chip!"

Apabila pelayan restoran tersebut datang terus Haira meminta ibu memesan makanan kegemarannya.

"Satu fish n chip. Satu lamb chop dan dua chocolate smoothies."

Pelayan itu beredar setelah Syakila membuat pesanan. Dari jauh Syakila perasan susuk tubuh yang amat dia kenali bersama seorang gadis kecil molek.

"Ibu, tu macam ayah saja."

kata Haira apabila dia ternampak susuk tubuh ayahnya yang sedang melabuhkan punggung bersama si gadis kecil molek di sebuah meja yang jauh sedikit daripada mereka.

"Entahlah. Ibu pun tak tahu. Tak apalah. Lepas makan ni anak ibu nak pergi mana?"

Syakila mengubah topik supaya Haira tidak menanyakan soalan tu lagi. Dia hanya menguatkan dirinya demi anak-anak tersayang.

"Ibu.. Haira nak pergi Indoor Playground!"

teruja Haira apabila ibunya mengangguk tanda bersetuju dengan kehendaknya.

Selesai menjamu selera, Syakila membawa Haira ke tempat kesukaannya. Walaupun kaki Haira bengkak, dia seronok bermain permainan di dalam Indoor Playground tersebut.

Syakila terfikir tentang Haidan dan seorang gadis tadi. Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa yang menyebabkan Haidan berubah? Syakila mengeluh berat. Dia masih lagi ingat kata-kata janji daripada mulut Haidan sendiri. Dia juga ada tulis di dalam diari saat-saat percintaan mereka dan sehingga kini dia masih menulis diari pada waktu malam untuk meluahkan perasaannya. Syakila rindu pada ayah dan ibunya. Sudah tiga tahun tidak pulang ke rumah atas kedegilan Haidan yang tak mahu balik ke kampung. Hanya balik ke rumah mummy dan daddynya sahaja. Tidak adil sama sekali.

Kasihan ibu dan ayah Syakila hanya beralah dengan datang sendiri ke rumah mereka untuk melawat mereka. Hiba rasanya.

Syakila tersedar daripada lamunannya apabila Haira mengadu padanya kerana dia kehausan. Syakila memandang sekilas pada jam tangannya sudah menunjukan pukul 12.40 tengahhari. Hairil dan Haisya akan pulang dari sekolah sebentar lagi. Lantas, Syakila mendukung Haira dan membeli empat cawan air milo ais dan pisang goreng yang dijual berdekatan dengan parkir kereta. Kereta Syakila terus meluncur ke taska Haisya kemudian ke sekolah rendah Hairil.

"Assalamualaikum hero ibu."

Hairil yang baru sahaja membuka pintu tersenyum manis apabila mendengar ibu menyapanya.

"Waalaikumussalam ibuku yang cantik."

Syakila ketawa kecil. Dia seakan-akan lupa semua masalahnya tatkala melihat senyuman-senyuman yanh terukir manis pada bibir anak-anaknya sambil mendengar celoteh mereka terutama Haira. Sengaja Haira membuat Hairil dan Haisya cemburu kerana ibu membawanya ke Indoor Playground.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience