Bab 9

Other Completed 27130

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan Syakila dan Haidan yang ke-13 tahun. Syakila berasa gembira, dia sedang cuba untuk mewujudkan suasana bahagianya dahulu bersama Haidan. Dia memasak makanan kegemaran Haidan iaitu ikan siakap tiga rasa, sambal udang dan sayur kangkung goreng belacan. Hairil, Haisya dan Haira sibuk menolong ibunya menyediakan juadah. Syakila membalut hadiah yang dibelinya tadi secara senyap-senyap. Satu kotak hadiah yang berisi wallet dan baju t-shirt.

Haidan ada mesejnya pagi tadi bahawa Haidan akan datang pada sebelah petang. Mungkin dalam jam 5 atau 6 petang.

Selesai kesemuanya, Syakila menyertai anak-anaknya yang sedang bermain dengan permainan mereka.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, terkocoh-kocoh Syakila ke luar halaman rumah untuk mengangkat kain jemuran pagi tadi yang sudah basah kuyup. Haisya sibuk menolong ibunya mengangkat pakaian walaupun terkena hujan.

Syakila membuka pintu pagar untuk mengambil karpet yang dijemurnya pagi tadi. Setelah selesai mengangkat kesemuanya dia ingin ke pintu pagar semula untuk menguncinya. Belum sempat dia mengunci pagar tersebut, ada tiga orang lelaki berpakaian hitam dan wajah mereka ditutup dengan topeng sambil memegang senjata yang dihalakan ke arah Syakila.

"Woi! Masuk dalam! Dengar cakap kami! Kalau tak mati!"

jerkah perompak tersebut. Syakila masuk ke dalam dan terus mendapatkan anak-anaknya. Mereka menggigil ketakutan. Dua perompak sedang menceroboh bilik mereka. Seorang lagi sedang menjaga mereka daripada terlepas.

Syakila berdoa supaya dia dan anak-anaknya dilindungi.

"Woi! Mana kau letak barang perhiasan kau! Mana duit kau!"

Setahu Syakila, Haidan sudah mengambil semula kotak-kotak perhiasannya dulu dan duitnya tidaklah begitu banyak hanya dalam RM600 sahaja.

"Kau bangun! Tunjuk mana barang berharga kau!"

Terketar-ketar Syakila bangun lalu mengekori lelaki itu. Terpaksa meninggalkan anak-anaknya di ruang tamu sekiranya tidak mengikut arahan mereka nyawa anak-anaknya akan melayang.

"Ibu! Ibu!"

raung Haira. Dia meronta-ronta dalam pelukkan Haisya.

"Diam!!!"

Namun Haira masih tidak mendiamkan diri puas dipujuk oleh Hairil.

Bang!

Sedas peluru berterbangan menembusi dada Haira. Terus sepi keadaan di rumah. Haisya dan Hairil menjerit apabila Haira yang sudah tidak bernyawa. Mereka menjerit memanggil ibunya.

Syakila yang sudah kembali ke ruang tamu terus terduduk melihat Haira sudah tidak bernyawa lagi dan bajunya dipenuhi darah.

"Kenapa kau bunuh anak aku?!"

pekik Syakila.

"Sebab anak kau boleh buat orang menangkap kami."

lelaki itu mengheret tubuh Syakila yang sudah lemah itu ke tengah ruang tamu. Hairil dan Haisya terus memeluk ibunya. Syakila menguatkan diri dengan memangku tubuh kecil Haira dan memeluk kedua-dua anaknya. Perutnya berasa sangat sakit. Air ketubannya sudah pecah.

Tiga perompak itu masih lagi tidak puas hati kerana mereka belum memperoleh barang berharga daripada mangsanya.

"Mana barang berharga!!! Kau jangan buat aku bunuh kau!!"

"Aku dah cakap. Suami aku dah bawa keluar barang semua tu!!! duit aku ada RM600 sahaja!!"

Lelaki itu sudah mengacukan senjatanya ke arah Syakila.

Bang!

"Ibu!!"

Hairil sempat menyelamatkan ibunya daripada terkena tembakan. Hairil menjadi mangsa sedas peluru itu. Hairil sudah seperti nyawa-nyawa ikan apabila peluru tersebut menembusi lehernya.

Syakila meraung sekuat hatinya. Dia sudah kehilangan dua anaknya.

"Kau memang tak membantu langsung!! Kau memang nak sangat mati!!!"

Bang!

Satu peluru menembusi perut Haisya dan Haisya terus memuntahkan darah lalu dia rebah dan dia sempat memeluk tubuh Haira yang sudah kesejukkan.

Bang!

Sedas peluru yang terakhir 'dihadiahkan' kepada Syakila menembusi dadanya. Dia rebah bersama anak-anaknya. Dia sempat mengucapkan dua kalimah syahadah. Perlahan-lahan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Wei! Kita dah bunuh empat orang sekali tu! Gila wei... mau tak polis cari kita nanti. Hukum gantung beb."

"Ahhh.. kau kebaslah apa-apa kita perlukan duit. Cepat!"

Tanpa rasa bersalah, tiga perompak itu membawa lari duit Syakila dan seutas rantai emas milik Syakila yang dijumpai di dalam bilik tidur. Kemudian mereka berdesup melarikan diri. Kejadian tersebut tidak didengari oleh jiran-jiran mereka kerana hujan yang lebat menghalang untuk Syakila meminta tolong.

Jam sudah menunjukan pukul 6:30 petang. Barulah Haidan munculkan diri dan dia menyumpah-seranah Syakila kerana tidak menutup pintu pagar rumahya. Haidan menyangka bahawa Syakila sudah melarikan diri.

"Syakila!!!"

Haidan menjerit memanggil nama Syakila tetapi tidak disahut oleh pemilik nama tersebut. Haidan perasan ada limpahan darah pada ruang tamu. Haidan melangkah perlahan menuju ke ruang tamu dan dia...

Melihat isteri dan anak-anaknya yang terbaring di atas karpet ruang tamu dengan berlumuran darah. Tubuh Syakila dipangkunya. Terketar-ketar tangan Haidan memeriksa nadi Syakila. Namun dia terlambat, Syakila dan anak-anaknya sudah pergi buat selamanya. Itulah ungkapan yang selalu diberikan oleh Haidan. Haidan menangis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia terus menelefon ambulans.

Di hospital, Farish sendiri mengesahkan bahawa Syakila, Hairil, Haisya dan Haira telah meninggal dunia akibat terkena tembakan dan peluru tersebut menembusi tubuh mereka dan mengeluarkan darah yang banyak. Tetapi, ada satu nyawa yang dapat diselamatkan walaupun ia agak rumit. Farish menjalankan pembedahan pada Syakila untuk mengeluarkan bayi yang dikandungnya. Syakila selamat melahirkan bayi lelaki. Haidan mengendong bayi tersebut dengan juraian air matanya yang tak putus-putus. Ibu dan ayah serta ibu dan bapa mertua Syakila datang apabila Farish menelefon mereka. Ibu Syakila hampir pengsan mendengar anak dan cucu-cucunya meninggal dunia sekaligus.

"Cucu nenek...."

Fatiha mengendong bayi lelaki yang dapat diselamatkan di dalam kandungan Syakila. Tiba-tiba jururawat menjerit memanggil Farish.

"Doktor, pesakit kita bernama Haisya Syada menunjukkan dia masih bernyawa. Mesin talian hayat menunjukkan ada lagi denyutan jantungnya tetapi agak lemah."

berdesup Farish berlari untuk memeriksa keadaan Haisya yang lemah. Dia juga terkejut kerana denyutan jantung Haisya kembali berdegup semula setelah beberapa kali dia memeriksa keadaan Haisya yang sudah tiada lagi denyutan jantungnya.

Haisya Syada disahkan koma dan denyutan jantungnya begitu lemah. Farish sedaya-upaya membantu Haisya untuk sedar semula.

Ayah dan Ibu Syakila tidak menyalahkan Haidan apa yang telah berlaku. Mereka tahu ini semua takdir Allah SWT. Mereka perlu redha supaya roh anak dan cucu-cucunya aman.

Allah SWT masih memberi peluang lagi kepada Haidan dengan kurniaan bayi lelaki yang bernama Haikal Syadid. Ibunya melahirkan dia ketika itu sudah tiada lagi denyutan jantung pada si jantung ibu. Haisya pula menunjukkan tanda-tanda dia akan sedar. Semuanya atas bantuan Farish yang bertungkus-lumus menyelamatkan Haisya.

Haikal Syadid dijaga oleh ibu dan ayah Syakila. Haidan pula masih lagi dengan perasan serba-salahnya. Dia menyesal dengan perbuatannya dan sikap egonya. Dia tak patut digelar seorang 'suami', seorang 'bapa' dan seorang 'Manusia'. Keadaannya semakin tidak terurus ditambah pula Mia isteri keduanya meminta cerai dan meninggalkannya terkontang-kanting.

Sudah sebulan Haidan tidak datang bekerja, dia diberhentikan dan semua hartanya pula sudah dibolot oleh Mia. Mia selamat mendarat di Australia dengan bahagianya. Haidan hidupnya punah-ranah. Tiada hala tuju. Fikirannya merosot teruk. Seperti orang gila. Mummy dan daddynya pula sudah tidak anggap dia sebagai anaknya lagi. Dia bernasib baik kerana ibu dan ayah Syakila sudi membawanya balik ke rumah.

Kini Haisya dan Haikal membesar tanpa ibunya. Haisya menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam dan trauma. Dia langsung tidak bercakap. Kejadian tersebut memberi kesan impak kepadanya. Dia cuma melayan adik kecilnya yang bernama Haikal Syadid.

Haisya masih lagi teringat-ingat gurauannya bersama ibu, along dan achiknya. Setiap hari Haisya mengajak atoknya untuk melawat kubur mereka.

Kehidupannya hanya ditemani dengan air mata yang sering mengalir deras. Sekiranya tidur pasti dia memeluk gambar ibu, Hairil dan Haira. Dia juga masih lagi bermain-main dengan anak patung kesayangan Haira. Dia amat merindui ibu, abang dan adiknya.

Haisya tidak pernah bercakap dengan ayahnya lagi sejak dia tersedar daripada koma. Dia benci ayahnya sendiri namun dia sering bermimpi bahawa ibunya selalu berpesan supaya menjadi anak yang solehah. Taat pada perintah Allah SWT. Jaga adik dan ayah untuk ibunya. Haisya tekad akan menjadi anak solehah buat ibunya dan dia mahu mengikut ibunya ke Syurga.

Haisya masih belum biasa untuk bercakap dengan ayahnya. Haidan pula berusaha memujuk anak perempuannya itu. Dia mahu menghilangkan sedikit rasa serba-salah dengan menjaga kedua-dua zuriatnya. Kini Haidan sudah insaf dengan kelakuannya. Dia meminta ampun kepada Allah SWT kerana bertindak kejam kepada isteri dan anak-anaknya sendiri.

Dan akhirnya, Syakila meninggalkannya begitu juga dengan Hairil dan Haira. Dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.
?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience