Bab 1

Other Completed 27130

Beberapa tahun kemudian,

Haisya dan Haira bermain masak-masak di ruang tamu manakala abangnya, Hairil sedang membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh gurunya pagi tadi.

"Angah, Achik janganlah berlari-lari nanti ayah marahlah rumah bising."

Hairil menegur kedua-dua adiknya yang sedang berlari berkejaran sesama sendiri sambil memegang anak patung kesayangan mereka.

"Alah along ni..."

cebik Haisya.

"Angah, Achik dengar cakap Along tu. Nanti ayah marah. Main leklok."

kata Syakila kepada anak-anaknya.

Syakila dan Haidan dikurniakan tiga orang anak yang bernama Hairil Syadid berusia lapan tahun manakala Haisya Syada berusia lima tahun dan yang bongsu, Haira Syadina berusia empat tahun.

Kini, Haidan bekerja sebagai juruterbang dan jadualnya sangatlah padat. Syakila hanya menjadi surirumah sepenuh masa atas permintaan Haidan.

"Ibu, ayah dah balik!"

jerit Hairil apabila dia ternampak sebuah kereta BWM milik bapanya telah diparkir di hadapan halaman rumahnya.

Haisya dan Haira terus duduk diam di sebelah abang longnya.

"Abang.. dah balik."

Syakila menyambut kepulangan Haidan dengan wajah yang tenang dan diukirkan senyuman ikhlas pada bibir manisnya.

"Hm.."

Haidan hanya melayan Syakila nak tak ndak sahaja. Dia membuka jaketnya dan dibaling ke muka Syakila. Syakila terkebil-kebil akibat terkejut namun dia sudah lali dengan semua ini.

"Kau dah masak belum? Aku lapar."

tanya Haidan dengan riak wajah berkerut-kerut.

"Sudah abang. Saya dah siapkan semuanya."

tutur Syakila dengan lemah-lembut. Haidan yang mahu masuk ke biliknya terpijak mainan kepunyaan Haisya dan Haira. Dia mengaduh sakit.

"Hoi! Apa ni?! Mainan sepah-sepah tak reti kemas ke, hah?! Aku balik ada aje nak naikkan darah aku ni!"

jerkah Haidan kepada anak-anaknya. Hairil terkejut lalu memeluk adik-adiknya yang sudah menangis.

"Kau sebagai abang ajar adik-adik. Jangan nak harapkan ibu kau tu je! Dah besar pandailah berdikari!"

Syakila pergi ke arah anak-anaknya.

"Abang saya minta maaf. Salah saya. Bukan salah anak-anak abang."

Syakila memeluk anak-anaknya erat. Haidan mendengus kuat lalu masuk ke dalam bilik dan pintunya dihempas dengan kuat sekali. Seperti mahu tercabut.

"Ibu maafkan along, bu.."

rintih Hairil.

"Ibu.. maafkan angah dan achik juga.."

Serentak Haisya dan Haira meminta maaf. Syakila menahan sebak di dalam hati. Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa bersabarnya dia dengan sikap baran suaminya itu yang semakin menjadi-jadi.

"Takpe bukan salah anak-anak ibu. Dah tak mau menangis. Anak-anak ibu tolong kemas mainan tu, ya. Hairil pergi siapkan kerja sekolah. Haisya dan Haira main anak patung tu je dulu, ya."

lembut sahaja percakapan Syakila kepada anak-anak kesayangannya. Mereka menurut kata-kata ibu tersayangnya itu. Haisya dan Haira menarik bakul mainan mereka dan mengutip mainan-mainan mereka manakala Hairil menyambung menyiapkan kerja sekolahnya.
Haidan keluar semula selesai sahaja membersihkan badannya. Dia menuju ke meja makan dan terus melabuhkan punggung. Dia merenung semua makanan yang telah dihidangkan oleh Syakila. Ayam goreng berempah, nasi lemak dan sambal kerang.

“Kau beli ke kau masak?”

Soal Haidan sinis.

“Saya masak, abang.”

Jawab Syakila sambil menceduk nasi lemak ke dalam pinggan suaminya kemudian ke pinggan anak-anak dan barulah ke pinggannya. Syakila memanggil anak-anaknya untuk makan bersama-sama.

“Hairil macam mana prestasi pelajaran kamu? Kamu dah habis ujian?”

Hairil yang baru sahaja menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya merenung bapanya dengan penuh riak muka ketakutan. Dia takut untuk memberitahu prestasi pelajarannya kepada bapanya.

“Hairil.. ayah tanya tu. Jawablah sayang.”

Syakila yang perasan Hairil lama mendiamkan diri terus menegur lembut anak lelakinya itu. Haisya dan Haira hanya duduk diam sambil disuap makan oleh ibunya.

“Hairil dah habis ujian. Keputusan Hairil, semua lulus kecuali Mathematik Hairil dapat E.”

Hairil menundukkan wajahnya. Dia tahu bapanya akan mengamuk sekiranya di dalam keputusan ada tercoret huruf C,D,E dan F. Bapanya pernah pesan dia mahu lihat keputusan pelajarannya semua A dan B sahaja. Huruf B bagi bapanya dah cukup teruk.

“Apa?!”

Haidan meninggikan suaranya. Hairil yang terkejut terus menangis.

“Kau dapat maths E?!”

Syakila sudah takut akan anaknya dipukul oleh suaminya lagi. Cukuplah dulu Hairil dibelasah teruk kerana memperoleh tiga ‘D’ di dalam keputusannya.

Pranggg...

Haidan menolak pinggan Hairil sehingga pecah dan nasi bertaburan. Haidan pergi sinki untuk membasuh tangannya lalu menarik tubuh Hairil ke ruang tamu. Haidan merentap hanger baju yang berada di atas meja lalu dilibas pada punggung Hairil sebanyak lima kali dengan kuat.

“Bukan aku dah pesan, aku tak nak tengok ada E walaupun satu pun!”

Syakila membawa Haisya dan Haira masuk ke dalam bilik mereka lalu mengunci bilik tersebut. Dia tahu kalau suaminya mula mengamuk habis semuanya dia ‘sapu’ tak ada perasan belas kasihan.

Terkocoh-kocoh Syakila memeluk Hairil yang sudah terduduk menahan sakit. Haidan terus-menerus memukul badan Syakila dan Hairil.

“Abang sudahlah abang! Jangan sakiti anak Syakila.”

Syakila yang sudah tidak sabar melihat suaminya memukul anaknya dengan teruk mula bersuara tetapi suaranya dikawal supaya tidak ditinggikan.

“Kau dengan anak-anak kau tu semuanya sama aje, Bodoh!”

Hina Haidan. Syakila terdiam. Hairil di dalam dakapannya menangis tersedu-sedan. Haidan berhenti daripada memukul dan terus
melulu masuk ke dalam biliknya. Syakila mendukung Hairil yang sedang menahan sakit pada punggungnya. Syakila membawa Hairil masuk ke dalam bilik adik-adiknya.

“Along.. kenapa along...”

Haisya dan Haira memeluk Hairil erat. Mereka yang mendengar tengkingan ayahnya sudah cukup membuatkan mereka takut.

“Tak ada apa-apa sayang.. dah jangan menangis. Lap air mata tu. Anak ibu sini ibu ubatkan punggung kamu tu.”

Hairil baring secara meniarap di atas riba ibunya. Syakila membuka seluar Hairil perlahan-lahan, dia sangat terkejut kerana ada kesan kebiru-biruan pada atas punggung Hairil. Perlahan-lahan tangan Syakila menyapu ubat pada punggung Hairil. Berkerut-kerut Hairil menahan sakit apabila ibunya menyapu ubat krim pada punggungnya.

“Anak-anak ibu berehat, ya. Jangan keluar daripada bilik. Ibu nak kemas dekat kat ruang tamu.”

Syakila meninggalkan anaknya di dalam bilik kemudian di ke ruang tamu dan membersihkan kaca dan nasi yang bertaburan di atas lantai dapur tadi.

Air mata Syakila menitis perlahan jatuh ke atas pipinya. Dia tak sangka Haidan akan berubah menjadi seorang yang panas baran. Haidan
yang dulunya seorang penyayang dan romantik. Berubah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience