Bab 4

Other Completed 27130

Syakila risau kerana sudah dua minggu lebih Haidan tidak pulang ke rumah tanpa memberitahu dia apa-apa. Ke manakah dia pergi? Ke luar negarakah? Tapi kenapa tidak memberitahunya? Pelbagai cara Syakila gunakan untuk menghubungi suaminya. Syakila mesej tidak balas. Whatsapp hanya berikan bluetick dan bila call tidak angkat.

Kandungan Syakila kini sudah berusia tiga bulan. Perutnya sudah kelihatan membesar sedikit. Syakila termenung sambil melihat anak-anaknya yang sedang nyenyak tidur di atas tilam katilnya.

Sekarang adalah hari cuti sekolah yang panjang selama dua bulan. Lagi dua bulan sahaja Hairil, Haisya dan Haira akan bertukar usia. Mereka semakin membesar.

Syakila tidak dapat tidur dengan lena kerana merisaukan keadaan suaminya yang semakin tidak mengendahkan tentang diri dan anak-anaknya. Syakila mencapai buku diarinya lalu menulis semua isi hatinya yang membuak-buak ingin meluahkan.

Selesai menulis, Syakila mengusap-usap perutnya dan mengucup pipi anak-anaknya kemudian perlahan-lahan dia memejamkan matanya.

#¿#¿#¿#¿

Syakila terkejut daripada lenanya apabila terdengar bunyi hempasan pintu bilik tidurnya. Rupanya Haidan sudah balik ke rumah. Terpisat-pisat ketiga-tiga anaknya bangun akibat terkejut.

"Bangun!!! Aku nak tidur. Jangan nak menyemak kat katil aku!"

jerkah Haidan. Haisya dan Haira terus menangis kerana terkejut dengan jerkahan ayahnya. Hairil menarik kedua-dua tangan adiknya untuk turun dari katil.

"Kau berdua diam!! Aku tak nak dengar korang melalak!!"

Haidan menarik kedua-dua rambut panjang Haisya dan Haira. Semakin kuat tangisan mereka semakin kuat tarikan rambut oleh Haidan.

"Abang! Apa masalah abang ni? Dengan anak-anak pun nak berkasar?"

Haidan melepaskan tarikan pada rambut Haisya dan Haira. Mereka bertiga terus berlari ke belakang tubuh Syakila sambil menggigil ketakutan.

"Aku bosan duduk rumah ni! Dengan kau kau semua aku bosan! Hidup menyusahkan orang je! Kan bagus korang ni pergi dari hidup aku!"

bentak Haidan. Syakila menangis teresak-esak.

"Kau keluar sekarang dari bilik aku! Aku nak tidur! Esok jangan kacau aku! Aku cuti dua minggu! Sana!"

Syakila membawa Hairil, Haisya dan Haira ke bilik mereka. Mereka menangis bersama-sama di dalam bilik.

"Ibu, Hairil nak ayah yang lama. Hairil tak suka ayah sekarang. Kenapa dia selalu marahkan kita?"

Rintih Hairil.

"Betul tu ibu, ayah bencikan kita ke,bu? Apa salah kita,bu?"

Haisya menyokong kata-kata abangnya.

"Haira nak ayah yang lama..."

tambah Haira. Syakila menyeka air matanya yang berjurai-juraian jatuh. Dia memeluk anak-anaknya erat.

"Jangan cakap macamtu sayang ibu. Ayah tak pernah bencikan kita. Mungkin kita tak tahu apa masalah ayah. Ayah mungkin terlalu penat mencari rezeki untuk kita."

Syakila memujuk anak-anaknya.

"Ibu.. kami nak ibu sentiasa dengan kami. Kami nak ikut ke mana sahaja ibu pergi. Jangan tinggalkan kami, ibu."

kata Hairil. Syakila mengangguk laju sambil mencium wajah anak-anaknya.

"Ibu janji. Ibu takkan tinggalkan anak-anak ibu."

Syakila mendodoi ketiga-tiga anaknya sehingga tertidur sambil air mata mereka masih mengalir perlahan.

#¿#¿#¿#

Syakila terus ke dapur selesai dia menunaikan solat fardhu subuh. Dia membuat sarapan pagi untuk anak-anaknya. Haidan kelihatan masih belum bangun tatkala Syakila membersihkan tubuh di dalam bilik air mereka.

"Ibu, sedaplah nasi goreng hotdog ni."

kata Haisya sambil mulutnya mengunyah nasi goreng hotdog buatan ibunya.

"Ya sayang. Makan leklok."

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi apabila Haidan keluar sambil menggeliatkan badannya. Hairil, Haisya dan Haira yang baru saja selesai makan berlari ke dapur mendapatkan ibunya. Syakila faham anak-anaknya masih lagi takut dengan kejadian semalam. Syakila mencedukkan nasi goreng hotdog ke dalam pinggan Haidan dan menuangkan kopi susu ke dalam cawan.

"Kau ni tak reti masak ke? Tak nasi goreng, mi goreng. Asyik itu aje. Aku pun nak muak makan masakan kau. Better aku makan kat luar lagi bagus."

tengking Haidan. Dia melempar pinggan tersebut ke dinding. Sekali lagi pinggan dan nasi bertaburan di atas lantai.

"Abang.. apa salah saya?"

Syakila memberanikan diri menanyakan soalan tersebut.

"Muak.Bosan.Meluat. Itu jawapan aku."

Syakila terkelu. Haidan mencampakkan kad perkahwinan di atas meja makan. Perlahan-lahan Syakila membaca butiran kad tersebut.

"Setuju ke tak... kau kena terima juga. Kau pilihlah. Nak ada madu ataupun aku ceraikan kau dengan talak tiga?"

Cepat-cepat Syakila menyeka air matanya. Dia mengangguk perlahan.

"Dan lagi satu, aku lagi sebulan lebih nak berkahwin dengan Mia. Selepas aku dan dia berkahwin, aku akan balik ke rumah ni dua minggu sekali je itupun tengok kalau aku rajin. Pandai-pandai kaulah hidup dengan budak-budak."

Syakila hanya membatu. Anak-anaknya pula masih memeluk belakang tubuhnya.

"Kau nak sangat balik rumah ibu dengan ayah kesayangan kau tu, kan? Haa baliklah. Aku tak kisah pun. Janji jangan menyusahkan aku."

Haidan berlalu masuk ke dalam biliknya. Syakila terduduk lemah apabila kakinya sudah tidak dapat menampung tubuhnya yang semakin lemah ini.

"Ibu..."

Panggil anak-anaknya serentak. Syakila memeluk mereka erat. Anak-anak ini yang memberinya kekuatan yang luar biasa ditambah lagi ada satu lagi anak di dalam perutnya sedang membesar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience