Bab 8

Other Completed 27130

"Bagus betul betina macam kau ni kan... bergaduh dengan suami melarikan diri bersama jantan lain..."

Syakila yang baru sahaja sampai di halaman rumah terus Haidan melempar dengan kata-kata makiannya.

"Kenapa abang pedulikan saya?"

sinis suara Syakila bertanya kepada Haidan. Hairil, Haisya dan Haira hanya berdiri di belakang tubuh ibunya.

"Wah sudah semakin kurang ajar kau, ya."

Haidan ketawa sinis.

"Aku ni baiklah jugak lagi. Ada hati dan perut. Kau tu masih isteri aku. Jangan kau lupa status kau tu."

Haidan menarik rambut Syakila sehingga masuk ke dalam rumah. Hairil melindungi adik-adiknya dengan hanya berdiri tercegat di tepi pintu masuk.

"Abang nak saya buat apa? Tolonglah kasihankan saya yang sarat mengandungkan anak keempat abang. Mana kata-kata janji abang dulu?"

rintih Syakila sambil menahan sakit.

"Kau jangan nak sebut pasal janjilah. Itu dulu masa aku buta cintakan orang nerd macam kau ni. Oh.. kau mengandung anak aku? Ye ke? Kesiannn.."

"Abang tolong lepaskan saya kalau saya dah tak berguna lagi dalam hidup abang."

"Tak.. kau masih berguna lagi. Mulai hari ni, kau duduk rumah ni jangan harap kau dapat keluar. Budak-budak tiga orang tu tak payah sekolah. Bodoh macam kau jugak. Kalau kau berani keluar dari rumah tahulah nasib kau dengan budak-budak tu aku kerjakan. Faham?!!"

suara lantang milik Haidan menggegarkan ruangan rumahnya itu. Syakila mengangguk perlahan-lahan.Tika itu dia hanya memikirkan tentang anak-anaknya sahaja. Dia tak mahu Haidan mengapa-apakan anak-anaknya. Biarlah dirinya sahaja yang terluka.

Malam itu, Haidan masih lagi di dalam rumah sedang menonton televisyen. Syakila pula sedang menidurkan anak-anaknya di dalam bilik mereka.

Syakila membuka buku diarinya dan menulis luahan hatinya yang luluh ini. Entah kenapa malam itu dia menulis dengan panjang lebar sekali tidak seperti sesebelumnya. Yang mengejutkan Syakila dia menulis sehingga buku diarinya habis muka surat. Syakila mengambil A4 paper berwarna pink lalu disambung semula penulisannya.

Andaikan dia pergi esok hari diari ini akan diberi kepada anak-anak dan suaminya untuk mengetahui isi hatinya semasa 33 tahun dia hidup. Syakila bangkit daripada tilam katil lalu masuk ke dalam bilik air untuk menelefon ibu dan ayahnya.

"Assalamualaikum ayah..."

"Waalaikumussalam puteri ayah. Kamu sihat, nak? Cucu-cucu sihat?"

"Alhamdullilah sihat ayah. Ayah sihat? Ibu dah baikkan demamnya?"

"Ayah sihat nak. Ibu kamu dah kebah dah demamnya. Biasalah demam urat."

"Ayah, maaf Kila telefon ayah memalam buta cam ni."

"Tak apalah nak. Pukul berapa sekalipun kamu telefon akan ayah angkat juga panggilannya."

Air mata Syakila mula berjuraian.

"Ayah.. Ayah pernah cakap yang kita hidup kat bumi takkan lama hanya sementara untuk diuji, kan? Andaikan Syakila pergi dulu sebelum ayah dan ibu, Syakila nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana menjaga dan mendidik Syakila. Halalkan semuanya daripada Syakila dilahirkan sampai sekarang. Syakila mahu minta keampunan daripada ibu dan ayah. Kila takut tak dapat kemaafan daripada ayah dan ibu."

"Ya Allah nak... kenapa kamu cakap macam tu? Kamu puteri sulung ayah yang sangat ayah sayang. Jangan risau nak, dalam doa kami sentiasa kami maafkan kamu. Kami mendoakan kebahagiaan buat puteri kami. Jangan sedih ya nak... kamu hamil. Jaga kesihatan kamu."

Teresak-esak Syakila menangis. Tangan kanannya mengusap perutnya yang sudah memboyot.

"Ayah, maafkan Kila sekali lagi. Kirim salam sayang pada ibu. Syakila sayang sangat pada ibu dan ayah."

"InshaAllah nak. Ayah dan ibu sentiasa menyayangi Syakila. Kamu berehat ya, nak."

"Baiklah ayah. Assalamualaikum ayah.."

"Waalaikumussalam puteri ayah..."

Seusai sahaja mematikan talian, Syakila menarik nafas panjang kerana dia sudah lega melepaskan semua yang terpendam dalam hatinya. Dengan keadaan yang tenang, Syakila rebah di sebelah anak-anaknya dan dia memejamkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience