BAB 15

Romance Completed 47952

Periuk belanga sudah berbunyi di awal pagi lagi . Mak cik dapur semua sibuk untuk menyediakan juadah sarapan dan makanan tengahari untuk menjadi santapan rombongan lelaki nanti . Mama kepada afielya turun ke dapur untuk membantu mana yang patut seperti mengupas menghiris bawang , menumis rempah . Afiena dan afielya masih lagi terbongkang tidur di bilik afielya . Terlalu berjaga sehingga pukul 3 pagi untuk mengeringkan inai di tangan . Hari yang dinanti sudah pun tiba tanpa disedari . Masa berlalu sebegitu pantas .

Afiena bangun lebih awal daripada kakak nya . Afiena segera mengejutkan kakak nya yang lena tidur .

' akak . Dah siang dah '

' morning '

' morning bakal bini orang ' sakat afiena .

Kedua-dua mereka bangun untuk menunaikan kewajipan seorang muslim pada waktu subuh . Selepas itu , mereka membersihkan diri dan memakai pakaian t shirt beserta tracksuit sahaja pada awal pagi .

Selepas bersiap , kedua dua mereka turun ke halaman rumah untuk menghirup udara awal pagi di luar . Ramai ahli keluarga yang menginap di villa itu memandangkan banyak bilik kosong .

Kanak-kanak berkejaran di awal pagi meriuhkan lagi suasana .

' amboi bakal pengantin . Berseri nya muka ' tegur pak su

' hahaha. Ala pak su ni kan '

Afiena membuka applikasi instagram nya lalu stalk ig meoor . Tawa nya terhambur apabila melihat gambar faieq yang sedang tidur terbongkang menjadi bahan di ig meor.

' akak tengok ni laki kau '

' Aduh hahahahaha '

Berderai tawa pasangan kembar itu dibuatnya

***************************

Persiapan di pihak rombongan faieq tidak kurang maha hebatnya . Awal-awal lagi faieq dan meoor sudah bangun untuk membantu apa yang patut . Check keadaan kereta . Takut-takut kereta buat wayang pulak dekat jalan raya .

Faieq dan meor selepas itu masuk ke rumah untuk bersiap .
Meoor masih santai di kerusi sambil melayan telefon nya sementara prince of the day mandi .

' hoi kau mandi atau cuci tandas '

' dua dua '

Jawab faieq rileks .

Usai faieq mandi . Meor pula menyusul .

Untuk hari ini pengantin akan mengenakan busana berwarna putih . Pengapit pula berwarna hitam . Lain lagi dengan majlis resepsi keesokan hari nya .

Mama kepada faieq tidak penat penat naik turun tangga untuk memeriksa keadaan anak tunggalnya itu .

Setelah siap , mereka bertolak ke villa keluarga afielya untuk majlis akad nikah .

Afielya pada hari itu mengenakan busana berwarna putih dan berhijab di hari akad nikah nya . Mukanya yang putih bersih hanya di touch up sedikit sahaja oleh cik kem .

Bunyi hon kereta kedengaran menandakan pihak lelaki telah pun tiba . Afielya mula berdebar debar dan ditenangkan oleh afiena .

Di aras bawah , semua nya sudah berkumpul dan hanya menunggu afielya diiringi adiknya untuk turun .

Setelah tiba di aras bawah , afielya duduk bersimpu di sisi mama dan adik nya .

' aku nikahkan akan dikau faieq asyraf bin mustamin dengan emelda afielya berwakil walikan aku dengan mas kahwin rm100 tunai '

' aku terima nikah nya........ '

Setelah kedua-kedua saksi berkata sah , maka doa pun dibuat .

Faieq menghampiri emelda afielya untuk menyarungkan cincin . Afielya menyalami lelaki yang baru bergelar suami nya itu. Lalu faieq mencium dahi isteri nya .

Selepas majlis selesai , semua mereka dijamu dengan sajian yang disediakan pada hari itu .
Rehat yang secukupnya di perlukan oleh pengantin esok memandangkan majlis resepsi merupakan hal yang paling memenatkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience