BAB 19

Romance Completed 47955

Afielya mengukir senyuman manis ketika menyambut kepulangan suami nya itu .

' welcome home encik pilot '
Telan liur faieq mendengar perkataan itu.
' finally home. Anyway pilot? '
Faieq membuat muka hairan.

' hahahahaha takde lah . Sengaja je tu. Jadual awak kerja macam pilot tahu tak? '
Sindir afielya sengaja.

Faieq meletakkan beg hitam nya d tepi sofa. Afielya pula masuk ke dapur untuk membuat minuman . Dalam beberapa minit selepas itu , afielya kembali membawa segelas minuman lalu diletakkan di atas meja . Afielya duduk bersebelahan dengan suami nya itu . Kepala nya sengaja diletakkan di bahu faieq.

' aii apasal bini abang semacam je ni '

' ntahlah '

' dulu bukan main benci. Kalau nampak muka yang hensem ni je nak mengamuk '

' hensem? Euu '

' kalau tak hensem takkan lah pramugari kat airport suka dekat abang. Taklah abang dapat title pilot meletop sayanh oii ' faieq segera menekup mulut kerana terlepas cakap.

' hah ? Apa dia bang? Tak dengar tadi ' kata afielya.

Afielya sebenarnya dengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh suaminya itu. Namun dibiarkan nya sahaja. Dia ingin melihat sejauh mana kehebatan lakonan suami nya itu. Ingin sahaja dia beritahu yang sebenarnya dia dah tahu kerjaya sebenar faieq namun ditahan nya . Dia ingin mulut faieq sendiri yang mengaku . Itu sahaja yang dia inginkan.

' wak. Apasal termenung '

Faieq menyentuh hujung hidung afielya .

' lah. Afiel baru nak berangan pergi paris. Baru kat airport tup tup lamunan hilang '

Berdekah ketawa faieq melihat gelagat isternya yang seakan kebudak budakan itu. Afielya kadangnya akan menjadi serius bila mood nya berubah angin . Ada masa nya dia akan membebel tak henti henti mengalahkan mami jarum . Siap boleh mengilai macam elvira dalam drama Keluarga pontimau tu hah . afielya kembali meletakkan kepala nya di bahu faieq sambil menonton televisyen . Kadang-kadang dia mengusap mata nya menandakan mata nya sudah mengantuk . Mana tidak nya , faieq sampai ke rumah pukul 9 malam . Ada dalam dua jam duduk dekat ruang tamu dengan faieq , tambah lah penat dan rasa nak tidur . Afielya tidak berkecil hati dengan faieq kerana dia tahu kenapa faieq merahsiakan kerjaya nya , dan dia sendiri tahu bagaimana jadual setiap juru terbang kerana perkara sama turut di alami nya.

Faieq terpandang wajah afielya yang sudah menampakkan tanda kepenatan dan mengantuk . Faieq cuba mengejutkan isteri nya itu yang sudah terlelap di dakapan nya . Nak bangunkan kesian pula . Faieq mengambil keputusan untuk mengangkat sahaj isteri nya itu memandangkan isterinya kecil molek sahaja. Tak mungkin lah berat .

Ketika dia mengangkat afielya , dia sendiri terkejut dengan berat isterinya itu . Namun dia teruskan juga mendukung isterinya itu naik ke masterbedroom. Diletakkan nya afielya ke katil lalu ditarikkan selimut dengan baik . Dia mencium dahi isterinya itu .

' badan tak padan dengan berat ' kata faieq sebelum mencapai tuala untuk membersihkan dirinya.

******************************

Hari yang dinantikan sudah tiba . Awal subuh lagi afielya sudah bangun bersiap dan memakai uniform juruterbangnya lalu pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk suaminya . Pantas dia melakukan kerja kerana enggan encik suami melihatnya dalam uniform macam ni .

Jam menunjukkan pukul 6 pagi . Langit masih gelap namun afielya sudah berada di luar rumah dan sedia untuk memandu kereta nya ke airport. Sebelum itu dia sempat meletakkan sticky notes di atas meja makan .

' good morning faieq. Soory tak dapat teman sarapan . Gonna go early today.

- afielya- '

Faieq bangun awal seperti biasa walaupun tidak bekerja . Ruang di sebelah katil nya tidak berpenghuni lagi . Lantak dia membuka mata lalu turun ke bawah . Satu penthouse dicari nya afielya . Tiba di meja makan, faieq terjumpa nota yang disediakan oleh afielya.
Tersenyum dia melihat tulisan tangan itu .

' hem , aku kerja dia cuti . Aku cuti dia kerja '

Keluh faieq sendiri . Nampaknya terpaksalah dia tinggal bersendirian lagi untuk 3 hari . Dalam fikiran nya sekarang ligat mencari cara untuk mengetahui pekerjaan sebenar afielya .

' emelda afiena '

Nama yang muncul diminda nya. Pantas dia mendail nombor telefon adik iparnya itu .

' hello assalamualaikum afien '

' waalaikumsalam abang. Apasal call afien '

' nak tanya sikit '

' apa dia. Tanya lah '

' kakak kerja apa ehh '

' lah kerja bini sendiri pun tak tahu kah . Dia kan pilot. Sama macam abang. Dia dekat mas abang dekat air asia '

' ohh terima kasih '

Ternganga faieq dengan apa yang disampaikan afiena. Tidak disangka sangka dia mengahwini seorang gadis yang sama kerjaya dengan nya . Masing-masing rahsiakan pekerjaan pulak tu . Perkara itu menggeletek hati faieq . Patutlah afielya pun banyak masa free . Schedule mereka pun selalu bercanggah .

' baik aku acah tak tahu je kerja dia apa ' - faieq

Faieq mencapai telefon bimbit lalu mendail number phone isteri nya.

' hello assalamualaikum afielya '

' waalaikumsalam abang '

' jaga diri dekat airport tau . Bye sayang '

' ok no hal '

Afielya baru perasan macam mana faieq tahu dia kat airport? Setelah difikir balik , dia pernah inform yang harini dia outstation. So chill lah . Buat panic apasal ?

Afielya menyambut telefon nya yang berdering sekali lagi . Tertera nama ' mama '

' hello mama assamualaikum '

' waalaikumsalam . Afiel kat mana '

' airport nak flight '

' macam ni . Mak su asya kamu bagitahu yang atuk ahmad kamu gering sekarang . Ajak faieq Balik kampung k. Nanti mama dengan afien follow dari belakang '

' ahh ? Habistu atuk macam mana ? Ok mama '

Afiena membuka aplikasi sembang whatsapp lalu memberitahu atasan nya akan perkara itu . Dia terpaksa menyerahkan tugasan nya harini kepada pilot lain iaitu syeikh , kawan lama nya yang sudah tidak ingin bertegur sapa dengan dirinya .

Afielya pergi ke tandas airport untuk menukar pakaian. Mujur sahaja dia memang sentiasa membawa pakaian lebih . Takkan nak tempah maut balik rumah pakai suit uniform ? Setelah itu , afielya bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu faieq .

Setibanya di luar rumah , afielya menghala kan mata nya ke arah retinal scanner yang ada di sebelah kanan pintu . Pintu akan automatik terbuka jika mata yang di scan adalah sama dengan mata yang sudah diprogramkan.

Afielya terjengul di muka pintu . Faieq pula tidak berada di tingkat bawah penthouse. Mungkin berada di atas . Afielya menolak pintu bilik sehingga menyebabkan faieq terkejut beruk.

' Astagfirullahalazim . Aik kata kerja '

' sorry sorry . Kita kena balik kampung sekarang. Atuk ahmad gering dekat kampung. Mama dengan afiena nanti ikut kat belakang. Kita pergi dahulu ' terang afielya sambil tangan nya laju mencapai pakaian Dirinya dan faieq lalu memasukkan nya ke dalam satu bagasi .

' wuish laju nya sayang kemas '

' jangan lah banyak cakap bang. Tolonglah bawa beg ni turun bawah. Kita pakai kereta abang ok. Kereta sayang tak sempat nak servis. Dahlah nak jalan jauh '

' wokeyyy '
Faieq membawa turun beg itu lalu bertolak ke manjung perak bersama isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience